Klana Resort Seremban : Mummy berkursus merangkap percutian kecil keluarga

Sebelum masuk bulan baru, erm tak lama lagi je kan...beberapa hari je lagi. Jadik,adalah lebih baik mummy hapdet kisah aritu daddy day care. Kang peram peram kang. Langsung berabuk blog pulak ;) Ni semua kisah semasa mummy kursus 2 hari di Klana Resort, Seremban. Waktu ni, semua orang sibuk dengan pendaftaran baru anak-anak sekolah. Kami pun kene tempiasnya, walaupun anak kecik-kecik dan belum bersekolah. Di sebabkan babysitter pun nk cuti. Kita pun kasik hangkut lah semua ke Klana Resort ni. Nk apply coti. Mmg tak dapek la,kan!! Daddy je kene cuti utk jaga anak-anak.




Menyempatkan diri tengok you tube. Lama kene puasa dr tengok you tube ye, nak? Siap dukung baby doll nya tu ha. Mcmana kita dok jaga adik dia. Mcm tu gak la, Dhia dok berangan menjaga baby doll. Baby doll tu, hadiah semasa adik Dhia baru lahir beberapa hari. Sbb masa tu, Dhia pun sibuk nk adik..nak adik. Mummy dan daddy pun, belikan lah satu utk Dhia. 




Sementara daddy cari parking, angkat dan turun barang. Meh kita anak beranak lepak kat lobi hotel Klana Resort, Seremban. Dapat free 2 gelas juice as welcoming drink. Ok cun sangat lah ni!! Mmg sedang kehausan di waktu tengahari ni. Lunch pun, belum lagi nk menyempat nya.



Dan best jugak, wifi merata-rata tempat hado. Sonang lah apak korang menjaga nanti ;) Mummy mmg risau nau. Ni kali pertama daddy day care 2 orang anak. 


Kalau tengah hari mcm ni. Si adik tu mmg time utk tidur. Kalau penat sangat, bising cane pun. Dia tak kisah. Boleh je tidur dgn tenang. 


Best pulak lepak2 kat lobi dan cafe hotel ni. Sambil minum tgh hari, sambil melayan lagu2 yang berkumandang. Lama tak melepak dgn encik somi tpt cenggini. hehehe.. Yang sebenarnya, tadi Dzal Aidi tu tidur. Tu yang meelepak dulu tu. Sekarang dah bangun dah ;)


Lps lunch di kedai berhampiran, kita terus masuk bilik. Lepak2, mandi2, golek2, tido kan anak-anak. Rehat2 kan minda dan badan. Esok nak berkursus lak ;) Tapi, Dhia so excited. Semua menda nk explore. Sakan ko eh kat tmpat baru. Bukan tak pernah tidur hotel pun. Bulan lps pun dah tidur hotel. (eh..tetiap bulan kita berjalan rupa-rupanya yer)


Day 1 ni, macam free and easy. Tapi, kitorang tak explore satu Seremban pun. Malas!
So, mlm pertama ni kami dinner kt Temiang Corner. Cari tempat makan lain tapi, tak jumpa. Malas nk sesat2 dlm Seremban. Terjah je tempat mana yang sempat.


Mummy makan satay, Dhia makan roti canai dan ayam goreng. Daddy pun makan roti canai gak. Ok lah tempat makan ni sedap juga. Not bad. Cumanya, tak de tisu ye. Mmg tak di bagi tisu lap2 mulut. Nk tisu, boleh. Tapi, kene bayar. Mmg kene se'daaaaaas' lah waitress tu dgn daddy korang. hehe sampai kan, dia terus bagi tisu free. 


Abes dinner kat Temiang Corner, kita lepak tengok live band. Anak-anak first time tengok live band. Kasik dorang expse sket2. 



Syok,kan kamu hehe


Ramai yang melayan, suka la 2 org anak kami ni ha



Abes dalam beberapa jam tgk live band, teruih masuk bilik.


Tapi, xtido2 pun. Masih nak main lagi ;)



See ..itu bdk manyak happy yer ;)



Esok harinya, mummy dah sibuk kursus dan presentation.
Tapi, tak lupa whatsapp dgn en somi. Tye kabar anak2.



