Grand Opening SnF Boutique


Sabtu lepas, SnF Boutique merasmikan pembukaan butik besar-besaran di Bandar Baru Bangi. Harga kasut memang murah gila-gila. Tapi, SnF Boutique bukan sahaja jual kasut. Ada juga vendor-vendor lain seperti pakaian, jam, minyak wangi, barangan kecantikan, pelbagai aksesori dan ada juga makanan minuman. Letih membeli belah, boleh lepak-lepak dan makan-makan di food corner.


Tak lepaskan peluang bergambar bersama-sama dengan owner Shinings Shops (owner SnF Boutique) dan blogger dari #kelabbloggerbenashaari Kak Mas dan Yanie.


Butik yang sangat friendly, bawa anak-anak pun boleh. Tiada masalah. Tapi, mak ayah kene perhatikan gerak geri anak juga. Jangan lah sampai biarkan anak meraba sana sini. Hilang jatuh pecah. Cane? Kenelah tanggung sendiri. Ye dak?


Stok kasut keluar, memang sangat laju. Sampaikan suami kepada owner pun tak menang tangan nak susun atur kasut. Baru je nak susun, dah customer datang serbu.




Kasut dan sandal di SnF Boutique sangat cantik, selesa di pakai dan tak melecet. Salah satu perkara yang paling saya sangat suka dengan kasut / sandal SnF Boutique ialah kalau hujan2 pakai tu. Tak risau kasut basah kuyup. Sebab materialnya tak serap air. Lap-lap gituuuu dah kering!!

Suka sangat sandal SnF Boutique, warna light pink ni. Tapi, size 40 dan 41 cepat sangat habes. Nasib tak ngandung. Kalau tak, dah terliur2 dah kot. hehehe



Akhirnya, warna coklat menjadi pilihan di hati. Ok lah tu, dapat juga jelly sandal ni,kan. Hari pembukaan besar-besaran SnF Boutique semua kasut harga RM25 sahaja. Murah,kan?


Pihak SnF Boutique selalu buat SALE juga tau.

Jangan lupa singgah butik mereka di:
No.6-35-3, Level 2, Bangi Sentral  (belakang Al-Ikhsan Factory Outlet)

Be First to Post Comment !
Post a Comment

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com