Sehari bersama Heliza AF



Pertama kali berjumpa dan bertentang mata dengan si comel yang jelita ini, Heliza (bekas pelajar AF). Sangat petah berkata-kata dan pandai menambat hati hadirin yang hadir di sekitar majlis rasmi anjuran Amal Palestin. Bertempat di Hotel Bangi-Putrajaya. 

Tahniah pada Heliza yang masih menjadi duta kepada Amal Palestin. Ya Allah, bertuah sangat Heliza, kerana dapat jejakkan kaki ke Bumi Palestin dan melihat sendiri kehidupan di sana. 

Heliza juga ada berkongsi sedikit cerita pengalaman beliau di sana. Saya yang hanya sebagai seorang pendengar.Amat tersentuh!! Sedih dan tetiba menitis air mata bila dapat tahu ada anak-anak kecil diberikan sup kotak untuk mengisi perut mereka (kotak yang di buang bersepah-sepah itu). Anak-anak saya di Malaysia bukan makan sup kotak. Tapi, minum air kotak. 



Sedikit sebanyak perkongsian dari kembara Heliza itu, membuka mata dan minda saya untuk lebih bersyukur ke hadrat Illahi. Cerita penuh kembara Heliza telah di bukukan dalam buku beliau #DIARI SEORANG MUJAHIDAH KEMBARA SYRIA. 


Buku ini menceritakan pengalaman dan cabaran yang di lalui oleh beliau semasa misi kemanusiaan.

Untuk membeli buku ini, boleh beli di: #diari Seorang Mujahidah Kembara Syria


Antara lagu yang di dendangkan oleh saudari Heliza di Majlis menandatangani Perjanjian Sefahaman Rakan Korporat Aman Palestin


Be First to Post Comment !
Post a Comment

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com