Merisik madu untuk suami


Merisik madu untuk encik suami?? Yup, iniadalah salah satu tujuan percutian pendek ke Cameron Highlands tempoh hari. Encik suami nak cuba madu dari Ee Feng Gu Bee Farm Cameron Highlands pulak. Madu di sini lain dari madu hutan tu, madu dari ladang Ee Feng Gu Bee Farm Cameron Highlands oleh bunga-bungaan. Lebah pula, lebah yang di bela khas oleh Ee Feng Gu Bee Farm Cameron Highlands


Mummy kali ke-2 ke ke-3 ke sini. Pernah tengok live madu ni di packing kan. Tapi, kali ni. Tak dapat tengok live sebab bukan musim kutipan madu. Mereka akan kutip 3 bulan sekali je madu-madu dari Bee Farm Cameron Highlands, Ee Feng Gu


Mummy ngendong Dzal Aidi di Ee Feng Gu Bee Farm Cameron Highlands tak sesuai pakai stroller sb banyak tangga dan jalan tak berapa rata. Tak pe exersize katanya kan. hehehe



Nak masuk Ee Feng Gu Bee Farm Cameron Highlands ni tiada bayaran di kenakan. FREE of charge sahaja.


Kasik sedaaas di photo booth Ee Feng Gu Bee Farm Cameron Highlands


Madu dari bunga-bungaan. Sedap, tak panas. Orang mengandung ke kanak-kanak ke. Boleh makan. Tak de masalah. 



Dhia pun suka nk makan madu dari Ee Feng Gu Bee Farm Cameron Highlands, kita kasik rasa hok stick dulu. Sementara mak paknya nk pilih-pilih. Beli untuk makan sendiri dan buah tangan untuk ahli keluarga yang terdekat.


Masa kami sampai di sini. Kami sekeluarga selsema dan batuk-batuk. Lepas pekena 2x kali madu Ee Feng Gu Bee Farm Cameron Highlands. Terus kering selsema. Alhamdulillah dengan izinnya.


Si Dzal pun kita kasik rasa madu asli yang stick puye. Buat ubat ye,dik. 
Banyak jenis madu-madu di Ee Feng Gu Bee Farm Cameron Highlands. Kami beli yang asli je. Boleh tengok website untuk produk mereka. Produk yang ada di EeFengGu 

HARGA? Harga memamg tak semahal madu di pasaran luar. Atau pun madu hutan. Mungkin sebab lebah ini di bela. Kos mangambil madu pun tak tinggi sebab Ee Feng Gu Bee Farm Cameron Highlands ada ladang lebahnya sendiri.


Be First to Post Comment !
Post a Comment

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com