Cawangan Baru Mc Donalds Depan Rumah


First time mummy drive sendiri dengan membawa anak-anak dan anak buah ke Mc Donalds Kajang Perdana yang baru di buka semalam. Gagah nk bagi anak main sambil amek belon FREE (motip sangat). Tak pe la kan! Depan umah je pun. Tak kose nk drive jejauh. Si Dzal Aidi tu bukan suka ddk car seat. 

Bila bagi duduk depan guna car seat kakak dia tu. Eh..eh..elok pulak ddk diam. Nak duduk depan ke nak ddk car seat kakak? Car seat Dzal Aidi tu mcm dah tak sesuai kot. Sempit agaknya.

Best dapat macam2 jenis rupa bentuk belon. Main dalam playroom Mc Donalds Kajang Perdana. Masih kosong lagi. Tak de papan gelongsor lagi


Main lari2, main kejar2 je lah ye. Sambil2 posing amek gambo.


Ha.....nampak tak tu? 
Boleh tahan dia ke sana ke sini.


Sambil makan2 dalam playroom sambil tengok anak-anak main.


Excited dapat belon.


Si kakak pun sama. Tapi, takut bila belon meletop.


Antara aktiviti menarik untuk anak-anak pada hujung minggu.


Macam-macam promosi ada sempena pembukaan Mc Donalds di Kajang Perdana.

16/3/2015 - 27/3/2015 - Percuma Apple pie dengan setiap pembelian Mc Value set besar

30/3/15 - 10/4/2015 - Percuma Kon Sundae dengan setiap pembelian Mc Valuue set besar



Mummy suka dapat FREE apple pie. Anak-anak seronok dapat belon macam-macam rupa bentuknya.
Seronok pulak dorang main di luar Mc Donalds Kajang Perdana. Lanskap cantik! 
Be First to Post Comment !
Post a Comment

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com