Bila jadi mak-mak


Sebelum tutupnya tahun 2014 ni. Nak citer kisah mak-mak sket ;) Seronok tahun 2014. Sbb mummy ado dah anak sepasang. pempuan dan lelaki. Alhamdulillah. Dan...Bila dah jadi mak-mak ni, kan. Tak pandai masak pun, jadi pandai. Tak pandai kemas-kemas, pun jadik pandai. Memacam kita boleh jadi. Jadi, interior designer, chef, pakar motivasi a.k.a membebel, cikgu, pelakon, pelawak, dan memacam kat rumah sendiri. Sibuk atau penat cemana pun ttp kene jadi multitasking.



Ni misi mengemas, labelkan menan dal toy box. Sebelum ni, dok sepah2 sana sini menan anak2. Ada dalam bakul la, kat depan la, kat bilik no 2 dan bilik no 3.


Susun lelego dulu kasik simpan 1 box, sonang nt nak main, amek satu per satu box je ;) Si adik tu, org soh baca buku. Pergi ggit buku lak. hehe Kakak dan daddy main ape ntah tu.


Dah siap semua, kita kasik simpan dlm lemari baju adik. heheeh tumpang ye dik. Sementara baju awak lum byk lagi. Kita pinjam lemari awak.


Tadaa..kemas le sket menan anak-anak ni ha.
Kalo idak pening gak le. Merata letaknya. Menan beau2 macam kereta, moto, basikal dan lelain tu, xpe la sepah sana sini sket2. Umah tak besau ;) 
tak pun.Tunggu mummy n daddy dpt idea kemas bilik no 3 tu cemana nt. One by one kita kasik kemas.

Sebelum terlambat, Selamat Menyambut Ambang 2015.
Yang desas desus mengatakan negatif impak di tahun 2015. Tapi, siapa lah kita nk menidak atau mengiakannya. Moga kita di berikan kehidupan. kesihatan dan segalanya yang indah di tahun 2015 dan lebih baik dari yang sebelumnya. Ameen

IOI Mall City sekali lagi

Ahad kita terjah lagi ke IOI City Mall. Aritu mcm sesak nau nk berjalan sana sini. So, rerasa ati kali ni tak sesak kot. Ngajak le encik somi ke sini. Kekonon nk berpagi-pagian ke sini. Tapi,siap kan dua org ni. Layan pujuk merajuk si Dhia tu pun dah amek 1 jam. Alih2 si adik je dah siap. Mak pak tak siap2 pung..Dok melayan si Dhia dulu. Akhirnya tgh hari gak le ke sini. Dah tengah hari tu, pepaham je lah. Ramai org dan sume org nk cr makan. 


 Selfie dengan anak sat ;) Sementara si kakak tido tu kan. Adik leh manja-manja dgn mummy dulu.


Nampak penat nau si kakak tu. Lentuk bagai hehe.
Sonang dah skrg dah besau. Tido tak yah bergayut dah hehe.
Tapi, kalo angin nk bergayut. Adik pun, dia tak kasik chance :(


Dah besau dah anak dara sorang ni.
Bile time cenggini rasa kesian je. Kesian td keme marah dgn mummy.


Kali ni senang cari parking kt IOI Mall City dan dekat dgn lif.
Cumanya...mak ai..lama nau nak menunggu turn naik lif.
Org lain pun redha je guna tangga. Sbb dah 5x kali lif buka ttp. Tak juga dapt nk naik.
Kami ni, pak kal ank sedang tido. Dhia pun kejap celik kejap pejam. Kasik dorang puas tido dulu ;) 
Setengah jam gak la tunggu turn


Lif 1 je berfungsi. 1 lagi tu ada tanda ???
Sepanjang setengah jam kami di sini. Ada 1x je terbuka. Tapi, tak leh naik
So, kita kasi kesimpulan. Lif tu tak leh pakai je la ye ;)


Tenant yg nk loading barang pun sama naik lif .
Bukan ke tenant kene guna loading bay lift?
Musykil sungguh ;) 
Walau pun umo kita setahun jagung..tp, knowledge mall ni ttp hado gak. 
IOI pun bukan calang2 developer ;)


Tu dia.... lif bertanda ???