Gambar2 dari WA daddy, wah!! bgus daddy. Berjaya ajar Dhia gosok gigi.
En somi mmg pandai psycho anak-anak.



Gegambar melayan anak-anak dari daddy. Alhamdulillah





Segala bagai bawa. buaian la walker la. Tak mo bg dorang boring masa mummy berkursus.

Baby cot je hotel puye. Tak leh himpit2 reramai katil xbeso hehe.
Kang ado yg jatuh katil lak.



pandai adik selfie ye





Dan, daddy berjaya tidurkan anak-anak.
Alhamdulillah..syukur



Daddy yang kepenatan. Kesian.



Lepas abes kursus, bawa anak-anak mandi kolam.
Esok nk check out awal. So, kita penuhkan aktiviti hari kedua.



Dhia berangan nk menyelam, xnak pakai pelampung.
Suka la si adik dpt main air.
Sakan.





Okies, habis swimming. Kita mandi siap2 utk dinner di bandar Seremban pulak. Mmg best dapat berkursus sambil keluarga di sisi. 

Sapu..sapu jer

Pernah dulu cerita tentang slimming serum dari Larome Apple stemcell. Hari ni, saya nak kongsikan testimoni kawan-kawan, sedara mara, ipar duai saya yang feeling positive dengan produk ni. Pada yang nk kan perubahan dalam masa yang singkat dan cepat. Boleh cuba slimming serum dari larome Apple Stemcell.



Adik ipar saya dah kurang size pinggang dari 31 ke 27 hanya dengan sapu-sapu Slimming Serum dari larome Apple Stemcell.


Kawan sayapula, dah kurang 3 inci di bahagian perut hanya sapu-sapu dengan Slimming Serum dari larome Apple Stemcell.

Dalam berdiet. Makan ttp kene makan tau!!. As at 9am 26/1/15. My cal burnt 115kcal/504kcal (tak risau sgt, 1 day breastfeed dah burnt 500kcal utk 2org anak). Cal intake 106kcal (ni nak kene jaga sket. Tak boleh lebih sangat dan tak boleh KURANG dari 1800kcal daily intake). Berat sbnr saya ialah 5x kg, letak 60kg supaya ada perasaan jaga calories intake. Bahahaha

Selain itu, kene jaga juga calories burn and calories intake ye. Byk pengaruhi juga. Air masak pun kene cukup 3 liter sehari.



Ada yang nak harga murah slimming serum dari larome Apple Stemcell. Botol kedua dengan harga RM50. PM saya yer:-


Tips memasak dengan cepat dan jimat masa

Kisah masak-masak lagi, biasalah tengah mood rajin ni kan. Masak je la keje , mummy. Kang....Kalo penyakit M dah datang. Tutup dapur lah kita. hehehe. Sebenarnya, nak kata masak ni susah tak la susah mana. Cuma penyediaannya tu amek masa. Untuk orang mcm mummy yang tak de pembantu. Anak 2 orang tu, sedang nk direct bf lagi. Kerja lagi. Nak buat itu ini lagi. Itew yang kekadang penyakit M datang tu. 

Tapi, minggu ini (hari bekerja) mummy udah berjaya masak setiap kali dinner. Bangga dgn diri sendiri. eh...eh..eh hari Selasa aritu tak masak dinner. Sbb ada pasar malam, tekak teringin nak roti john dan yong tau foo. Consider cuti ari Selasa la kot utk weekdays hehe.

Ada yang tanya, 1-2 lauk je ke mummy? Hamboi ko!! Nak pulak 10 lauk makan berdua laki bini. Laki iols tu dah la tak suka makan makanan semalam a.k.a leftover. Jadiknya, TAK BAIK MEMBAZIR. Tak gitew!! ;)

Mummy pun hado setengah jam je masa untuk memasak. Balik kerja 5.30ptg. Sampai umah dalam 5.40 ptg terus ke dapur. Masak2, mandi, masukkan baju2 dalam mesin basuh dan buat apa2 yang patut. 6.15 ptg terus amek anak kat tingkat bawah. Dah lebih 8 jam anak-anak duduk dengan baby sitter. Tak perlu lah duduk lebih lama lagi. Masa yang kita hado dgn anak-anak pun dlm 4 jam je sebelum anak tidur. Jadik, lepas amek anak tu. Kita layan anak-anak pulak. Layan dinner, main, tgk tv, main itu, main ini, direct bf. 

