Menu Dinner Beberapa Hari Ini

Mood malas masak dah timbul, bila bdan rasa seram sejuk, perut pun kejap2 sakit, kejap2 ok. Gara-gara kangkung lah ni. Semalam petang dah g...

Mood malas masak dah timbul, bila bdan rasa seram sejuk, perut pun kejap2 sakit, kejap2 ok. Gara-gara kangkung lah ni. Semalam petang dah gtau en somi awal-awal, tak nak masak dinner. Tak sihat katanya. Bila balik rumah, terpandang gantungan petai 3 papan atas rak tersegam indah dan udang besau-besau dalam fridge hasil mancingan en somi. 

Diri ini, terasa kasihan pulak. Ye lah, en somi teringin nau nk makan sambal udang petai. Dah lama dia nak makan. Tak terbeli-beli petainya. Selasa aritu, beli petai kat pasar malam. Bila en somi dah hint-hint mintak masakan sambal udang petai. Isteri kene lah tahu kan, apa action nya.


Balik kerja, belek2 bahan-bahan cili kering, bebawang, halia, semua untuk buat sambal tumis tu ada ke tak. Bila semua ada...zaaaaaas ON truih. Potong cili kering dan siap2 merebus. Sambil potong bahan-bahan untuk blend sekali dan potong petai (kita tak makan petai...family sendiri pun tak makan sangat).

Pastu teringat kat anak lak, nk makan dinner apa pulak untuk Dhia ni ye. TAaaDaaaaaaa, kasik goreng udang besau 3 ekor dengan carrot. Jadiknya, menu harini...menu udang aje lah ye..

Dalam 6.15 ptg en somi called. "Nak McD ke?". Trus bini menjawab. "Eh tak yah2, org dah masak dah". 

"MASAK? Kata tak sihat? Masak apa" en somi terkejut.
"Tak pe la, msk sesimple je. Masak sambal tumis udang petai"

Alhamdulillah, rezeki en somi. 
Lagipun, tengah udang tu fresh2. Ada baiknya msk cecepat,kan. Kang diri sendiri gak rugi. ngeee



Ni pulak, masak-masak untuk dinner hari ini. Ayam goreng kicap style kita2.

Goreng:

  • ayam
  • kentang potong nipis


Tumis dengan minyak:

  • Halia
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Buah pelaga
  • Kayu manis
  • Cengkih
  • Bunga lawang
Masukkan kicap dan air dalam tumisan. Gaul hingga sebati bahan di goreng. Letak sket garam. Tutup api, tabur daun sup.
Mewangi ajeeeeeee baunya.......nyummeh


Anak pun boleh makan sekali ;)





You Might Also Like

0 comments

Sudi-sudikan lah komen ya.. Nanti boleh saya blog walking kembali :) Terima kasih banyak-banyak. LOVE, Lynda