Memuka tension tunggu lif ;) 


Tak sudah lif bawah je.
Lif kat atas pn jenuh menunggu.


Kami terus zass cari kedai makan lelepak je la kt kedai makan.
Tak larat nk abeskan masa jd pak pacak lif hehe
Rasanya dah 2x ke IOI MAll City ni. 2x tu jugak la lelepak kedai makan je. 
eh..eh..yg pertama kali tu ada shopping sket kat H&M.
Tapi, kali ni, tak dok shopping apa2 pun.


Kasik Dhia belajau sket. TAmbah2kan vocab
Hehe
Dalam kete masa balik dr IOI Mall. Dhia dok ckp.."mi..mi kak sok"
Mummy kepeningan nk fhmkan ayat tu. "Apa tu,Dhia?"
Dhia pun tunjuk stokin dia.. "oh, Dhia nk buka stokin ye? Buka SOCK ke?
Dhia pn anggukkan kepalanya. Mummy belum lagi ajar vocab SOCK. Baru je ajar vocab STOKIN.
Alhamdulillah, boleh tambah lagi vocab English. Awak pun mcm fast learner je. Self learning aje la ek, Dhie hehehe ;) Independent mcm mummy ni ha..
kihkihkih daddy jgn jeles, jangan muntah darah baca entry ni


Si adik pun tu nk makan tu..dah bunyik kan siren dah tu.
Mummy kasi adik makan kenyang-kenyang dulu.
Jap gi mak pak nk makan pulak ;)

Sekian la citer kami di IOI City Mall.
Jalan-jalan cari makan aje ;) Nk shopping kt HM tapi...tapi.....kit ag waktu org keje la nt ek ;) Kekadang rasa mcm ssh nau nk shopping kat sini pn hado.
Korang ghase??

KENYATAAN MEDIA YAB MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA PENGUMUMAN PENANGGUHAN TARIKH BERMULA SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2015 AKIBAT BANJIR

Berita baik untuk rakyat Malaysia, cuti sekolah di pajangkan sehingga minggu kedua Januari 2015 berikutan bencana yang Malaysia alami. 

Alhamdulillah, moga mangsa yang terlibat dapat menyiapkan persiapan sekolah anak-anak dengan sempurna.

Pada yang nak bantu dermakan wang melalui SM pun boleh untuk mangsa-mangsa banjir. 






KENYATAAN MEDIA YAB MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA PENGUMUMAN PENANGGUHAN TARIKH BERMULA SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2015 AKIBAT BANJIR
29 December 2014

