Bila Pengasuh Cuti

Ibu (pengasuh) bebudak ni tak sihat dari Sabtu aritu. Tp, harini masih tak kebah.  Nampakny...


Ibu (pengasuh) bebudak ni tak sihat dari Sabtu aritu. Tp, harini masih tak kebah.  Nampaknya, kami kene cari solusi utk fikir siapa kene cuti atau pinjam tok mak utk tengok kan bebudak ni.  Bila bincang2 dgn daddy, bebudak ni..daddy setuju nak cuti jaga anak2. Kali ni..Kali ke 3 ke ke 4 daddy jaga anak2 bila mummy bekerja. Nasib Daddy ok boleh cuti kecemasan. Tapi, hari Selasa daddy tak leh cuti? Mummy?? Cuti tinggal 6 hari je ni..layak amek bulan 6 ni pttnya. Nak amek cuti tanpa gaji mcm sayang. Kalau potong gaji, cuti tanpa gaji takat RM50 RM60 sehari tu tak kisah lagi La kan..pejam mata je.  Erm..bkn berkira psl duit dan jaga anak. Tapi, dah mummy ni HR. HMmmm..org lain x rajin amek cuti. Kita dok memanjang cuti. Org lain tak de anak kecik. Boleh la kan simpan cuti tu..tunggu la lagi setahun. Anak2 beso dah. Kan!!

Bila daddy budak2 ni dh nk tolong amek cuti. Mummy kene lah bantu juga. Bukan takat amek kesempatan. Jadi, lepas anak2 tido malam sebelum nya...mummy kenalah siap2 masak utk esok.  Bukan mudah nk masak sambil jaga anak2 yg sedang membesar. Lagi2 daddy yang jaga. Eh..bukan perkecilkan daddy mereka. Daddy mereka lagi handal jaga budak2 ni dr mummy jaga. Cuma nya..kita kene lah tolak ansur. Daddy dah jaga anak. Mummy kene lah tolong msk. Masak simple je. Sup ayam kentang je. Cuma nya nmpk simple..tp nk potong sana sini. Nk goreng ayam nya dulu. . Nk buat cili api kicap lgi. Makan masa gak. Kan? Kalo Mummy dh siap masak. Esok daddy tinggal masak nasi je. Ringan sket kerja daddy.


Daun sup pun dah siap potong. .Tinggal nk di taburkan je atas sup tu. Cili kicap pn siap. Cuma lupa beli limau kasturi je.  Tak pe lah..tengah hari boleh beli.


Baju anak2  dan pempes pun siap2 letak atas sofa. Senang daddy nk siapkan anak nanti.  Si adik tu morning person...mummy siapkan adik dulu pepagi (kalau bangun awal). Si kakak xpe ..Bole mandi sendiri (dengan kawalan).

Sesambil ddk dapur tu..setelkan menda potong2 utk masak dinner sekali. Balik keje nanti boleh zaaas nak masak lemak ketam cili api nenas. Rewards utk daddy.

Moga anak2 baik ddk dgn daddy harini. Rehat nanti mummy balik ye anak2. Kita cuddle sekejap.

You Might Also Like

0 comments

Sudi-sudikan lah komen ya.. Nanti boleh saya blog walking kembali :) Terima kasih banyak-banyak. LOVE, Lynda