Suntikan Pneumococcal untuk bayi 2 bulan ke atas

Hi hi hi

Entry kali ni ttg injection tmbahan.
Sbnrnya, saya pn cetek pengehtahuan psl suntikan tmbhan. Almaklumla kan.. 1st baby & check up pn kat gov clinic je. Mana2 kwn2 yg check up private cdgkan suntikan tmbahan Pneumococcal. Tq fren!!! Sharing is caring ;)

Suntikan ni d cdgkn utk d ambil sbyk 3-4dos. Berselang2 2 bulan..(cdgannya la..).
Harganya pn bole thn. 1 suntikan cecah 150-300..
Tp demi anak,kan?? Harta paling xternilai. Duit bole di cari kan? So, ai try utk dptkan utk Dhia ❤

Ni serba sedikit penjelasan ttg injection Pneumococcal..

Penyakit pneumokokal ialah sekumpulan penyakit yang disebabkan oleh sejenis kuman bakteria yg dinamakan 'streptococcus pneumonias' atau pneumokokus. Kuman ini boleh menyebabkan penyakit MENINGITIS (jangkitan pada radang selaput otak atau urat saraf tunjang), BAKTEREMIA ( jangkitan darah ), PNEUMONIA ( jangkitan paru2 ), OTITIS MEDIA ( jangkitan telingan tengah,sebelah dalam gegendang telinga.

Kuman pneumokokus terdapat di dalam hidung dan kerongkong org dewasa dan kanak2 yg sihat. Ia boleh merebak dr seorang anak kepada yg lain dalam cecair apabila beliau bersin atau batuk.

Sumber yang aku amik dari FB hospital bersalin pasal pneumocaccal..

Perlukah suntikan imunisasi Pneumococcal utk anak2 kita?
Ya! Sangat perlu dan penting!

Imunisasi Tambahan – Pneumococcal

Imunisasi Pneumococal adalah salah satu daripada 2 imunisasi tambahan (pilihan). 

Apakah penyakit Pneumococcal?

* adalah sejenis penyakit yang disebabkan oleh jangkitan bakteria Streptococcus pneumoniae, atau lebih dikenali pneumococcus.

* satu kumpulan jangkitan berbahaya yang terjadi selalunya kepada kanak2, terutamanya umur bawah 2 tahun.

* bakteria pneumococcus boleh menyebabkan meningitis (jangkitan saraf otak atau saraf tunjang), pneumonia (jangkitan paru2), bacteraemia (jangkitan darah) dan juga otitis media (jangkitan pada tengah telinga).

Apakah penyakit2 ini?

Meningitis (jangkitan saraf otak atau saraf tunjang)

* boleh menyebabkan kecacatan serius atau kadang2 kecacatan kekal pada pendengaran, lumpuh, cacat otak, dan kematian.

* simptom : demam, lethargy atau drowsiness, muntah2, dan kejang leher atau kaki.

Bacteraemia (jangkitan darah)

* terjadi apabila bakteria memasuki aliran darah dan meyebabkan jangkitan pada darah.

* boleh juga menjadi meningitis

* simptom : demam, gatal2 dan sesak nafas (nafas laju)

Pneumonia (jangkitan paru2)

* simptom : batuk, sesak dada, kahak, demam dan gigil

* diagnosis dan perubatan awal amat penting

Otitis media (jangkitan tengah telinga)

* Simptom : gatal telinga, demam dan selalu menarik telinga

Seriuskah penyakit Pneumococcal ini?

* Penyakit Pneumococcal boleh menjadi amat serius, dan boleh menyebabkan pekak kekal, cacat otak dan kematian.

* penyakit Pneumococcal boleh menjejaskan kualiti hidup kanak2 dan juga seluruh keluarga. Cuba fikirkan masa terpaksa dihabiskan menjaga nak yang sakit, lawatan ke doktor, cuti dari kerja. Jika memerlukan rawatan di hospital, beban akan lebih bertambah.
Be First to Post Comment !
Post a Comment

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com