KENYATAAN MEDIA
YAB MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA
PENGUMUMAN PENANGGUHAN TARIKH BERMULA
SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2015 AKIBAT BANJIR
Sepertimana semua pihak sedia maklum bahawa banjir yang sedang melanda negara sekarang masih berterusan khususnya di negeri-negeri pantai timur Semenanjung Malaysia. Sehingga pada tarikh 28 Disember 2014, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mendapati sejumlah 340 buah sekolah daripada tujuh buah negeri terlibat dengan banjir, sama ada dijadikan sebagai Pusat Pemindahan Sementara (PPS) atau sekolah tersebut ditenggelami air akibat banjir.
Sebagai Menteri Pendidikan, saya amat memahami dan mengambil berat akan kesukaran yang bakal dihadapi oleh semua pihak termasuk pengurusan sekolah, guru-guru, ibu bapa dan murid-murid sekiranya persekolahan bagi tahun 2015 dibuka seperti dijadualkan iaitu pada 4 Januari 2015 (bagi negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor) dan pada 5 Januari 2015 bagi negeri-negeri lain.
Sehubungan itu, sukacita dimaklumkan bahawa KPM dengan ini bersetuju untuk menangguhkan permulaan sesi persekolahan di seluruh negara bagi tahun 2015 selama seminggu. Dengan penangguhan ini, tarikh baru sesi bermula persekolahan tahun 2015 bagi negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor adalah pada 11 Januari 2015 (Ahad). Manakala bagi negeri-negeri lain akan bermula pada 12 Januari 2015 (Isnin). Penangguhan ini juga dibuat setelah mengambilkira;
a) Sekolah-sekolah yang terlibat sama ada sebagai PPS atau ditenggelami air akan mengambil masa untuk dipulihkan; dan
b) Keadaan guru-guru, ibu bapa dan murid yang menjadi mangsa banjir serta serba kekurangan perlu mengambil masa untuk pemulihan dan membuat persiapan persekolahan mereka.
Sekiranya keadaan banjir tersebut pulih, maka pihak pengurusan sekolah hendaklah menggunakan tempoh tersebut untuk mengadakan gotong royong pembersihan kawasan sekolah masing-masing bagi memastikan anak-anak kita dapat belajar dalam keadaan selamat, selesa dan sempurna.
Terima kasih.
Tan Sri Muhyiddin Hj Mohd Yassin
Timbalan Perdana Menteri
Merangkap Menteri Pendidikan
29 Disember 2014



Shopping kat Port Dickson

Tak abeh lagi citer Port Dickson yang lalu. Nk citer kisah shopping pulak ni. Dah nama pun mummy kan. Kalau gi memana tak sah, tak shopping. Mmg satu kemestian aktiviti ni. Kekonon sebagai buah tangan kenang-kenangan tuk diri sendiri.


Semasa aktiviti free and easy family day aritu. Kami sempat jenjalan ke Teluk Kemang. Cari apa-apa yg patut utk di bawa pulang ke Kajang. Oleh kerana Dhia minat Upin Ipin. Kita kasik souvenir bantal upin ipin utk Dhia.


Jajan pun tak lupa beli. Utk kudap-kudap dalam bilik hotel, dalam kete. hehe
Mummy mmg keje nya ngunyah aje.
Nk kata murah tu tak tahu nak kata. Yang penting boleh pilih2. Memcam pilihan hado. 


Lepas tu, kita cuci mata ke gerai jualan baju.
Tengok2 baju mandi bebudak.
Yang macam ni murah, RM15 je


nape masa Dhia kecik2 tak jumpa memurah cenggini.
Pasti mummy borong awai-awai hehe


Kita taye adik beradik husband sapa mau baju mandi. Ni S size. Lebih kurang utk umo setahun. Besau sket tak pe, leh pakai lama ;)

Kami dah abes borong dah. Borong ala-ala kadar orang kata. Tinggal tunggu tok mak n tokk abah je. Punya la payah nak tawar menawar kt sini. Katanya rege dah murah abes.


Towel ni pulak bukan hasil tangkapan shopping. Tapi, adiah dari telematch dan adiah utk anak-anak staf. Oleh kerana adiah Dhia dan Dzal kita terpaksa berikan pd org yg tetiba dah berumur dan tetiba ada beranak kecik. Makanya, kita amek adiah dr bahagian orang lain yg tak dtg (dewasa). Rezeki anak-anak katanya ;)

3 helai towel la kita ado. Mmg mummy suka towel bebanyak. Cadar katil pun suka bebanyak. Pastu blur nak susun kat mana hehe.

.

Ni adiah telematch group mummy. Ok lah kan, daddy leh pakai bawa bekal gi man badminton.

Adiah2 yg dapt semua berguna. Mmg best. Syukur.

