Restoran Lagenda Maharaja Steamboat, Bukan Sekadar Steamboat


Mummy sekeluarga memang suka nau steamboat dan lagi layaaaaaaaan kalau ada grill sekali. Dan, bila ke Restoran Lagenda Maharaja Steamboat. Sangkaan ku, tidak meleset sama sekali. Restoran Lagenda Maharaja Steamboat memang menyediakan steamboat dan grill. Tapi, bukan 2 menu tu sahaja yang ada di sini. Macam-macam menu pagi, tengah hari dan malam pun ada tau!! Mummy mmg suka sangat2. Rasa macam nak lompat bintang di situ. hahaha gituuuuuu sekali ko!



Tengok tu, anak dan daddynya laju jalan ke depan. Tak sabau nk terjah menu-menu yang ada di Restoran Lagenda Maharaja Steamboat. Tinggalkan mummy nya di belakang. huhu. Tahu lah ada makanan favorite daddy dan Dhia di Restoran Lagenda Maharaja Steamboat. 



Menu di Restoran Lagenda Maharaja Steamboat di kendalikan oleh Chef Aziz (anak Pak Din) berpengalaman dalam penyediaan makanan. Erm...patutlah sedap-sedap makanan di sini.







Antara menu makanan pagi yang di sediakan di Restoran Lagenda Maharaja Steamboat:
*Steamboat (tiada sayur dan tiada lauk)
*Nasi Lemak
*Lempeng
*Cereal
*Roti Bakar
*Pelbagai jenis sup (sup lidah, sup tulang, sup urat, sup perut, sup daging lembu, mee sup, bihun sup, kuey tiaw sup dan bebola sup)
*Minuman Kordial Sejuk / Teh Panas / Teh tarikh 
*Candy buffet



Di Restoran Lagenda Maharaja Steamboat bukan sahaja mak pak je suka. Anak pun suka. Sebab ada macam-macam manisan untuk anak-anak. Sekali sekala, kita kasi kebebasan anak merasa makanan ini semua. Tapi, sebelum makan manisan ini semua. Kita suruh anak makan makanan bihun sup dulu.


Sedap bihun sup daging dari Restoran Lagenda Maharaja Steamboat. Supnya pekat dan terasa.


Di tambah pulak makan masa sup tu panas-panas. Memang perggggh.


Muka konfius!! Nk pilih sup apa, yer?  Sampai tak reti nak amek sup ape. Banyak sangat menu sup yang ada di Restoran Lagenda Maharaja Steamboat



Cuba sup ini pulak. Ok not bad. liat-liat sedap orang kata. Baru lah boleh nikmati kelazatan makanan bila kene kunyah lelama dalam mulut. Ye dak?


Menu makanan tengah hari yang di sediakan di Restoran Lagenda Maharaja Steamboat:
*Steamboat (tiada sayur dan tiada lauk)
*Nasi Kuning
*Gulai Ikan Sembilang
*Gulai Ikan Kembong
*Roti Bakar
*Pelbagai jenis sup (sup lidah, sup tulang, sup urat, sup perut, sup daging lembu, mee sup, bihun sup, kuey tiaw sup dan bebola sup)
*Minuman Kordial Sejuk / Teh Panas / Teh tarikh 
*Candy buffet
*Buah-buahan









Masa untuk steamboat dan gril. Terima kasih daddy. Seperti biasa, tolong grill untuk mummy. Muahciked hehehe





Antara favorite kami ialah sotong, ayam, mussels, ketam..memang nyummmeh!



Ok! Untuk menu makan malam, yang di sediakan di Restoran Lagenda Maharaja Steamboat:
*Steamboat dan grill
*Roti Bakar
*Pelbagai jenis sup (sup lidah, sup tulang, sup urat, sup perut, sup daging lembu, mee sup, bihun sup, kuey tiaw sup dan bebola sup)
*Minuman Kordial Sejuk / Teh Panas / Teh tarikh 



Sambil makan, sambil berkumpul reramai dengan ahli #kelabbloggerBenAshaari. Seronok mummy, dapat laga-laga pipi dengan kawan-kawan yang selalunya kami berjumpa dan berkomunikasi di alam maya. 


Sebelum balik, mummy bergambar dengan pemilik Restoran Lagenda Maharaja Steamboat, Pak Din dan pelanggan tetap Restoran Lagenda Maharaja Steamboat, En Hilal Azman.

Jika anda peminat sup, roti bakar, steamboat dan grill. Jangan lupa singgah Restoran Lagenda Maharaja Steamboat di alamat : 

Lot 6, Jalan 2/10, Dataran Templer, Bandar Baru Selayang 68100 Batu Caves Selangor
(berhadapan Stadium Selayang)
Telefon: 03-61386664


Dan jangan lupa lawati:

Rating untuk rasa : 4 bintang
Rating untuk servis : 3 bintang




Be First to Post Comment !
Post a Comment

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com