Maggi kari with love


Motip tetiba letakkan gambar maggi LOVE. Sebenarnya, my LOVE akan balik hari ini. hehehe 3 hari ke teambuilding. PJJ lah sekejap kami ni yer..

Mood nak makan maggi kari letak telur dan cili api. Memang wajib cili api tu haaa. 

1st Segmen & Giveaway By Afidah Azmi88


Seperti biasa, mummy akan cuba sedaya-upaya join giveaway yang rakan blogger adakan. Kali ini mummy join 1st Segmen & Giveaway By Afidah Azmi88. Bukan tujuan sebenar untuk meraih kemenangan semata. Tapi, kita dapat berkenal-kenalan juga dengan rakan-rakan blogger lain.

Syarat mudah 1st Segmen & Giveaway By Afidah Azmi88 :

  • Buat entry dengan tajuk "1st Segmen & Giveaway By Afidah Azmi88 "
  • Blogger dari Malaysia yer..yang luaq negara tu...susah sikit kot nak post giveaway..
  • Backlink kan burung hantu tu..
  • Wajib follow IG afidahazmi88 /  Blog Afidah Azmi88 
  • Tarikh tutup penyertaan adalah 27 June 2015 jam 11.59 pm
Hadiah yang ditawarkan akan diberitahu pada 28 June 2015...hanya 5 yang bertuah akan terpilih..


Mee Tarik Warsan Asli Bandar Baru Bangi


Mummy juga di antara #BloggerKakiMakan yang sentiasa mencari tempat makan menarik dan tertarik. Kali ini, kami terjah ke Mee Tarik Warisan Asli Bandar Baru Bangi. Mee Tarik Warisan Asli ini di antara mee tarik yang paling best di Malaysia.


Oleh kerana Mee Tarik Warisan Asli Bandar Baru Bangi di buat terus di hidangkan pada pelanggan. Orang kata, fresh. Mummy tak perlu risau bagi anak makan. Dhia memang peminat mee. Semua jenis mee suka. 





Bersungguh anak makan. Sedap betul Mee Tarik Warisan Asli Bandar Baru Bangi.




Mee Tarik Signature Soup Mee Series.
Pilihan mummy dan anak 


Wet Mee Tarik.
Pilihan daddy


Syiok pulak tengok Mee Tarik Warisan Asli ni di buat secara live. Laju pulak tu dia uli dan tarik-tarik. Boleh sama besar ketebalan mee tu. Kredit untuk beliau!! ;)


Harga makanan di Mee Tarik Warisan Asli tidaklah semahal mana pun. Harga bermula dari RM6.00
Selain mee ada juga nasi, kuey tiaw, lauk pauk dan macam-macam menu ada di Mee Tarik Warisan Asli.


Mee Tarik Warisan Asli Bandar Baru Bangi.

3A-47-01, 3A-49-01
COMMON AREA, JALAN MEDAN
PUSAT BANDAR BANGI SENTRAL
BANDAR BARU BANGI 43650 BANGI
SELANGOR

017-3589168

Membersihkan perut untuk sihat


Hujung minggu, hari untuk membersihkan perut untuk sihat dan secara sihat. Ha! Penting secara sihat ni,tau. Macam-macam kita dah makan setap hari setiap masa. memang kita akan rasa pembuangan hari-hari itu sudah mencukupi. Tapi, adakah kita tahu keadaan colon kita? Bersih atau ada yang masih tertinggal? Lagi-lagi yang degil tu kan. 


Kolon yang tidak bersih sempurna boleh mengakibatkan macam-macam permasalahan perut. nauzubillah lah kan. Tapi, ada baiknya kita merawat dahulu. Suplemen pilihan saya tentunya dari yang semulajadi. Iaitu Herb-lax dari Shaklee. 



Kebaikan Herb Lax
  • pembersihan najis yang tersekat
  • meransang usus untuk percepatkan proses pembersihan secara lembut kepada najis yang tersekat atau tersimpan lama dalam tubuh kita
  • membantu masalah sembelit
  • tindakan pembersihannya yang lembut boleh mengembalikan semula proses semulajadi
  • mengempiskan perut
  • ia membantu dalam mengurangkan atau memberi kepejalan pada perut. sesuai di ambil seperti biasa atau dicampur dalam air panas, sebaai minuman teh herba.