Tapi, dapat jenjalan PD dan tido hotel lagi best. Lagi-lagi dpt bawa anak-anak mandi kolam. Anak suka, mummy dan daddy pun suka hehe

Winner of Night At The Museum: Battle of the Smithsonian Giveaway from ASTRO

Teruja mummy bila dapat email dan dapat call dari ASTRO. Email mmg tak tengok pun, sbb Jumaat busy dengan family matters. Sekarang kita kasik kurangkan belek2 emel, media social di kala masa bersama family. Kasik laluan sepenuhnya masa bersama. Sampaikan ASTRO call tanya dah dapat emel ke? Waktu ASTRO call tu pun memula malas nk jawab sb tgk no 03-91xxxxx di hari Sabtu petang sedang bawa anak-anak meronda di Jusco. Dalam ati,"no tak kenal ni...call nak promote apa pulak ni? INSURANCE ke UT ke?" Sebab lately ni, byk nau call dari golongan ini. 


Bila angkat je call, rerupanya dari ASTRO. 
Terkejut gak, berkali2 daku tanya...ye ke? MENANG ke?

Alhamdulillah..


Bebuka emel, mmg benar.
Tapi...malangnya kami tak dapat pergi.

Walaupun, kami berdua ni suka tengok wayang. Dah beranak pinak ni. Ada lah sekali je kami dating berdua tgk wyg. Belum masanya nk bawa anak-anak. Takut mengganggu konsntrasi org awam dalam panggung pulak


Makanya, kita kasik open thru FB. Sapa mau tiket FREE. Rezeki di kongskan bersama-sama ;) So, ada yg terpantas jawb,"nak2"...cecepat mummy kasik siapkan authorization letter dan prepare kan bebenda yg kene bawa bersama.

Million thanks ASTRO!! 
Alhamdulillah rezeki family kecil kami bulan ni.
Ada 2 giveaway kami dapat.

Yang lagi satu, giveaway dettol anjuran bersama instagram pinkymomma.com


Aksi Dhia bersukan

Dhia dah besau...dah pandai nk join sukan..
Aktiviti-aktiviti yang dia rasa menarik dan ada kekawan reramai.
Mesti Dhia nk join.


Dhia Batrisya dah setahun 9 bulan 22 Disember 2014. Sekejap je masa berlalu. Awak dah besar dah skrg. Gigi taring baru je keluar. So, gigi dah tumbuh habes. Dah pandai merajuk, memberontak, cakap banyak, ikut apa org cakap, kemas peti sejuk dan macam-macam lagi.


Dan, bila berat Dhiadah nak sama berat adik. Mummy pn beranikan diri dukong Dhia.
Sekali mummy dah dukung, lepas lepas tu mula lah...nk minta mummy dukong je dah.

"Perut mummy sakit lagi,Dhia...Mummy tak boleh dukong laggi..." tak laku dah ayat ni..nmpaknya.
Dedulu yer!! Mmg Dhia tak paksa mummy dukong. 


Pandai dah beratur nk join sukan. Peserta paling muda katanya ;)



FOKUS nau.
FOKUS pandang kamera hehe


Pastu, dok pandang sana sini.
Macam-macam la awak ni, Dhia


Ready...

Set...


Go...
eh..eh.. sorang je nak gi..
Belum2.. Lagi sekali lah


Kasi briefing sket dari AJK Sukan hehe


Ok dah sampai penamat dah pun.
Walaupun Dhia msuk bukan untuk bertanding. Hanya sukan suka-suka je.

Yang penting. Dhia tahu cemana masuk acara sukan ni.
Kasik feel dedulu.
Explore environment ni.

Lagi pun, adiah pasti dapat punya..tak kira lah nombor berapa pun.
Adiahnya sama aje hehehe
Adil tak? adil,kan?


Credit and Thanks to Encik Surya Budiman untuk video dan gegambar yang cantik ni ;)

Kulit kusam, kulit sunburn, kulit terbakar, kulit melecur

Bulan ni, bulan cuti sekolah,. Ramai yang bercuti sana sini. Kulit pun tak berapa nk jaga sangat. Lepas tu, musim hujan pulak, ramai nau yang tak berapa nak sihat. So, mummy...Nak cerita sket tentang PROMOSI bulan Disember 2014. Promosi hebat dari Shaklee. Beli 2 botol dapat 5% diskaun. Jika beli 6 botol dapat 7 botol. Nak beli satu-satu pun boleh. Kita kasik rege kasih sayang nanti ye. hehehe


Vitamin C yang tidak dapat di hasilkan oleh badan kita, dan kita mat perlukannya setiap hari. Termasuklah para perokok yang memerlukannya 3x ganda dari bukan perokok. 

