Keluarga Karaoke

10:37


Lama tak keluar berjimba malam minggu.  Selalunya kami kerap ke shopping mall je.  Bawa anak main musical car sambil beli barangan rumah.  Malam minggu bebaru ni, kami sekeluarga dan beberapa keluarga adik beradik suami ke Mypop Avenue Karaoke di Jalan Reko Kajang. Tak jauh dari rumah kami semua.  Sebab majoriti adik-beradik suami mmg tinggal di Kajang.  Mudah nk eratkan silaturrahim kekeluargaan. Alhamdulillah.


Pakej yang ada :
1. ikut jam / bilik 
Small Room (untuk 2-4 orang dewasa) dari RM20++
Medium Room (8-10 orang dewasa) dari RM35++
Party Room (>10 orang dewasa) dari RM40++

atau
2. pakej siap dengan makan, minum dan 3 jam karaoke / bilik
Small Room (untuk 2-4 orang dewasa) dari RM88++
Medium Room (8-10 orang dewasa) dari RM118++
VIP Room (>10 orang dewasa) dari RM168++




PROMO K-lunch 12pm - 3pm
Dari RM9.90 untuk makan tengah hari dan karaoke


Senior berumur 50 tahun ke atas, ada potongan 50% 





Berbelanja RM100 ke atas, dapat 1 entri cabutan bertuah bulanan. 
Menarik ni!!



Ada perkhidmatan lif juga.  Sesuai untuk keluarga yang berkunjung di sini.



Sambil menunggu turn utk sumbangkan beberapa lagu. Kita selfie dulu. Tu adik tu...susah nau nk statik. Suka pandang sana sini.



Turn daddy sumbangkan satu lagu. Lagu apa,ya? Erm...tak ingat dah mummy..banyak kot lagu yang daddy nayanyi (lebih 2 lagu tu dah kira plural. Plural tu...banyak..) hehehehe


Pandai nk menyanyi.  
Tapi, bila pegang mic. Sore macam malu2 je. Cer dalam kete. Boleh tahan!! hehehe



Kerut2 dahi dah tu...tinggi ke pitching tu?
Masa kitorang pergi Sabtu malam aritu, amek bilik Medium je. Sebab pergi pun dalam 7 orang dewasa dan 4 kanak-kanak. 


Ni pulak, gambar beberapa minggu yang lalu. Tempat karaoke yang sama Mypop Avenue, Jalan Reko Kajang. Bilik VIP, besau, sangat privasi dan puas hati. Ada tandas dalam ni. Tak perlu keluar cari tandas. 


Lepak bersama familia. Memang best!! Santai2 keluarga karaoke ;)

You Might Also Like

0 comments

Sudi-sudikan lah komen ya.. Nanti boleh saya blog walking kembali :) Terima kasih banyak-banyak. LOVE, Lynda

Google+ Followers

Google+ Badge

Followers

babab