Kalau 4 jam yang hado pun kita nak abaikan anak-anak. Nak busykan diri sendiri je. Baik tak yah ada anak. Kalau tak nak anak, tak yah gatal2 nak kawen!! kan!!



Menu pilihan sepanjang weekdays tu, terpulang pada kerajinan mummy dan bahan-bahan yang hado untuk masak.

Semalam, masak ayam goreng kicap letak kentang yg di goreng. Tabur dengan daun sup dan cili api. Cili api untuk mummy. Ayam goreng tu pulak, untuk Dhia. Hehe.. Tapi, sebat gak 1 ketul ayam goreng kicap. Belasah je la,nak. Asalkan ko makan. Mummy dah bersyukur alhamdulillah. Gaya mana cara nk makan pun tak ape.



Oleh kerana, harini Jumaat. Weekdays terakhir untuk minggu ini. Apa kata kita lists groceries untuk next week. Resipi apa nk masak pun dah kene plan jugak. Kang terkial2 dok pikir kat opis," ptg ni nak masak apa, ye?" Sambal ke? Goreng2 ke? Sup ke?"

Bak hasil tulisan Adlil Rajiah punya blog. TIPS MEMASAK UNTUK SUPERWOMAN:-

1. RANCANG MENU UNTUK SEMINGGU
- Ini sudah pasti, kalau sket2 tu tertinggal. Boleh beli kat kedai dpn rumah je.

2. SIAPKAN SEMUA BAHAN, SEJURUS SELEPAS MEMBELI
-Kadang2 buat. kadang tak buat. Kalau tak buat, kene korbankan lunch hour untuk balik rumah dan siapkan apa yang patut untuk dinner nanti.

3. SIMPAN BAHAN-BAHAN YANG DAH DI SIAPKAN MENGIKUT MENU DAN LABELKAN
- yang ni mummy tak cuba lagi. Kene buat untuk jimatkan masa mcm ni.
- selalunya buat sendiri cili. Cili kering rebus dan siap blender terus. Tu pun buat sket2 je. Nk buat secara fresh kekononnya ;)


Untuk kudap-kudapan hujung minggu ni. Mummy plans nk buat karipap. Buat banyak2, nanti tinggal goreng je bila nak makan. Inti dah siap dah. Kulitnya je belum siap. Insyaallah mlm ni buat. Moga 1st trial ni menjadi. Sesebelum ni, ada tolong2 mak buat karipap. Tapi takat kelim tepi2 je lah ;)

Menu Dinner Beberapa Hari Ini

Mood malas masak dah timbul, bila bdan rasa seram sejuk, perut pun kejap2 sakit, kejap2 ok. Gara-gara kangkung lah ni. Semalam petang dah gtau en somi awal-awal, tak nak masak dinner. Tak sihat katanya. Bila balik rumah, terpandang gantungan petai 3 papan atas rak tersegam indah dan udang besau-besau dalam fridge hasil mancingan en somi. 

Diri ini, terasa kasihan pulak. Ye lah, en somi teringin nau nk makan sambal udang petai. Dah lama dia nak makan. Tak terbeli-beli petainya. Selasa aritu, beli petai kat pasar malam. Bila en somi dah hint-hint mintak masakan sambal udang petai. Isteri kene lah tahu kan, apa action nya.


Balik kerja, belek2 bahan-bahan cili kering, bebawang, halia, semua untuk buat sambal tumis tu ada ke tak. Bila semua ada...zaaaaaas ON truih. Potong cili kering dan siap2 merebus. Sambil potong bahan-bahan untuk blend sekali dan potong petai (kita tak makan petai...family sendiri pun tak makan sangat).

