Bubur Kacang Hijau, Sup Ayam dan Sambal Kicap Cili Api

Menu makan malam kami untuk hari ini Bubur Kacang Hijau, Sup Ayam dan Sambal Kicap Cili Api. Sebenarnya, dah lama teringin nak ...


Menu makan malam kami untuk hari ini Bubur Kacang Hijau, Sup Ayam dan Sambal Kicap Cili Api.

Sebenarnya, dah lama teringin nak makan bubur kacang hijau masak sendiri. Menu mudah, tapi tak terbuat2.  Akhirnya, buat jua untuk hidangan makan malam hari ini.

Bubur kacang hijau ni, ada orang suka makan panas panas. Ada juga yang suka makan masa bubur kacang hijau sejuk. Ada juga yang suka buat bubur kacang hijau ni jadi aiskrim malaysia.

Bahan-bahan mudah buat bubur kacang hijau ni:-
Kacang hijau
gula melaka
gula pasir
garam sedikit
santan
daun Pandan. 

Saya goreng dulu kacang hijau tu beberapa minit sebelum rebus. Bg lagi empuk sedap.

Sup ayam tu, dah lama anak requests...mmg suka sup dorang ni. Mummy pun suka, lelagi di lawankan dengan sambal kicap cili api perah limau...pergghhhh

You Might Also Like

0 comments

Terima kasih kerana sudi singgah dan komen. Nanti saya blogwalking kembali ye :) - Linda -