Ada apa dengan B Complex with Asid Folic Shaklee?

B-Complex merupakan salah satu basic vitamin yang terdapat dalam set Family Wellness. Ia merupakan salah satu vitamin kegemaran saya, hari terasa tidak sempurna tanpa pengambilannya. Kenapa? Ini kerana B-Complex merupakan vitamin tenaga dan vitamin penenang - dua elemen yang sangat saya perlukan untuk menjalani rutin harian sebagai seorang ibu dan isteri yang bekerjaya.





Vitamin B sangat diperlukan oleh tubuh untuk membina tenaga metabolisma, sintesis DNA, untuk kesihatan jantung, kulit, mata, pernafasan, saraf, dan keseluruhan fungsi tubuh. Tekanan dan pengambilan alkohol dan ubat-ubatan boleh mengurangkan vitamin B di dalam tubuh. Vitamin B juga bersifat larut air, jadi sebarang lebihan vitamin B tidak akan disimpan oleh badan, tapi akan disingkirkan melalui sistem pencernaan. Jadi, adalah amat penting untuk mengambil vitamin B-Complex setiap hari.




Bagaimana untuk memilih B-Complex yang baik? Ia perlulah menepati ciri-ciri berikut:
  1. Mengandungi kesemua 8 vitamin B iaitu B1, B2, B3, B5, B6, B12, asid folik dan biotin yang mematuhi RDA (kesemuanya perlu diambil pada masa yang sama).
  2. Harus mengandungi 100% RDA untuk asid folik dan biotin.
  3. Jurang peratusan nilai harian B1, B2, B3 dan B12 hendaklah tidak terlalu besar.
  4. Tidak mengandungi formula tidak larut air (sustained release)

Keistimewaan Shaklee, asid folik di dalam B-Complex Shaklee telah dicipta secara semulajadi oleh para saintis Shaklee dan ia merupakan asid folik pertama di dunia yang mempunyai kadar serapan (bioavailability) yang sangat tinggi dan berkualiti. Ini kerana, asid folik semulajadi tidak mudah untuk diserap oleh tubuh dan hampir 99% asid folik yang terdapat di pasaran adalah bersifat sintetik. 

Oleh sebab itu, pengambilan B-Complex amat digalakkan buat ibu mengandung untuk menggantikan asid folik sintetik yang biasa dibekalkan oleh pihak klinik.




Manfaat utama B-Complex Shaklee adalah seperti berikut:
  1. Menukar makanan (lemak, karbohidrat dan protein) kepada tenaga sekaligus mengurangkan masalah keletihan/kelesuan. Juga membantu proses penghadaman
  2. Melawan tekanan dengan memastikan kesihatan fungsi saraf. Meredakan sakit kepala, tekanan, kemurungan dan insomnia.
  3. Mengurangkan risiko kecacatan otak dan tulang belakang pada bayi dalam kandungan. Menggalakkan tumbesaran yang sihat dan normal dan membantu pembinaan DNA dan sel-sel baru.
  4. Baik untuk kesihatan kulit - mampu mencegah acne dan menggalakkan kesihatan kulit secara keseluruhan.
  5. Baik untuk kesihatan rambut - membaiki masalah kulit kepala, kelemumur, rambut gugur dan beruban.
  6. Baik untuk kesihatan mata - mengurangkan masalah keletihan mata, mencegah katarak, mengingkatkan kualiti penglihatan, memori dan daya fokus.
  7. Mencegah anemia - membantu pembentukan antibodi dan sel darah merah yang sihat, merangsang pengaliran darah dalam tubuh, merendahkan paras sistin untuk kesihatan kardiovaskular, 
  8. Mencegah sakit kepala, pening, lemah semangat, keletihan, migrain, muntah, mabuk darat atau laut.
  9. Meredakan senggugut
  10. Mencegah masalah kerekahan mulut (mouth chilitis), mencegah jangkitan lidah (glossitis) dan nafas berbau.
  11. Untuk meredakan alahan dan tujuan detoksifikasi.

Dapatkan hari ini dari saya;-
Linda
0126460421
fb: http://www.facebook.com/UrbanMummy1

COD: Kajang Perdana, Kajang, Saujana Impian, Prima Saujana, Damai Mewah, Cheras, Kg Melayu Subang
POSTAGE: avalaible 
Be First to Post Comment !
Post a Comment

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com