Pastu teringat kat anak lak, nk makan dinner apa pulak untuk Dhia ni ye. TAaaDaaaaaaa, kasik goreng udang besau 3 ekor dengan carrot. Jadiknya, menu harini...menu udang aje lah ye..

Dalam 6.15 ptg en somi called. "Nak McD ke?". Trus bini menjawab. "Eh tak yah2, org dah masak dah". 

"MASAK? Kata tak sihat? Masak apa" en somi terkejut.
"Tak pe la, msk sesimple je. Masak sambal tumis udang petai"

Alhamdulillah, rezeki en somi. 
Lagipun, tengah udang tu fresh2. Ada baiknya msk cecepat,kan. Kang diri sendiri gak rugi. ngeee



Ni pulak, masak-masak untuk dinner hari ini. Ayam goreng kicap style kita2.

Goreng:

  • ayam
  • kentang potong nipis


Tumis dengan minyak:

  • Halia
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Buah pelaga
  • Kayu manis
  • Cengkih
  • Bunga lawang
Masukkan kicap dan air dalam tumisan. Gaul hingga sebati bahan di goreng. Letak sket garam. Tutup api, tabur daun sup.
Mewangi ajeeeeeee baunya.......nyummeh


Anak pun boleh makan sekali ;)





Pil perancang boleh menjejaskan penyusuan

Harini kisah bacaan untuk mak2 atau bapak2. Yang mana-mana nk tambah kan elmu pengehtahuan atau sumber rujukan. Jadiknya, mummy nak sharing lah sket sebanyak tentang kaedah merancang. Yang biasanya ramai orang tanya mummy kaitan tentang penyusuan dan perancang keluarga. Untuk lebih lanjut, kita tanya pada pakar untuk soalan penyusuan dan perancang keluarga ni.

Soalan: Adakah pil perancang boleh menjejaskan penyusuan? Apakah suplemen yang dicadangkan?
Jawapan Puan Sabrina Haron, Pharmacist. (Petikan dari Majalah Pa & Ma Bil 131 Ogos 2011).
Oleh kerana pengambilan sesetengah pil perancang boleh menurunkan tahap simpanan vitamin C sehingga 30%, pengambilan vitamin C sangat digalakkan semasa mengambil pil perancang. 

Pengambilan pil perancang turut mengakibatkan penurunan aras pyridoxine (Vitamin B6) dan Vitamin E dalam darah. 

Oleh itu, suplemen tambahan seperti vitamin B Complex dan E sangat membantu.


Terdapat wanita yang mengalami ketidakselesaan pada bahagian payudara semasa mengambil pil perancang. Ini boleh diatasi dengan pengambilan EPO 1000mg sekali sehari sepanjang penggunaan pil perancang.
Terdapat 2 jenis pil perancang:
*Mengandungi progestin dan progesteron
*Mengandungi progestin dan estrogen
Pil perancang yang mengandungi estrogen TIDAK SESUAI untuk diambil semasa tempoh penyusuan kerana ia mengurangkan penghasilan susu badan. Progesteron pula tidak memberi sebarang kesan terhadap penghasilan susu badan. Namun, sebahagian hormon sintetik tersebut akan memasuki susu badan tetapi tidak mendatangkan kesan buruk kepada bayi.

EPO selamat untuk diambil semasa tempoh penyusuan. Bahan aktif EPO ialah GLA (Omega 6). Asid lemak ini sangat penting untuk pembentukan sel-sel badan yang sangat pesat terbentuk pada bayi dan kanak-kanak

Mummy tahu perasaan ibu-ibu yang nk bf anak-anak ni. Mmg boleh stress kalau susu badan merundum. Selagi kita berikhtiar untuk bfeed anak-anak. Kita kasik ikhtiar. Mummy pun suka bfeed anak-anak. Alhamdulillah la,rezeki anak-anak ni semuanya. Dapat menyusukan kedua-dua anak ni.



