Bila anak-anak kene chicken pox


Dua minggu yang lalu, Dhia kene chicken pox, demam campak berair. Selepas tu, adiknya pulak kene. Mmmg dah agak dah. Pasti Dzal Aidi akan kene chicken pox. mmg tak leh elak ...dah ddk serumah kan. Cumanya, kita buat la apa2 yg patut untuk kurangkan miang2 .


Hati mak mana yang sanggup tengok anak-anak tak sihat. 
Kan?

Mmg sedih, tapi...nasib la mereka semua tabah, kurang merengek.

Doktor ada bagitahu. Untuk rawatan anti virus.
Anak-anak akan baik dalam masa beberapa ari. Tapi, campak tu tak keluar habes. Besar kelak akan keluar lagi, campak tu berperingkat-peringat sedikit je akan keluar.

Jika naturally bg keluar habes campak ni, kemungkinan besar dah tak kene lagi dah.

So, mummy amek keputusan untuk tak amek anti virus tu.
Biar lah naturally, keluar sampai habes.

Antara kaedah yang mummy gunakan untuk rawatan luaran anak-anak bila mereka kene chicken pox / demam campak berair


1. Daun mambu
Ada yang panggil daun semambu, daun bambu. Apa je lah ye. Asalkan daunnya tu seperti gamabr di atas.

Mmg kitorang kecik-kecik pun, mak amek daun ni untuk kibas2 kan di badan, letak di tpt tidur. So, mummy ikut juga lah kan. Letakkan di tempat tidur anak, dan alas dengan kain sbelum anak baring. Boleh sejukkan badan anak. 

Daun ni boleh dapat di kebanyakan tempat seperti kuil India / rumah orang India. Petua orang India, kalo nak amek mesti sebelum malam. Pantang mereka amek daun ni waktu malam. 

Lepas tu, petua orang India lps kita amek daun ni. Jangan lupa campakkan duit di pokok tu. Sapa yang cepat jumpa duit tu nanti, cepatlah anak kita sembuh. 


2. Herbal Blend Cream dari Shaklee
Herbal Blend Cream dari Shaklee dapat bantu kurangkan kerengsaan kulit anak, light mint. Badan anak pun sejuk sket. Maka, tak de la merengek sangat.

Yang bagus Herbal Blend Cream dari Shaklee ni, ianya tak de paraben, tiada bahan kimia, natural shj. Sesuai dgn baby. Ankku ni dah le suka masukkan tangan dalam mulut.

Cepat bg kering chicken pox tu juga.

Mmg selamat uols!!


3. Calamine lotion

Yang memang di khususkan untuk ruam dan gatal-gatal. Mummy pakai kan juga tapi tak berapa kerap nk pakai sbb bahannya ada racun kan.

Beli yang ni masa Dhia kene chicken pox. Dhia dah besar faham kot kalo ckp jgn usik dan jangan garu. Biasanya sblm tidur atau tgh tidur je sapu memana tempat yg sempat.



Calamine versi Klinik Kesihatan yang bagi. Sian anak mummy tak dapat cucuk untuk 5bulan lagi.



4. Lap2 kan dengan basic H2 dari Shaklee

Nak bagi keluarkan chicken pox dengan cepat dan bagi kering cepat.



Tak padan denagn umo 5 bulan, dah pandai gigit ibu jari kaki dah.
Nak adik ke?
Tunggu awak besau sket umo 5 -6 tahun, boleh?



5. Air kelapa Muda

Mummy minum sket dan kasik anak minum sket2..tak leh bebyk sb umo baru 5 bulan. Takut kembung pun iye jugak kan.

Air kelapa ni dpt membantu keluarkan campak tu habes.

Ibunya (babysitter) pun nak 1 biji kelapa..nk bg mandi katanya


Ni parut di muka kakak selepas beberapa hari chicken pox / demam campak berair. Dah kering dah. Orang tua-tua kata, bila kering ni bahaya. Masa ni, virusnya aktif dan akan mudah berjangkit pada orang lain. Wallahualam.

Bila Dhia dah sihat, tak mandi pulak dah. Seronok la tu...masa demam campak aritu tak mandi lama. 

Sekarang!! ..Sejuk katanya!!

Nk muulut mummy bebel ke??..
Hep!! mandi2 nk jadi apa tak mandi? Jadi mcm cow ke, tak mandi?

Antara kata-kata orang tua yang tak boleh kita buat semasa anak kene demam campak berair / chicken pox:-

1. Jangan mandikan sebab nanti lambat kering

2. Tak boleh kene air hujan

3. Tak boleh masak goreng-goreng di rumah. Nanti bertambah miang.

4. Tak boleh bersama ..ye mak pak ye!!
ops!! hehehe bukan saya yg cakap tau. Org tetua yg cakap.

Be First to Post Comment !
Post a Comment

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com