Siapakah yang perlu amalkan Herb Lax ? 

  • pengamal tegar ubat tahan sakit.
  • mereka yang ada masalah pembuangan, perkumuhan kurang lancar dan sembelit 
  • mereka yang banyak jerawat
  • pesakit gout
  • mereka yang ingin membersihkan usus terutama sekali mereka yang baru berjinak2 dengan suplemen


Saya sayang perut saya, saya akan membersihkan perut saya untuk lebih sihat dengan herb-lax Shaklee. Bukan dia bagi lawas macam cirit-birit ke tandas sampai 5-6 kali sehari ye. Proses pembuangannya seperti biasa. Untuk saya yang masih menyusukan anak. Saya ada sukatan khas. Ianya tidak ada kesan efek pada anak-anak yang menyusu



Adakah kolon anda sihat? hehehe kurus tak semestinya kolon sihat dan buncit tak semestinya kolon tidak sihat.

Jom sayangi perut kita.

Untuk order: 012-6460421


PENCARIAN SPONSOR GIVEAWAY EFG MEGA RAYA 2015



 PENCARIAN SPONSOR GIVEAWAY EFG MEGA RAYA 2015

Assalamualaikum dan salam sejahtera..



 EFG akan mengadakan GIVEAWAY EFG MEGA RAYA 2015 buat julung kalinya. 

Sekiranya ada yang berminat untuk memberi sponsor, boleh hubungi nombor yang tertera di atas.



Ayam goreng kentang masak kicap


Bila dah petang-petang macam ni. Mulalah, terfikir-fikir. Balik kerja nanti nak masak apa,ye. Semalam, lepas balik kerja dah masak ayam goreng dan ayam goreng kentang masak kicap. Senang masak menu satu kali tapi kentang ayam dalam satu lauk. Menu anak boleh makan sekali. Senang. eh..eh..eh. Senang ke malas? hehehe. Biasalah lah kan, mummy nak kene masak cepat-cepat, nak kemas rumah, nak sidai kain, nak angkat kain, nak mandi dan nak nak ambil anak. Lepas ambil anak-anak. Kene layan anak bermain, menonton tv, dan menyusukan mereka. Mereka tak berapa kuat menyusu di rumah pengasuh. Bila balik ke rumah. Mulalah lama nau df. Bukan sorang tapi dua orang sekali.

Ok lah, nak sambung fikir masak apa hari ini. Macam nak masak sup ayam kentang je sebab daddy pun tak de 3 hari ini. Pergi teambuilding. Masak simple yang anak suka je la kot. hehehe

Bahan A:
Ayam - Goreng Garing
Kentang - Goreng 

Tumis:
Bawang Merah
Bawang Putih
Halia
Bunga Lawang
Cengkih
Buah Pelaga

Bahan B
Kicap
Black pepper Suace
Cili Api
Garam
Gula

Goreng bahan A asing, campurkan bahan tumisan dan bahan B. Siap Taburkan dengan daun sup. Menu anak boleh makan. Cili api tu masukkan asing.

Susu EBM Stok Ramadhan


Lagi beberapa hari sahaja kita akan bertemu dengan Ramadhan. Pastinya ibu menyusukan anak seperti saya akan menyiapkan stok simpanan susu EBM untuk anak. Tak pernah give up menyusukan anak. Tak kira bulan puasa atau pun bulan tak puasa. Saya siapkan 2oz pek setiap plastik selepas sessi mengepam susu badan. Supaya senang nanti nak ambil dan di bawa ke rumah pengasuh. Pengasuh pun senang kerja keluarkan satu persatu pek plastik susu EBM.



Pertama kali saya mencuba plastik susu EBM dari Jingle Jungle. Best juga plastik ni. Tebal pun tebal, BPA Free dan pre- sterilize. Suka guna plastik susu EBM sebab jimat peti sejuk rumah dan juga rumah pengasuh. 


Simple RM100 Giveaway Byijeni



Assalamualaikum, Jom join Simple RM100 Giveaway Byijeni. RM100 untuk dimenangi tau. Klik banner di bawah untuk maklumat lanjut :)



 
Hadiah Giveaway :-
  • Wang Tunai RM 20 (x2 Pemenang)
  • Topup RM 5 (x6 Pemenang)
  • Topup RM 10 (x3 Pemenang)
    Total : 11 Pemenang

    Haaa cukup RM 100 hadiah untuk giveaway ni. Even hadiah tak lah sehebat org lain, tapi ikhlas dari hati tau. Aicewahh.

