Kedai Ikhlas RM2 Sales 50%


Betul-betul ikhlas kedai ni tau, dah lah namanya kedai Ikhlas RM2. Ada pulak tu diskaun 50%. Mummy biasalah, teruja je dengan menda-menda yang murah2 ni. Terjah cuci mata jap, waktu rehat. Tengok-tengok aje...apa yang menarik dan tertarik hehehe


Wafer ni semua jatuh RM1 selepas diskaun.




Sempat lah jugak, mencapai beberapa barangan yang regenya RM1 selepas diskaun spt penyepit baju, perfume kereta, getah rmabut (jatuh satu RM0.50), 6 pcs alas cawan/mug dan alatan menulis.



Dan, sempat gak beli barangan utk party sket. Belum ada perancangan utk party, tapi nk simpan sesiap. Manatau, ada rezeki lebih..boleh celebrate besday anak-anak nanti. Banner 'HAPPY BIRTHDAY', lilin HAPPY BIRTHDAY, belon-belon, dan segalanya semua jatuh RM1 je. 

Dedulu, masa nk celebrate Dhia yang pertama kali, beli kat pasaraya bandar Kajang banner HAPPY BIRTHDAY je udah dekat RM10, belum kira belon, dan peralatan party lelain tu. Mau beratus..kan?


Sesapa nk kawen, nak tunang, nak deco pakai bakul besi untuk hantaran pun ok gak. RM1 je. Nape lah, masa mummy nk kawen dulu tak jumpa rege yang cenggini ha.



Getah rambut, aksesori rambut, rantai bebudah, sepit, cekak dan macam-macam lagi pun RM1 seplastik.



Penyidai baju macam ni, RM3.50 dari RM7.
Boleh sangat regenya ni


Paper bag besar ni pun RM1.
Tu, ramai yang borong tu. Borong utk jual ke untuk pakai tu?
hehehe


botol2 ni pun RM1 gak


Dan banyak lagi barangan yang selepas diskaun jadik RM1.
Dah macam kedai RM1 dah.

Nak tahu di mana lokasi kedai IKHLAS RM2?
Berada di Damai Mewah Kajang.

Sampai bila sales kedai IKHLAS RM2?
Sampai barangannya habes. Nk clear dan tutup kedai terus






Be First to Post Comment !
Post a Comment

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com