Bayou Coffee House, Kelab Komuniti Taman Tasik Cyberjaya

Antara tempat makan menarik di sekitar Cyberjaya . Bayou Coffee House, Kelab Komuniti Taman T...


Antara tempat makan menarik di sekitar Cyberjaya. Bayou Coffee House, Kelab Komuniti Taman Tasik Cyberjaya




Kami, keluarga Kelab Blogger Ben Ashaari tak melepaskan peluang yang ada untuk ke Bayou Coffee House, Kelab Komuniti Taman Tasik Cyberjaya.  Dengarnya, menu di sini sangat menarikSebelum makan tengah hari, seperti biasa. Kita tengok semua hidangan yang ada dahulu. Serta abadikan gambar dengan kamera masing-masing.


Mangga kordial sejuk, antara air sejuk selain air masak putih yang di hidangkan di Bayou Coffee House, Kelab Komuniti Taman Tasik Cyberjaya



Sambal tempe goreng garing. Antara kegemaran saya antara hidangan yang dihidangkan di Bayou Coffee House, Kelab Komuniti Taman Tasik Cyberjaya. Biasalah kan, keturunan campuran Bugis-Jawa-Cina ni. Tempe makanan pilihan nombor 1. 


Perut dan Rebung Masak Lemak.
Antara menu yang saya malas masak di rumah hehehe. Malas nak cuci perut tu. Kalau tak bersih, tak jadi lah masak lemak nanti. Jadiknya, kita makan sahaja di Bayou Coffee House, Kelab Komuniti Taman Tasik Cyberjaya


Ayam Goreng Rempah.
Manis,masin, sesedap rasa. Terasa rempahnya. Sampai Dhia makan berketul2 ayam ni sahaja. Tak pedas, sesuai untuk yang tak makan pedas.

Lemak Labu Kuning
Manis-manis lemak nya..memang sangat juicy 

Ikan Masin Bulu Ayam



Sambal Ikan

3 Sambal Istimewa Bayou Coffee House, Kelab Komuniti Taman Tasik Cyberjaya. Sambal Mangga, Sambal Belacan dan Sambal Belimbing. Peminat tegar sambal, mesti suka ketiga-tiga sambal ni. Rugi o....sapa tak makan sambal hehehe

Rendang Tok, Paru Goreng dan ulam-ulaman juga ada Bayou Coffee House, Kelab Komuniti Taman Tasik Cyberjaya



Pencuci mulut dan keropok di sediakan juga Bayou Coffee House, Kelab Komuniti Taman Tasik Cyberjaya


Tapai pulut 
Antara pencuci mulut egemaranku juga ada diBayou Coffee House, Kelab Komuniti Taman Tasik Cyberjaya. Apa lagi, kita ngap 1 lerrr....

Bubur Pulut Hitam Bayou Coffee House, Kelab Komuniti Taman Tasik Cyberjaya
Makan pulak masa panas-panas suam gitu. Sedap hoi!!! 

Bayou Coffee House, Kelab Komuniti Taman Tasik Cyberjaya juga menyediakan perkhidmatan seperti:
*Majlis Berbuka Puasa
*Majlis Perkahwinan
*Majlis Hari Jadi
*Majlis Ulang Tahun
*Makan Pagi / Tengah hari / Malam
*Hari Keluarga
*Kursus




Untuk tempahan. Boleh hubungi:
https://www.facebook.com/bayoucoffeehouse
03-83180008 / 019-3305848

Email: bayoucateringcyberjaya@gmail.com



You Might Also Like

0 comments

Sudi-sudikan lah komen ya.. Nanti boleh saya blog walking kembali :) Terima kasih banyak-banyak. LOVE, Lynda