Grand Opening SnF Boutique


Sabtu lepas, SnF Boutique merasmikan pembukaan butik besar-besaran di Bandar Baru Bangi. Harga kasut memang murah gila-gila. Tapi, SnF Boutique bukan sahaja jual kasut. Ada juga vendor-vendor lain seperti pakaian, jam, minyak wangi, barangan kecantikan, pelbagai aksesori dan ada juga makanan minuman. Letih membeli belah, boleh lepak-lepak dan makan-makan di food corner.


Tak lepaskan peluang bergambar bersama-sama dengan owner Shinings Shops (owner SnF Boutique) dan blogger dari #kelabbloggerbenashaari Kak Mas dan Yanie.


Butik yang sangat friendly, bawa anak-anak pun boleh. Tiada masalah. Tapi, mak ayah kene perhatikan gerak geri anak juga. Jangan lah sampai biarkan anak meraba sana sini. Hilang jatuh pecah. Cane? Kenelah tanggung sendiri. Ye dak?


Stok kasut keluar, memang sangat laju. Sampaikan suami kepada owner pun tak menang tangan nak susun atur kasut. Baru je nak susun, dah customer datang serbu.




Kasut dan sandal di SnF Boutique sangat cantik, selesa di pakai dan tak melecet. Salah satu perkara yang paling saya sangat suka dengan kasut / sandal SnF Boutique ialah kalau hujan2 pakai tu. Tak risau kasut basah kuyup. Sebab materialnya tak serap air. Lap-lap gituuuu dah kering!!

Suka sangat sandal SnF Boutique, warna light pink ni. Tapi, size 40 dan 41 cepat sangat habes. Nasib tak ngandung. Kalau tak, dah terliur2 dah kot. hehehe



Akhirnya, warna coklat menjadi pilihan di hati. Ok lah tu, dapat juga jelly sandal ni,kan. Hari pembukaan besar-besaran SnF Boutique semua kasut harga RM25 sahaja. Murah,kan?


Pihak SnF Boutique selalu buat SALE juga tau.

Jangan lupa singgah butik mereka di:
No.6-35-3, Level 2, Bangi Sentral  (belakang Al-Ikhsan Factory Outlet)

Makan Malam di Nasi Lemak Antarabangsa Kg Baru










Malam minggu lepas, kami pekena Nasi Lemak Antarabangsa, Kg Baru Kuala Lumpur. Ramai yang buat review sambal Nasi Lemak Antarabangsa sedap dah di perbaharui. Lagi pun, saya memang penggemar Nasi Lemak Kg Baru. JAdiknya, memang cecepat zaaaas la makan malam di Nasi Lemak Antarabangsa, Kg Baru Kuala Lumpur.




























Terliur2 dengan menu yang ada, sampai kompius tetiba nak pilih lauk. rasa macam nak pekena semua lauk. Tapi, kalau amek semua lauk macam gelojoh je nampaknya kan? Kita amek, 1-2 lauk je dulu...Lain hari, kita try lauk lain pulak.






Nasi Lemak Sambal Sotong pilihan di hati, sambal pedas pedas manis.... hanya di Nasi Lemak Antarabangsa, Kg Baru



Malam minggu aritu, ramai PM tanya kan harga-harga lauk di Nasi Lemak Antarabangsa, Kg Baru. Uols, harga ni tak naik tau April nanti. Walau pun ada GST, tapi harga Nasi Lemak Antarabangsa, Kg Baru tetap maintain gitu..... 
ha!! JIMAT dah kat situ,kan?



Masa datang tu, dok tengok2 je gerai air Kelapa Frutti ni. Dan..akhirnya, mmg tak lepaskan peluang ber'Kelapa Frutti' VIP. Hanya di Nasi Lemak Antarabangsa, Kg Baru je tau!!

Murah je Kelapa Frutti VIP ni. RM5 sahaja. Kalau beli air kelapa sahaja, kat tempat lain pun dah RM4. Tak kira aiskrim tu lagi kan?


Dan...air Kelapa Frutti Laici juga. Khas di Nasi Lemak Antarabangsa, Kg Baru je.


Manisan atau desert di akhir makan malam. Kuih Koci!! Saya sangat lah suka koci yang ada santan di luar. Lemak...lemak gituuu rasanya. Memang perggggh!



Habis sesi makan malam. Baru lah kita bergambar sekeluarga. Inilah, muka-muka kekenyangan dari ahli Kelab Blogger Ben Ashaari.

Korang yang nak ke sini.
Ikut je Jalan Kg Baru tu sampai jumpa Jalan Raja Muda Musa yang ada pintu gerbang. Sebelah kiri je kedai Nasi Lemak Antarabangsa Kg Baru. Dekat je dengan tempat parking RM5.

Facebook: Kelapa Frutti


Campak ke ni?


