Trip Sehari di Legoland Malaysia

Entri ni sebenarnya, throwback trip sehari ke Legoland Malaysia. Cerita cuti di hari Krismas tahun 2013. Masa tu, sedang ngandung Dzal A...



Entri ni sebenarnya, throwback trip sehari ke Legoland Malaysia. Cerita cuti di hari Krismas tahun 2013. Masa tu, sedang ngandung Dzal Aidi Fiqry. Dhia pulak 9 bulan umurnya. Sarat-sarat pun boleh nak berjalan kan? Dah doktor yg kata bagus perempuan mengandung ni berjalan banyak. Senang nk bersalin tapi... mmg senang pun nak bersalin, sbb doktor kasik belah je perut ni ha 




Sempena cuti sekolah ni, mesti ramai yang nak bawa anak-anak ke Legoland. Main ddi dry park dan water park. Masa pergi dulu, mmg amek pakej dedua ni. Sempat ke sehari je? Oh, anak mummy kecik ni ha mana pandai main-main lagi. Kita jalan-jalan dan tengok show je. Lepas tu mandi-manda terus. Mmg sempat sangat lah 1 day trip tu.


Yang ada ank beso-beso tu pun, insyaallah sempat kot. Melainkan, kalau ramai pengunjung dan nk kene beratur pjg utk satu-satu permainan tu. Mungkin kene amek 2 days pass kot.




Bonding daddy dan Dhia. Sambil main lego. Daddy mmg expert bab pasang-pasang dan cantum. Kalau bagi mummy yg buat, mau esok pun tak siap hehehe.









Tetiba berada di Menara Maybank KL lak ye?



Sangat menakjubkan senibina dari lego-lego. Cantik sangat



Cumanya di sini agak panas sbb kawasan lapang. Tak de pokok-pokok. Mungkin masa pergi ni baru lagi tempat ni.



Jadiknya, lepas makan dan tengok show yang ada. Terus ke waterpark sejukkan diri dan sejukkan badan anak.


Lepak tempat mandi sampai tutup dah. Untuk mommy2 yang kesini. Nk susu kan anak bf tu mmg tak de masalah. Tempat menyusu anak mmg sangat best. Kerusi dia. Ya Allh, kaki siap boleh ke ats ke bawah. Mummy pun dapat lena kan diri sekejap.



Masa untuk ucapkan selamat tinggal. Bye Legoland. Insyaallah tunggu anak-anak besar. Baru nk ke sini lagi.

Selanjutnya, boleh lawati website : Legoland Malaysia ada offer dengar2nya



You Might Also Like

0 comments

Sudi-sudikan lah komen ya.. Nanti boleh saya blog walking kembali :) Terima kasih banyak-banyak. LOVE, Lynda