    Syarat Giveaway :-
    1) WAJIB follow 2 blog ni (IZNI NAJWA) , (BYIJENI_SHOP) - akan dicheck ye
    2) Buat entry yang bertajuk : Simple RM100 Giveaway Byijeni
    3) Copy dan paste code di HTML entry dan publish.
    4) Submit link entry anda di ruangan komen.

    Mudah kan caranya? Apa tunggu lagi, cepat KLIK SINI untuk join.
  • TARIKH GA : 14/5/2015-30/5/2015









Ubi Rebus Sambal Ikan Bilis


Lama tak makan ubi kayu rebus cicah dengan sambal ikan bilis. Bila rakan ofis tanya nak ubi kayu ke tidak. Mummy dengan pantas jawab,'NAK'. Tak kan lah tak nak makanan rare ni. Ubi kayu ssh dapat sekarang. Nk tanam? mana nak tanam kat rumah apartment macam kami duduk. Masih ingat masa kecik2, mak tanam pokok ubi kayu ni. Bila nak amek ubi kayu ini. Tarik sampai sakit-sakit pinggang hehehehe.


Lama pulak merebus ubi kayu kali ini, salah skill kot. Pergi bubuh garam awal2 hehehehe. Tak pe lah kan. Asalkan dapat makan ubi kayu rebus cicah sambal bilis. Tengah mood rajin. Rajin lah mummy ke dapur. Kalau dah penyakit M datang. Tak yah cakap, mmg satu lauk pun malas masak heheeha.. Makan kedai je lah jawabnya ;)

Oh My Burger Kajang Perdana


Oh My Burger, Kajang Perdana antara gerai burger yang saya paling suka makan. Sebab Oh My Burger, Kajang Perdana ini, ada bermacam-macam pilhan burger ayam, sosej, rusa, daging, kambing, arnab, udang, ikan, burung unta dan bermacam-macam pilihan daging ada di Oh My Burger, Kajang Perdana. Kita juga, boleh pilih burger jenis yang macamana. Nak yang biasa, special, special cheese, double, double cheese, double special cheese, triple, triplet dan juga boleh mengikut pilihan pelanggan. Best kan? Nk burger tower pun,Oh My Burger, Kajang Perdana boleh buat.




Oh My Burger, Kajang Perdana pilihan saya kali ini ialah Oh My Burger - Daging Double Special Cheese berharga RM6.30. 
Daging yang sangat juicy. Di lengkapi dengan dua keping daging lembu Ramly, telur, cheese, timun, nenas, salad. Serta disaluti dengan pelbagai jenis sos termasuklah sos mayonis, sos lada hitam dan sos cili.
Oh My Burger, Kajang Perdana - Burger Kambing Double Special Cheese untuk encik suamiku. Berharga RM8.20 sahaja

Jangan ragu-ragu dengan pengendalian makanan di Oh My Burger, Kajang Perdana ini. Tuan gerai burger Oh My Burger, Kajang Perdana, mempunyai Sijil Kursus Pengendalian Makanan yang di iktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Bukan penguasaha sahaja ada Sijil ini, Staf Oh My Burger, Kajang Perdana juga ada.

Berita baik untuk penduduk sekitar Kajang. Oh My Burger, Kajang Perdana ada membuat perkhidmatan penghantaran rumah ke rumah (delivery service).


Oh My Burger, Kajang Perdana bertempat di hadapan Restoran Putera Tomyam, Kajang Perdana.

Buka setiap hari (kecuali hari Ahad)
Dari Jam 5 petang - 1 pagi

017-2372327 - Aca





GMBM 1st GIVEAWAY 2015

http://grupmamabloggersmalaysia.blogspot.com/2015/05/gmbm-1st-giveaway-2015.html

Mummy dah ada hobi baru sekarang ni. Hobi join Giveaway 2015 (GA 2015). Rasa seronok tambah kenalan. Ada yang nak join? jomsssssss



Assalamualaikum !! Alhamdulillah,sempena Hari Ibu 2015,buat julung-julung kalinya kami berjaya melancarkan satu segmen yang di taja sepenuhnya oleh sebahagian ahli Grup Mama Bloggers Malaysia [GMBM]. Segmen ini di adakan adalah untuk memanjangkan ukhuwah sesama blogger yang menyertai segmen ini. Hadiah yang di tawarkan dalam segmen ini juga sangat menarik dan berbaloi untuk di menangi. Masa pelancaran segmen selama sebulan memberi lebih peluang penyertaan dan memenuhi syarat bagi para peserta.