 Garam As Syifa garam bukit khas untuk Mandian terutama untuk anak2. Kulit mereka kadang-kadang a gak sensitip.  Ada masa tak boleh kene habuk yang banyak sangat dan kadang-kadang cuaca panas pn boleh naik gatal-gatal.


Garam ni nampak sangat istimewa..tu yang membuatkan kami beli beberapa bulan yang lalu. Selain ubat sapu2...kita Ikhtiar juga dgn cara ni. Untuk Dhia, mmg sangat sesuai. Kalau mandikan dgn garam ni..Sekejap je ilang ruam nya. 


Untuk Dzal Aidi, pertama kali nk cuba
 Pagi tadi, tetiba 1 badan merah kecil.  Nak kata campak. Baru je kene campak masa umur 6 bulan mcm tu.


Ke...Sebab alergy mummy bagi makan telur rebus. Sebelum ni, tak pernah mummy try bg makan telur rebus.

Air kelapa dh bagi minum semalam...daun mambu je tak g cari lagi. Sebab tak tahu campak ke bukan. Suhu badan normal. Tak demam.

Lipstik jenis Matte dan Moistureshine



Sesebelum ni, pilihan lipstik saya ialah shine atau dikenali sbg sheer / moist. Pernah nak try matte lipstik. Tapi, dedulu bibir sensitif mudah sakit macam kering jika pakai matte lipstik. Brand pun mempengaruhi saya juga. Ada brand lipstik yang tak boleh saya pakai. 

                                 

Kali ini, mummy try Silkygirl moistureshine code 01 - Naked Truth. Nampak kod warna tu macam cantik. Oren gituuuu. Teringat Maybelline Mango Punch, warna yang agak lawa juga. Natural gitu..tapi moistureshine ni tak tahan lama mana. Kene selalu touch up.






Yang ni pun sama jenis moistureshine kod 06 - hot pink katanya. Mummy pink ni mmg suka nau la pink color cenggini.



Silkygirl moistureshine kod 06 - hot pink pun color tak pekat sangat. Netural gak. Pun tak lasting mana. Minum makan, mmg color keluar.



Dan, buat pertama kalinya try matte liptik dari Silkygirl cod 05 - sassy orange. Nampak warna bawah tu macam takut nau. Macam garang je kan. Tapi, bila pakai just nice. Tak gerun lah! hehe




Baru tau, matte liptik ni bagus sb tak melekat kat gelas atau cawan bila minum. Warna pun tahan di bibir. Tak yah tonyoh tiap kali lepas makan minum.






Main campur2 warna dari 3 jenis warna




Ni pulak campuran warna dari 2 warna.

Ok semua suka lipstik jenis sheer / moisture / shine ke jenis lipstik matte?

Nasib guardian sales aritu, dapat rembat lipstik moistureshine rege RM8.93 sebatang dan RM15 matte sebatang. Beli sebelum GST katanya hehe

Barangan Kosmetik Sales 50% di Guardian

Click for larger view.


Bukan senang nak dapatkan alat solek jualan murah cenggini. Kosmetik brand Maybelline, In2it , Silkygirl dan lain-lain sedang sales 50% di Guardian Farmasi. Oh my!! memang tak boleh lepaskan peluang ni ha. Kebetulan, ada barang-barang mummy yang dah nak habis ni. Dan, ada gak barang2 yang dah pecah (anak bawa main..redha je la kan..what to do).

Ok korang..hari ini last day. Terjah lah mana-mana Guardian Farmasi yang berhampiran ye. Mummy pun nak terjah waktu rehat nanti. Terjah kat Saujana Impian je,kot. 

Mummy ni ok je nak pakai brand MAC ke, Body Shop ke, Avon ke Tupperware Brand ke ..Pendek kata, apa2 brand pun boleh lah. Maybelline lama juga tak pakai sebab lipstik lama-lama tu tak habes2 pakai. Tp, sekarang ni color ala-ala orange dan bright pink dah abes. Mmg nak cari sangat color tu.

Tengok lah si Safura.com tu, dah terjah awal-awal Guardian Farmasi. Borong lipstik. Boleh dapat rege RM18 katanya!! Memang murah nau tu. Jom beli sebelum GST implement. hehehe.




Harga Lipstik (matte):  Silkygirl dari RM15+, Maybelline RM20+, Simplysiti RM20+

Harga Lipstik (glossy) : Silkygirl dari RM8+, Maybelline RM18+, Simplysiti RM18+




Harga bedak 2 way cakes : Maybelline dari RM13+, Silkygirl RM13+

Murahkan? Best, kan? So, arini last day tau..

Dhia check up 2 tahun


Genap umur Dhia Batrisya 2 tahun, kita sempurnakan dengan appointment yang dah di jadualkan untuk Dhia bg sessi check up 2 tahun di Klinik Kesihatan Kajang. Untuk apa check up 2 tahun ni ye? Bukan check up anak last umur 18 bulan ke?