Menyusukan kakak dulu atau menyusukan adik dulu : Tandem breastfeed

Bacaan untuk kaum wanita. Tapi, bapak budak pun harus gak tau dan kene tahu gak. Mummy ni, seorang bf's mom sampai sekarang. Alhamdulillah. Ni sbnrnya nk citer dan kongsi pengalaman sedikit tentang elmu penyususan. Hari-hari ada je ilmu baru tentang penyususan nk di kongsikan. Nak ilmu kene lah gali, ilmu tak datang bergolek tergolek-golek, kan!! Ok, kita citer ttg citernya....Memula dulu, masa berpantang. Semua org yang lebih makan garam dari saya, akan nasihatkan saya susu kan adiknya dulu. Bila adik (Dzal Aidi) dah kenyang. Baru lah, menyusukan si kakaknya (Dhia). Kita yang tak arif ni, angguk-angguk sahaja. Tak mampu nak menggeleng-geleng. Dalam pantang ko!! Banyak nau menggeleng kang MEROYAN lak. Tak geleng-geleng pun boleh meroyan,kan!!


Ni pulak,susu EBM untuk hari ini 20 Januari 2015. Mummy korang tak rajin nak ngepam banyak kali. Pam macam biasa. Waktu keje 2 kali sehari je. Selebihnya, kasik selak dan direct breastfeed. Udah!! Sonang. Tak yah cuci botol banyak kali kat dapur. Sambil df, sambil tido pun boleh. bab ni mummy mmg suka. Tapi, apaknya ckp. Mummy keje curik tulang. Erm...apa-apa la apaknya. Nk anak kenyang ke tak nak? kan!!


Berbalik citer pasal menyusukan sapa dulu sapa kemudian. Susu yang pekat dah lemak berkhasiat adalah susu di akhir. Susu yang awal tu lebih kurang macam foremilk kata nurse. Hindmilk ni susu hujung-hujung gitew.
Foremilk -  Cair untuk hilangkan dahaga
Hindmilk -  lebih pekat, kenyang

Jadiknya, mummy kene susukan kakak dahulu. Kemudian, baru menyusukan adiknya. Kekadang nk senang dan cepat. Tandem udah. Sorang kiri sorang kanan. Yang tak selesa si kakak lah. Kadang-kadang mummy soh kakak manjat. Kadang-kadang soh sana sket..sini sket. Tak pe la, kakak! Dah puas dah kot. kan!! Lama dah menyusunya.
Dan, korang jgn kompius lak, kolostrum dengan hindmilk tau. Kolostrum tu susu awal, lepas melahirkan anak. Susu belum matang katanya ;) Khasiat SUPERB!!

Okies, yang ada anak twin, ada anak menyusu badan cam mummy. Jgn lupe..bg kakak minum dulu. Or vice versa .

Kalau dah namanya pempuan: MELARAM mmg pandai

Ahad aritu, kami lepak rumah baru adik ipar. Dhia mmg suka lepak sini. Sbb ada tempat khas utk bermain. Mainan pun macam hado. 


Tengok lah tu, melaram dgn spek itam sambil buat peace tak jadi. Manatah Dhia tahu buat peace masa amek gamba ni. Mummy tak ajar pun ;)


Siap buat mulut muncung selfie, ko! Cepat nau kamu belajar. Belajar dari mana ek? Mummy tak pernah pun amek gambar selfie muncung2 mulut cenggini. 

Ades la anak, mata mummy keatas tangan di bahu lah !!
bahahaaha


Kakak yg sayang adiknya. Mmg rajin ajak adik ddk atas riba. Nk dukung lah. Nak susukan lah.
Moga ikatan kakak dan adik sentiasa rapat ketat-ketat. Jgn putus!!

Bak kata pepatah,"air di cincang takkan putus". Tapi, kita bukan air hehehe


Gambar ni, mummy tau. Dhia ikut apa yg mummy selalu lakukan. Gaya nk pam susu. Pantang nampak benda bercorong. Nk pam katanya. Aloh2 kamu ni..............


Ni bukan Dhia tau!! Ni cousin Dhia. Hannah Humairah. Comel !!
Best bila berkumpul reramai. Macam2 gossip hado. kan!! hehehe
Ok.. tis week mungkin sambung melepak lagi kot kt rumah baru dorang ni.
Meeting pulak katanya hehehe