Tarikh Segmen : 10 Mei - 7 Jun 2015

Syarat-syarat untuk menyertai segmen ini adalah:-

  1. Blogger Malaysia.
  2. Buat entri yang bertajuk GMBM 1st GIVEAWAY 2015.
  3. Pilihan entri samada copy dan paste sahaja entri yang di sediakan atau buat entri sendiri mengikut kreativiti anda.
  4. Mengikuti semua syarat yang di tetapkan oleh penganjur dan penaja.
  5. Semua penaja boleh menyertai segmen ini. 
  6. Lengkapkan syarat di bawah:-
  • Follow Belog





  • Follow Instagram 









  • Follow Google +












  • Like Fanpages 












  • Follow FaceBook










♪ ♩♫ Selamat bersegmen dan semoga bertuah !! ♪ ♩♫



Segmen GMBM 1st GIVEAWAY 2015 di taja dan di perhebatkan oleh:-
Kathy, Maria, YY, Yong, Myja, Sofu, Ida, Ann, Mieja, Sue, Fuza, Mamaniza, Hana, Aida, Mar, Khaty, Ayumie, Mila, Zana, Sally, Fiza, Fara.



Klik Banner GA Untuk Join

Perlawanan Kejohanan Badminton Daddy


Semalam Daddy ada perlawanan Kejohanan Badminton anjuran ofis beliau, H*** Engi****** . Kami anak beranak hanya support dari jauh sahaja. Takut anak-anak mengganggu kosentrasi daddy semasa peratandingan dijalankan. Tau je lah Dhia tu, manja sangat dengan daddy nya. Jadi, kami biarkan daddy fokus 100% dalam pertandingan kejohanan badminton. 


Tengoklah si Dhia, jam 1 pagi masih segar bugar. Nak tunggu daddy balik dari perlawanan kejohanan badminton lah tu, ye. Tak sabar nak tahu result daddy. Menang ke tidak. Jadi, mummy pun kene layankan Dhia makan buah mangga malam-malam.

Sehari sebelum daddy memasuki perlawanan kejohanan badminton, kami anak-beranak ikut daddy training badminton. Dhia macam tahu-tahu je daddy nak masuk pertandingan esok harinya. Berkobar2 nak ikut daddy hari pergi training. Tetiap minggu memang daddy pergi main badminton. Tapi, Dhia tak adalah meronta2 nak ikut. Kali ini, lain pulak.


Pertama kali kami sekeluarga ke Uptown Sports Bangi untuk sessi latihan badminton. Sebelum daddy menjalani perlawanan kejohanan badminton pada keesokkan harinya.


Dhia pun semangat nak main badminton. Tapi, nak main dengan daddy je. Seronok agaknya tengok daddy main badminton.





Dhia tak nak main badminton dengan mummy. Mungkin Dhia ingat mummy tak pandai main badminton ataupun Dhia nak mummy fokus jaga adik hehehe. Tapi, sian pulak daddy. Nk fokus training lagi, nak layankan Dhia lagi.


Chaiyokkk...daddy chaiyok!!! 
Dalam perlawanan kejohanan badminton esok
*


*

*

*

*

*

*

*
Dan, hari yang di nanti-nanti kan tiba. Kami support daddy dari rumah je. 
*

*

*

*

*

*

*

Jeng..jeng..jeng..result perlawanan kejohanan badminton dah keluar.
*

*

*

*

*

*

*

*

*

*


Alhamdulillah, rezeki.
TAHNIAH daddy, NAIB JOHAN untuk Perlawanan Kejohanan Badminton kali ini. Hadiah berupa Pingat dan Wang Tunai. Terima kasih kerana bagi hadiah wang tunai untuk beli keperluan anak-anak. Moga di murahkan rezeki buat daddy. Ameen.