Klinik Kesihatan yang lain, mungkin tak ada check up untuk anak berumur 2 tahun. Mungkin lain tempat, lain research mereka. Tapi, KK Kajang (Klinik Kesihatan Kajang) memang bagus. Banyak sessi jadual appointent untuk Dhia dan Dzal Aidi. Bukan takat 2 tahun. 2 Tahun 3 bulan nanti pun Dhia kene check up lagi. Check up apa? Tunggu lagi 3 bulan, mummy akan hapdet ye.


Memang ku akui, jenuh nk gi Klinik Kesihatan ni. Dahlah klinik FREE, lambat nau nak tunggu. Kan? Betul tak? Tapi, mummy ok je..lambat ke cepat ke tak kisah sangat. Sebab anak bukan dalam keadaan kecemasan pun. So, mummy prefer jugak lah check up kat gov / kerajaan ni. Bukan sebab FREE sahaja....tapi, check up mereka sangat details. Macam jumpa pakar kanak-kanak juga. 

Bukan mummy tak sokong Klinik Swasta. Kadang-kadang ada juga kami checkup atau amek injection anak di klinik swasta. Klinik biasa pernah, klinik pakar kanak-kanak pun ada juga pergi.

Kos checkup anak berserta injection untuk klinik biasa dalam harga RM70-120.
Kos checkup anak berserta injection untuk klinik pakar kanak-kanak dalam harga RM120-150

Kalau korang kerja company best2 beso2, mungkin kos-kos rawatan anak tu FREE. Itu sudah JIMAT juga. Sangat beruntung!! 

Bagi mommies yang kene tanggung kos rawatan anak sendiri. Tak de subsidi untuk injection atau check up anak tu. Terpulang lah, nk checkup di mana-mana pun. Sama je sebenarnya. Masing-masing ada pendapat masing-masing.




Biasanya untuk check up anak di Klinik Kesihatan ni, amek masa 2 jam je. Tak lama sangat kot (bagi mummy), sambil tunggu nombor giliran. Kita boleh gi breakfast dulu, bawa anak ronda2 keliling, bawa gi minum lagi dan makan lagi. Sampai betul2 kenyang. hehehe



Ok, ini adalah perkembangan Dhia masa berumur 18 bulan. Baru lepas demam. Berat turun. Jadik 8.48kg je (tak yah berat sangat lah. nanti mummy lotih nak dukong. Daddy lak nt sakit lutut dukong berat lelama). Tinggi Dhia pulak 78cm. BMI 15.08. Alhamdulillah komen dari KK Kajang semua ok!


Untuk check up perkembangan 2 tahun Dhia di KK Kajang untuk sessi hari ini. Alhamdulillah, semua ok. Berat almost 10kg. Tinggi pulak 81cm. Siap jengketkan kaki masa nurse nak ukur. Konon! Nk tinggi lah,tu!

Masa jumpa nurse tadi, Dhia siap offer pop corn kat nurse. Dedulu kecik2, takut jumpa nurse. Sekarang, nk jadikkan nurse kawan lak,ye. Ok good awak dah sekarang bila gi Klinik Kesihatan.


Selesai je check up 2 bulan sessi dengan nurse ibu dan anak. Dhia pun ZzzZZ kat bahu mummy, masa menunggu turn nak amek ubat. Ubat apa Dhia dapat? Ubat cacing je!! Nurse bagitahu mummy yang Dhia akan di berikan ubat cacing lagi dalam masa 6 bulan. So, umur Dhia 2 tahun 6 bulan nanti. Kita check up dan amek ubat cacing lagi. 


Abes check up 2 bulan dan amek ubat cacing. Mummy zaaaas terus nganto Dhia ke rumah baby sitter. Sbb, mummy kene bergegas cari rezeki juga. Rezeki tak datang bergolek ye,anak-anak. Dan ketahuilah, mummy letakkan kamu di rumah ibu (baby sitter) sebab mummy nk cari rezeki lebih untuk kita semua. Bukan mummy tak sayang anak-anak,ye. Bila ada rezeki lebih, kamu semua akan happy, dapat jalan-jalan sana-sini. dapat pakai baju cantik-cantik, dapat makan minum sedap2. Betul tak? ops...mummy dah start melalut.

Okies...mungkin ada yang nak tahu. Penting ke ubat cacing untuk anak-anak? Mummy pun tak arif sangat hal ini semua. Nasib baiklah KK Kajang dah aturkan semua jadual appointment dan berikan apa yang patut untuk anak-anak. Sungguh!! Mummy tak tahu, kalau tak kerana check up 2 tahun Dhia ni. Mmg mummy tak tahu kene bagi ubat cacing masa umur Dhia 2 tahun.


Tentang pentingnya ubat cacing untuk anak-anak. Boleh baca di blog Dr Zubaidi : Perlukah Ubat Cacing Untuk Anak - Dr Zubaidi