Majlis Menandatangani MOU Rakan Korporat Aman Palestin bersama Duta Aman Palestin dan Kelab Blogger Ben Ashaari


Alhamdulillah, berkesempatan juga ke Majlis Menandatangani MOU Rakan Korporat Aman Palestin bersama Duta Aman Palestin dan Kelab Blogger Ben Ashaari bertempat di Hotel Bangi Putrajaya hari ini 12 April 2015. 

Aman Palestin ini di lancarkan oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong pada 8 September 2009

Apa dia Aman Palestin, ni ye? Mengikut sumber dari Website Aman Palestin :-

AMAN PALESTIN 

Aman Palestin mula beroperasi pada akhir 2004 sebagai inisiatif untuk membantu dan menyalurkan sumbangan serta menjaga kebajikan dan hak kemanusiaan rakyat Palestin. Aman Palestin sentiasa berusaha memastikan setiap ringgit yang didermakan oleh rakyat Malaysia tidak sahaja sampai malah kesemua bantuan tersebut dapat dimanfaatkan sebaik mungkin di Palestin. 

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi dibawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. 

Semenjak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam bentuk projek-projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai. 

Diharapkan agar keperihatinan yang berterusan oleh rakyat Malaysia dalam menyalurkan bantuan dapat memberikan sinar harapan dan membantu meringankan penderitaan yang ditanggung oleh rakyat Palestin. 


Website : Aman Palestin

Be First to Post Comment !
Post a Comment

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com