Dhia check up 2 tahun

14:06


Genap umur Dhia Batrisya 2 tahun, kita sempurnakan dengan appointment yang dah di jadualkan untuk Dhia bg sessi check up 2 tahun di Klinik Kesihatan Kajang. Untuk apa check up 2 tahun ni ye? Bukan check up anak last umur 18 bulan ke?


Klinik Kesihatan yang lain, mungkin tak ada check up untuk anak berumur 2 tahun. Mungkin lain tempat, lain research mereka. Tapi, KK Kajang (Klinik Kesihatan Kajang) memang bagus. Banyak sessi jadual appointent untuk Dhia dan Dzal Aidi. Bukan takat 2 tahun. 2 Tahun 3 bulan nanti pun Dhia kene check up lagi. Check up apa? Tunggu lagi 3 bulan, mummy akan hapdet ye.


Memang ku akui, jenuh nk gi Klinik Kesihatan ni. Dahlah klinik FREE, lambat nau nak tunggu. Kan? Betul tak? Tapi, mummy ok je..lambat ke cepat ke tak kisah sangat. Sebab anak bukan dalam keadaan kecemasan pun. So, mummy prefer jugak lah check up kat gov / kerajaan ni. Bukan sebab FREE sahaja....tapi, check up mereka sangat details. Macam jumpa pakar kanak-kanak juga. 

Bukan mummy tak sokong Klinik Swasta. Kadang-kadang ada juga kami checkup atau amek injection anak di klinik swasta. Klinik biasa pernah, klinik pakar kanak-kanak pun ada juga pergi.

Kos checkup anak berserta injection untuk klinik biasa dalam harga RM70-120.
Kos checkup anak berserta injection untuk klinik pakar kanak-kanak dalam harga RM120-150

Kalau korang kerja company best2 beso2, mungkin kos-kos rawatan anak tu FREE. Itu sudah JIMAT juga. Sangat beruntung!! 

Bagi mommies yang kene tanggung kos rawatan anak sendiri. Tak de subsidi untuk injection atau check up anak tu. Terpulang lah, nk checkup di mana-mana pun. Sama je sebenarnya. Masing-masing ada pendapat masing-masing.




Biasanya untuk check up anak di Klinik Kesihatan ni, amek masa 2 jam je. Tak lama sangat kot (bagi mummy), sambil tunggu nombor giliran. Kita boleh gi breakfast dulu, bawa anak ronda2 keliling, bawa gi minum lagi dan makan lagi. Sampai betul2 kenyang. hehehe



Ok, ini adalah perkembangan Dhia masa berumur 18 bulan. Baru lepas demam. Berat turun. Jadik 8.48kg je (tak yah berat sangat lah. nanti mummy lotih nak dukong. Daddy lak nt sakit lutut dukong berat lelama). Tinggi Dhia pulak 78cm. BMI 15.08. Alhamdulillah komen dari KK Kajang semua ok!


Untuk check up perkembangan 2 tahun Dhia di KK Kajang untuk sessi hari ini. Alhamdulillah, semua ok. Berat almost 10kg. Tinggi pulak 81cm. Siap jengketkan kaki masa nurse nak ukur. Konon! Nk tinggi lah,tu!

Masa jumpa nurse tadi, Dhia siap offer pop corn kat nurse. Dedulu kecik2, takut jumpa nurse. Sekarang, nk jadikkan nurse kawan lak,ye. Ok good awak dah sekarang bila gi Klinik Kesihatan.


Selesai je check up 2 bulan sessi dengan nurse ibu dan anak. Dhia pun ZzzZZ kat bahu mummy, masa menunggu turn nak amek ubat. Ubat apa Dhia dapat? Ubat cacing je!! Nurse bagitahu mummy yang Dhia akan di berikan ubat cacing lagi dalam masa 6 bulan. So, umur Dhia 2 tahun 6 bulan nanti. Kita check up dan amek ubat cacing lagi. 


Abes check up 2 bulan dan amek ubat cacing. Mummy zaaaas terus nganto Dhia ke rumah baby sitter. Sbb, mummy kene bergegas cari rezeki juga. Rezeki tak datang bergolek ye,anak-anak. Dan ketahuilah, mummy letakkan kamu di rumah ibu (baby sitter) sebab mummy nk cari rezeki lebih untuk kita semua. Bukan mummy tak sayang anak-anak,ye. Bila ada rezeki lebih, kamu semua akan happy, dapat jalan-jalan sana-sini. dapat pakai baju cantik-cantik, dapat makan minum sedap2. Betul tak? ops...mummy dah start melalut.

Okies...mungkin ada yang nak tahu. Penting ke ubat cacing untuk anak-anak? Mummy pun tak arif sangat hal ini semua. Nasib baiklah KK Kajang dah aturkan semua jadual appointment dan berikan apa yang patut untuk anak-anak. Sungguh!! Mummy tak tahu, kalau tak kerana check up 2 tahun Dhia ni. Mmg mummy tak tahu kene bagi ubat cacing masa umur Dhia 2 tahun.


Tentang pentingnya ubat cacing untuk anak-anak. Boleh baca di blog Dr Zubaidi : Perlukah Ubat Cacing Untuk Anak - Dr Zubaidi

You Might Also Like

0 comments

Sudi-sudikan lah komen ya.. Nanti boleh saya blog walking kembali :) Terima kasih banyak-banyak. LOVE, Lynda

Google+ Followers

Google+ Badge

Followers

babab