Bila Suamiku Kene Denggi

Bila orang kuat kita kene denggi, dalam masa yang sama isteri demam. Memang dugaan besar untuk ...




Bila orang kuat kita kene denggi, dalam masa yang sama isteri demam. Memang dugaan besar untuk kami menjaga anak-anak. Nasib baik minggu lepas, tok mak bebudak ni ada kt Kajang. Dapat lah tolong sama tengokkan si kecik 2 orang. Paling kesian bila suami di katakan border line untuk demam denggi Jumaat lepas. Malam tu jugak ler terus zaaas. Amek jus daun betik kat rumah baby sitter. Ramai rakan taulan bagi nasihat untuk berikan jus daun betik ini untuk naikkan platlet darah.




Berikan encik suami air Performance Drink dari Shaklee untuk elakkan hidrasi badan. Denggi ni mmg kene minum banyak air. Tak ketinggalan 100 plus pun bagi sama.



Masakkan sup ketam nipah yang di berikan oleh babysitter anak. Ramai yang kata, boleh naikkan platlet demam denggi. Terima kasih pada yang membantu. Nk mencari sengsorang. alahaiiiiiii jenuh!! Nk cari ketam nipah pun tak tahu kat mana. Dan ini, pertama kali kenal ketam nipah selain ketam bunga dan ketam batu.  Rerupanya banyak jenis ketam ada ye.. hehehe



Buah kiwi kuning yang kaya dengan Vitamin C juga bagus untuk demam denggi. Kita usaha juga dengan buah ini.

Pada hari Sabtu, Ahad dan Isnin (semalam) platlet masih tak naik. Tapi, bukan di tahap kritikal. Bacaan dalam 175 dan masih boleh monitor dari rumah. Tak kene tahan wad. 

Walaupun demam dengginya bukan tahap kritikal.  Tapi, kesian tengok encik suami. Bila suami tak larat tu aya Allah, kita pun rasa macam lemah juga. Tapi, kita kene kuat. Kalau tak kuat, sian anak-anak. Tok mak dah balik Subang. erm....Bininya  ni pun, dah habis idea nak buat apa lagi pun tak tahu. 

Nampak nya kene cari ketam nipah lagi. Buat sup lagi. Jus daun betik masih ada, masih lagi encik suami minum.



Semalam, rumah kami, Kementerian Kesihatan datang untuk sembur lagi. Kali kedua dalam bulan ni sahaja. Ramai yang kene demam denggi di kawasan rumah kami.


You Might Also Like

0 comments

Sudi-sudikan lah komen ya.. Nanti boleh saya blog walking kembali :) Terima kasih banyak-banyak. LOVE, Lynda