Lepak satu malam di Taiping Golf Resort

Alkisah selepas majlis pernikahan dan majlis perkahwinan adik ipar. Kami.. anak beranak, tok m...


Alkisah selepas majlis pernikahan dan majlis perkahwinan adik ipar. Kami.. anak beranak, tok mak dan tok abah melepak semalam kat Taiping Golf Resort. Anak-anak dan menampakkan kebosanan terperap di rumah kenduri kendara untuk 3 hari. Alangkah baiknya kita hiburkan hati mereka di Taiping Golf Resort.


Muka happy giles, dapat tidur hotel katanya. Ok lah dapat rege murah. Kalau mahai. Tak kose daddy nk membayo yer. Pastu, yang bestnya, boleh check in kul bape2. Nak check out pun tak kisah kul bape2 pun. Best,kan? 
Sebab kami rent dengan owner direct. Bukan dengan pihak hotel / management.


Pepagi tu, sesiap untuk majlis sambut menantu atau bertandang sebelah pihak lelaki kat Kuala Kangsar. As usual, tema sedondon mesti hado! HARUS,ko!! hehe. 



Tema majlis bertandang ialah denim style. Sedondon berdenim katanya. Jenuh mummy korang cari baju kurung denim. Nasib baik lah jumpa kat Intagram seller ni The BLB Store . Tudung mummy pulak, pakai apa yang hado. Mix n Match je katanya. Outfit anak-anak, memang serba baru termasuk lah kasut. Sekali harung beli untuk kasut raya sekali tu. Beli besau sket teruih. Jimat, shopping sekali je. Kasut tu, terlanjur ada sales kat Clarks, IOI Mall Putrajaya aritu. Eh..eh..kasut Dhia tak de lak diskaun. Tak pe lah. Bukan selalu beli kasut pun,kan.


Selesai majlis bertandang di Kuala Kangsar. Sebelum Tok Mak dan Tok Abah balik Subang. Kita bawa sepasang bidadari pekena tempat makan special kat Taiping. Belakang BOMBA, Taiping. Yong Tau Foo dan ABC. Memang perghhhh sedap!! Walaupun dah makan kat kenduri, sanggup ku penuhkan perut ni lagi. Buncit ke gemuk ke..belakang cerita. Lelepas tu, boleh telan alfafa, lecithin, omega dan sapu2 je dengan larome slimming serum. hahahaha


Aktiviti petang kat Taiping Golf Resort, seperti biasa. Mandi kolam. Terus turun suhu demam Dhia. Bagus!!



Tengok Dhia tu, tutup hidung nak selam menyelam. Tak padan dengan umur setahun sebelas bulan tuh!


Tq daddy, melayan anak mandi kolam. Sementara mummy jaga Dzal Aidi tido.


Facility tak banyak di Taiping Golf Resort. Tapi, ok lah kan selesa duduk sini. Ada swimming pool untuk gembirakan jiwa dan raga anak-anak. Tak jauh dari rumah atok, so...boleh ulang alik. Ni kali kedua, kami bermalam di sini....Dedulu, lepak sini masa Dhia baby lagi. Facilities ok masa tu. Sekarang agak kureng sket. Maybe sebab banyak unit owner nk rent kan sendiri. Tak mau guna management resort ni.

Rege resort mampu milik ni RM120 semalam (tak de restriction nk check in atau check out kul bape). Kami sewa dengan Pok Nik. Kalau ada yang nak stay kat Taiping Golf Resort (area Kamunting) dengan Pok Nik, no tel hp nya 013-5286388

Rege sekarang, kalau direct dengan Taiping Resort lebih dari RM120.




You Might Also Like

0 comments

Sudi-sudikan lah komen ya.. Nanti boleh saya blog walking kembali :) Terima kasih banyak-banyak. LOVE, Lynda