Tuesday, 23 December 2014

Lepak KLIA menghantar Mak, abah dan along menunaikan Umrah

Jumaat yang lalu, kami sekeluarga ke KLIA untuk menghantar mak, abah dan Along menunaikan umrah. Lama beno tak ke KLIA. Lelupa jalannya dan parking mana dekat dgn tempat berlepas. hehehe Nasib baik dapat parking depan lif. Ok la tu, kan?


Bergambar kenangan sekeluarga dulu. Sebelum mak, abah dan Along menunaikan umrah.



Kasik selfie gambo apaknya dengan anak-anaknya.
Somi mithali, tolak stroller hehe.
Mummy relaks, jalan dengan bahagianya ;)




Gambar bergegaran..gegar pun GEGAR ler. Nk kasik tepek gak, dalam ni hehe




Yang pastinya, si kecik ini asti merindui tok maknya.
Mana boleh tak rindu. 
Dari lahir sampai sekarang tok mak jaga, tok mak tidur kan, tok mak masakkn, tok mak bg makan. Jika mummy keluar bekerja.





Ni pun sama gak, Si Bella ni. Manja Tok Mak gak ni



Eh...eh bukan dua orang tu manja tok mak, sebenarnya..
3 orang ni..manja tok mak.
Baru betul hehehe

Mummy pun rindu tok mak.
Semalam, pepagi terdengar suara tok mak kejutkan mummy dari tidur.
"Lin..bangun,Lin. Dah pukul berapa ni?"

Bangun..bangun dari tidur, terkejut!! 
Dalam hati, eh mak dah balik ke? Mana datangnya suara mak tu?



Ni pulak..Mak dengan persiapan yang dah di aturkan oleh Pihak UTAS TRAVEL AND TOURS.

Memang mudah urusan dengannya. Harga pun berpatutan. Alhamdulillah




Sebelum mereka berangkat ke destinasi mereka.
Kita isi perut dulu ;)

Tu... si Rayyan..manja atok tu
Tak lekang nk dok dgn atok ;)

Siap nangis dari tidur (dalam kete) lps anta atok ke KLIA
Rindu atok katanya.

Hanya mampu belek2 gambar atok dari HPnya sahaja.

Kami doakan mak, abah dan Along dapat mengerjakan umrah dengan sempurna dan di kurniakan kesihatan yang baik sentiasa. AMEEN

gambar dari handphone kak ros (yang g sesama umrah). Oh indahnya wajah2 mereka di tanah suci. Moga..satu ari nanti...kami dpt berpijak di tanah suci ini. insyaallah

No comments:

Post a Comment

Sudi-sudikan lah komen ya.. Nanti boleh saya blog walking kembali :) Terima kasih banyak-banyak. LOVE, Lynda

Google+ Followers

Followers