Cara memperbanyakkan susu ibu

00:30

Alhamdulillah, rezeki dariNYA untuk keluarga kami. Dapat saya memberikan susu badan kepada anak-anak saya. Kepada yang nak tips memperbanyakkan susu badan. Disini saya share tips memperbanyakkan susu badan daripada pengalaman saya selama beberapa tahun ini.


1. Air masak 3 liter sehari.
Yup, saya kerap minum air masak untuk memperbanyakkan susu badan. Kalau tak minum pun, tekak mmg akan kerap dahaga. Sebab kita nk keluarkan susu kan?








2. Piramid makanan yang seimbang.
Pola piramid makanan juga mempengaruhi memperbanyakkan susu badan terutamanya protien, sayuran, buah-buahan. Tiga benda ni mmg memainkan peranan dalam penghasilan susu badan.

Sayur tu kene pilih juga. Jgn mkn yg berangin. mau kembung perut anak tu nanti. Saya suka sawi, kailan, carrot.

Untuk protien, pada peringkat awal tu saya ambil ikan (yg tak bisa / gatal). Bila agak2 luka pembedahan dah berumur sket, kita barulah berani mkn ayam.

Buah-buahan fav saya, apple, orange. Kongsi sekali dengan anak ;)





                       
3. Makanan kudapan.
Bila menyusukan nak ni, kudap2an pun kene pilih yg berkhasiat gak. Tapi, kdg2 langgar pantang mak nenek juga daku ni ;)

Kudapan terbaik memperbanyakkan susu badan tentulah, susu, badam, kismis dan kurma.


Selain itu, boleh la buat air ala-ala lai chee kang untuk memperbanyakkan susu badan. Resipi mcm gambar di atas :-
  • 10 biji kurma merah
  • 16 bji buah longan kering
  • sedikit halia
  • gula batu
  • daun pandan (untuk wangi)






4. Double pump / tandem
Untuk memperbanyakkan susu badan. Saya mmg menggunakan double pump untuk mengepam susu perahan EBM. Mmg lain, berbanding pam single sesi.
Di rumah pula kerap tandem. Sebelah untuk si kakak dan sebelah lagi untuk si adik ;) 






5.Demand and Supply
Menyusukan anak pun kene ikut permintaan mereka untuk memperbanyakkan susu badan. Kalau setengah jam sekali mereka mintak, kene lah bagi. Dimana ada permintaan tinggi, disitu datangnya stok susu ibu yg byk hehe.

Untuk waktu bekerja, kene konsisten mengepam 3x sehari sekurang-kurangnya. Saya hanya 2x pam sahaja sb lunch hour balik menyusukan anak2 secara direct. 

Benda ni pun kita kene share dgn suami supaya mereka faham. Kdg2 ada suami yg ingatkan bini nya ddk dlam bilik tak keluar2 nk mengular dr buat kerja2 rumah kan!! 



6. Bahan bacaan.
Saya juga tambahkan ilmu dengan bahan bacaan untuk memperbanyakkan susu badan.




7. Berdoa
Perkara utama untuk memperbanyakkan susu badan ialah dengan berdoa dan niatkan didalam diri supaya Allah cukupkan susu untuk kedua-dua anakku.

8. Jangan Stress.
Susu badan banyak atau sedikit keluar, jangan stress. Keep do on ur job. Bak kata org putih ;) Jika stress ianya mmg boleh merundum. So, kene bersabar sket ye sayang2 ku!!


8. Suplemen
Selain itu, saya juga mengambil suplemen untuk diri saya sbb saya nk susu yg dihasilkan itu diukur berdasarkan kuantiti sahaj tetapi berkualiti.



Saya agak sibuk, kekadang piramid makanan itu tak sempat nak di jaga. Jadi, ini adalah salah satu penyelesaiannya untuk memperbanyakkan susu badan.


Selamat mencuba tips2 memperbanyakkan susu badan dari saya. Jika ada yang nk berkongsi sama, boleh hubungi saya seperti yg tertera di bawah ini.

: Jom Chit Chat :
COD: Kajang / Cheras/ Subang
fb: http://www.facebook.com/UrbanMummy1
012-6460421
nurazlindaazman@gmail.com
pinky-lynn.blospot.com

You Might Also Like

0 comments

Sudi-sudikan lah komen ya.. Nanti boleh saya blog walking kembali :) Terima kasih banyak-banyak. LOVE, Lynda

Google+ Followers

Google+ Badge

Followers

babab