Dikala musim hujan-hujan ni Vitamin C membantu tingkatkan imunisasi badan kita. Selsema ke batuk ke. Insyallah dapat membantu.




Yang memana baru balik dari holiday tu nak kasik kulit sihat balik. Sebab tak de masa nk jaga kulit sangat masa bercuti. Kita boleh telan vitamin E atau picit dan kasik sapu aje.

Selain itu, kehebatan Vitamin E ni:-
*Dapat melambatkan penuaan kulit

*Mengurangkan kedut kulit

*Mengurangkan artritis

*Mengurangkan parut

*melawan kanser

*meningkatkan imunisasi badan

*melindungi jantung






Bukan saya seorang je berkata 2 vitamin hebat ini sangat HEBAT.
Tapi, dalam testimoni yang ada pun sudah TERBUKTI




Kulit terbakar dan melecur sesuai juga dengan pengambilan kedua-dua Vitamin ini.

Untuk dapatkan harga kasih sayang. Free konsultansi. Boleh hubungi saya terus ke 012-6460421.



Lepak KLIA menghantar Mak, abah dan along menunaikan Umrah

Jumaat yang lalu, kami sekeluarga ke KLIA untuk menghantar mak, abah dan Along menunaikan umrah. Lama beno tak ke KLIA. Lelupa jalannya dan parking mana dekat dgn tempat berlepas. hehehe Nasib baik dapat parking depan lif. Ok la tu, kan?


Bergambar kenangan sekeluarga dulu. Sebelum mak, abah dan Along menunaikan umrah.



Kasik selfie gambo apaknya dengan anak-anaknya.
Somi mithali, tolak stroller hehe.
Mummy relaks, jalan dengan bahagianya ;)




Gambar bergegaran..gegar pun GEGAR ler. Nk kasik tepek gak, dalam ni hehe




Yang pastinya, si kecik ini asti merindui tok maknya.
Mana boleh tak rindu. 
Dari lahir sampai sekarang tok mak jaga, tok mak tidur kan, tok mak masakkn, tok mak bg makan. Jika mummy keluar bekerja.





Ni pun sama gak, Si Bella ni. Manja Tok Mak gak ni



Eh...eh bukan dua orang tu manja tok mak, sebenarnya..
3 orang ni..manja tok mak.
Baru betul hehehe

Mummy pun rindu tok mak.
Semalam, pepagi terdengar suara tok mak kejutkan mummy dari tidur.
"Lin..bangun,Lin. Dah pukul berapa ni?"

Bangun..bangun dari tidur, terkejut!! 
Dalam hati, eh mak dah balik ke? Mana datangnya suara mak tu?



Ni pulak..Mak dengan persiapan yang dah di aturkan oleh Pihak UTAS TRAVEL AND TOURS.

Memang mudah urusan dengannya. Harga pun berpatutan. Alhamdulillah




Sebelum mereka berangkat ke destinasi mereka.
Kita isi perut dulu ;)

Tu... si Rayyan..manja atok tu
Tak lekang nk dok dgn atok ;)

Siap nangis dari tidur (dalam kete) lps anta atok ke KLIA
Rindu atok katanya.

Hanya mampu belek2 gambar atok dari HPnya sahaja.

Kami doakan mak, abah dan Along dapat mengerjakan umrah dengan sempurna dan di kurniakan kesihatan yang baik sentiasa. AMEEN

gambar dari handphone kak ros (yang g sesama umrah). Oh indahnya wajah2 mereka di tanah suci. Moga..satu ari nanti...kami dpt berpijak di tanah suci ini. insyaallah