Geram je tengok baju anak-anak murah sangat

Beberapa hari lepas, tapak tangan gatal je. Ngatkan nak dapat duit. tapi, rerupanya nk kel...


Beberapa hari lepas, tapak tangan gatal je. Ngatkan nak dapat duit. tapi, rerupanya nk keluar duit. Misi utama bershopping ialah nk cari hadiah untuk Rayyan (anak buah) yg tertangguh-tangguh tu (besday Jan aritu). Dalam pikiran, nk belikan menan. Tapi, tengok2 Rayyan dah membesar, mesti perlukan pakaian yang setanding umurnya. Jadik, buah pikiranku beralih arah untuk belikan baju raya (eh..eh..nak raya dah ke? ) lagi beberapa bulan je kan? Ape salah nya berdikit2 kita.

Jauh berjalan nya ke VIVA, sebab FOS Viva je bajunya cecantik. Dulu masa kerja di RHB-Easy Viva Mall, rajin cuci mata di sana. Dan, sebab tu baju dan legging Dhia banyak yang comel2 dari brand mothercare, baby gaps, dan memacam lagi. Murah mmg sangat murah. Tp, limited size.

Mummy pun gagah ke Viva Mall, dengan harapan nk cr kan Dhia legging Dhia lagi. 
Tapi, sampai FOS Viva Mall..mata sudah rambang. Mcm orang giler bila nampak brand Tommy, Sesame Street, Baby Gap, Gap kids (original ye,,,) ok lah kita tambah untuk baju raya anak-anak sekali lah ;)

Seperti biasa, size yang tinggal tak banyak. Tp, dapatlah 1 seluar jeans untuk setiap sorang (Dhia, Dzal, Rayyan dan Bella). T-shirt pun kita main amek je beberapa helai untuk Dzal Aidi yang cepat membesar itu. 

Habes shopping, time nk bayar..sekali sampai cashier, terbeliak mata erm..beratus?? Dah la tak gaji lagi (nasib baik tak gaji..kalau dah gaji..huhu sakan lah lagi) Mummy ko pun...main hambik je ikut suka,lak! 
Eh, kalau gi butik mau beribu. Ye dak?


Kasut utk mummy, bukan kasut raya. Kasut jenjalan g Tesco ke Giant ke kerja ke ...mana2 pun boleh lah!! Nk padankan dengan baju belang-belang. (sekali sekala , nk gak melawa kan). Beli dengan Shinings shop

Asyik shopping untuk anak-anak je beberapa bulan ni, siap2kan baju raya mereka dulu. Mummy korang tak pe, kalau tak de baju raya atau tak sempat beli atau tak sempat siap. Boleh recyle apa yang hado. Mummy ni, insyaallah tak membesar dan tak mengecil sangat. So, tak de masalah nk pakai baju lelama.

Kalau anak-anak ni..mmg kesian kalau raya tak ada baju, baju lelama tu tak muat (of cos la tak muat, umur dorang makin meningkat).

Nak shopping ke kedai dekat2 nak raya tu sambil bawa anak-anak tu. Pepaham je lah kan. 
Takut, akhirnya tak menyempat nk shopping. Sibuk main kejar-kejar je.
Ramadhan nak main kejar-kejar dgn anak-anak, mmg idok ler. 



Mmg sakan anak-anak raya kali ni. Mummy korang jumpa baju baru dan branded lagi. Dan murah,ok!! CK, Levi's ko!! Mummy pun dah lama tak pakai Levi's, CK lak mmg belum pernah sama sekali :( sian,kan?

Beli online je sekarang. Tapi, shipping dalam U.S je. Nasib lah cousin ada kat sana. Dapatlah pos ke rumah dia. Tq my beloved cousin. Jumpa Mei nanti ye.

So, settle baju raya anak-anak. Baju kurung n Melayu dah tempah. Tapi, macam tak ikut tema. Kalau daddy dorang approved color, kita sedondon dan beli sebelum puasa la kot. Ramadhan nk berehat kt umah je. Duit pun kene rehat gak...allocation untuk kuih raya, duit raya, minyak dan toll balik kampung nanti. 

Eh, pesal entry ni jadik entry persiapan raya lak?
Mummy korang ni mmg over, hokeyyy!! 





You Might Also Like

0 comments

Sudi-sudikan lah komen ya.. Nanti boleh saya blog walking kembali :) Terima kasih banyak-banyak. LOVE, Lynda