Ayam goreng kentang masak kicap

Bila dah petang-petang macam ni. Mulalah, terfikir-fikir. Balik kerja nanti nak masak apa,y...


Bila dah petang-petang macam ni. Mulalah, terfikir-fikir. Balik kerja nanti nak masak apa,ye. Semalam, lepas balik kerja dah masak ayam goreng dan ayam goreng kentang masak kicap. Senang masak menu satu kali tapi kentang ayam dalam satu lauk. Menu anak boleh makan sekali. Senang. eh..eh..eh. Senang ke malas? hehehe. Biasalah lah kan, mummy nak kene masak cepat-cepat, nak kemas rumah, nak sidai kain, nak angkat kain, nak mandi dan nak nak ambil anak. Lepas ambil anak-anak. Kene layan anak bermain, menonton tv, dan menyusukan mereka. Mereka tak berapa kuat menyusu di rumah pengasuh. Bila balik ke rumah. Mulalah lama nau df. Bukan sorang tapi dua orang sekali.

Ok lah, nak sambung fikir masak apa hari ini. Macam nak masak sup ayam kentang je sebab daddy pun tak de 3 hari ini. Pergi teambuilding. Masak simple yang anak suka je la kot. hehehe

Bahan A:
Ayam - Goreng Garing
Kentang - Goreng 

Tumis:
Bawang Merah
Bawang Putih
Halia
Bunga Lawang
Cengkih
Buah Pelaga

Bahan B
Kicap
Black pepper Suace
Cili Api
Garam
Gula

Goreng bahan A asing, campurkan bahan tumisan dan bahan B. Siap Taburkan dengan daun sup. Menu anak boleh makan. Cili api tu masukkan asing.

You Might Also Like

0 comments

Sudi-sudikan lah komen ya.. Nanti boleh saya blog walking kembali :) Terima kasih banyak-banyak. LOVE, Lynda