Majlis perkahwinan adik ipar : Tahniah Izzaty dan Aniq

Di photo booth majlis perkahwinan Usu dan Pok Su, Dhia dok pikir nak tulis ucapan apa utk U...


Di photo booth majlis perkahwinan Usu dan Pok Su, Dhia dok pikir nak tulis ucapan apa utk Usu dan Pok Su.
Best kan, stylo orang2 sekarang kawen. Dengan photo booth bagai. Zaman mummy dedulu. Tak de makna nk photo booth ni ha. Berfoto atas pelamin je. Dah bayo memahai pelamin tu. Kasi bergambo sampai lebam le kt atas pelamin. Ye dok?


Macam banyak nau idea nak nulis tu, Dhia


Usu faham ke dok paham ke. Kita tulis aje, lah ye.
Moga Usu faham tulisan Dhia dari hati ke hati ;)
ecececece


Khas untuk Usu dan Pok Su tersayang


Ok, siap dah ucapan perkahwinan untuk Usu dan Pok Su


Malam sebelum tu, malam berinai. Mummy kasik Dhia pakai inai Mekah. Yang di beli oleh Tok Mak. Kasik Dhia merasa sket, situasi pengantin pakai inai. Dedulu masa mummy kecik2. Tiap kali, makcik-makcik kawen. Mesti mummy dan cousins sibuk nak pakai inai. Meriah waktu tu. 


Side daddy, ni last kawen. Side mummy, macam dah tak de yang naik pelamin. So, pengalaman ni mungkin pengalaman pertama dan pengalaman yang berharga untuk Dhia. Di majlis berinai acara sedara mara di majlis perkahwinan Usu


tadaaaaaaa..best,kan?


Keesokkan harinya, majlis akad nikah Usu. Sebelum sampai di Masjid Kamunting untuk lafaz nikah. Ada baiknya kami bergambo bersama dulu.
Baju mummy dan Dhia sedondon. Tapi, baju mummy tu baju raya 3-4 tahun yang lalu (alhamdulillah muat lagi). Baju Dhia tu ada kain lebih baju mummy (mmg simpan kain lebih2) dan Tok Mak tolong jahitkan baju kurung untuk Dhia. Tq Tok Mak.



Alhamdulillah selesai akad nikah dengan sekali lafaz. Tahniah Usu dan Pok Su.
Kita kasik pengantin bergambar dengan ibu bapa keda-dua belah pihak.
Setel dah majlis pernikahan di Masjid Kamunting. Zaaaas teruih balik rumah dan siapkan jamuan minum petang utk sebelah pihak lelaki.


Sebelum majlis persandingan, dedua anak dah zZZZzzz. Merasmikan katil pengantin dulu. huhu

Jom jamu mata dengan gambar di hari persandingan kedua mempelai. Sama cantik sama padan dua sejoli. Bagai pinag di belah dua. Syukur.

Kata orang tetua, anak sulung berkahwin dengan anak bongsu ni sejuk a.k.a bagus. Moga berbahagia hingga ke anak cucu cicit ye, dik!


Sessi bergambo pengantin2 lama hehehe


Dhia dan daddy pulak bergambo di photo booth


Gambar dari pihak lelaki yang hadir. Terima kasih semua. Maaf jika ada yang terkurang atau terlebih ya. Jangan serik ke Kamunting.


Hari Ahad pulak, kita ke Kuala Kangsar. Tiga hari berturut-turun majlis. Tapi, tak pe...sekali penat aje.


Rombongan dari pihak kami. Meriah,kan? 
Mummy first time jejakkan kaki ke Kuala Kangsar. Bandar di Raja ni.


Lawo pengantin bertemakan warna merah di atas pelamin. Meriah gituuuuu


Kasik posing gambar sekeluarga.


Tok Mak!! tq tok mak dtg hadirkan diri bersama-sama


Menunggu turn menepung tawar.


Majlis merenjis dan menepung tawar


Abes sesi menepung tawar. Kita makan, sedap2 makanan katering di rumah Kuala Kangsar. 


Selesai sudah majlis bertandang di Kuala Kangsar. Seronok sangat dapat berkumpul adik beradik ipar balik kampung dan cuti panjang 6 hari di Perak. Nak bercuti lagi cenggini gamaknya kene tunggu sehingga berjumpa Syawal. eh..eh.eh itu pun kalau2 semua balik kampung serentak. Raya tahun ni turn mummy 1st day raya di Subang. Sebab tahun lps dah turn Kamunting. 

Tapi, tak kisah pun mana-mana. Sama je. Rumah mak kat Subang tu xjauh mana. Nk jumpa hari-hari pun boleh. Nk kumpul adik beradik makan makanan raya pun, boleh anytime. Adik beradik mummy pun 3 orang je,kan.

You Might Also Like

0 comments

Sudi-sudikan lah komen ya.. Nanti boleh saya blog walking kembali :) Terima kasih banyak-banyak. LOVE, Lynda