Indoor Theme Park Genting Highlands: First World Plaza


Jalan-jalan ambil angin di Genting Highlands pulak kali ini. Anak-anak belum pernah lagi jejakkan kaki di Genting Highlands. Jadi, kami suami isteri plan untuk bawa anak-anak main indoor games dan naik skyway Genting.  Memang tujuan utama berjalan-jalan, sebab anak-anak je. Bila hari mummy daddy keluar bekerja. Anak-anak ada masa 4-5jam (tolak waktu tidur) sahaja bermain atau spend masa bersama mummy dan daddy dorang. Jadi, bila ada kelapangan, kami akan cuba sedaya upaya cr alternatif hiburkan hati anak-anak.


Sampai Genting Highlands dah malam dah. Terus parking kat First World Plaza. Jalan-jalan dan ambil gambar di First World dulu. Tempat sesak-sesak macam ni. Mummy prefer pakai kendong (SSC). Nak pakai stroller macam leceh kat tempat sesak2 macam ni.


Dhia Batrisya dah teruja tengok indoor games di Genting Highlands. Mulutnya tak lekang asyik cakap,'WOW'..'WOW'


Daddy pun beli tiket untuk 1 games dulu. Kang beli unlimited. Tak main, rasa rugi. Lagi pun sampai Genting pun dah malam. Dhia dan Dzal main FREE je. Mummy dan daddy je kene bayar RM8.50 seorang (1 games)



Beratur panjang nak naik RIO FLOAT ni.
Kami pilih naik RIO FLOAT sebab Dhia teruja tengok mainan ni tergantung dan berlampu warna-warni.


Dah dapat duduk kat dalam RIO FLOAT, terdiam tergamam. Gayat kot, tinggi nau! hehe


Si adik - Dzal. Diam je bila daddy pegang. Mummy amek dukung je, terus nak manjat2 dalam Rio Float ni. Eeeee...seriau nak oi nk manjat-manjat dalam ni. Bukan rendah ye.



Dhia requests nak naik RIO FLOAT - FISH, tapi kami dapat RIO FLOAT flower.



Selesai main indoor games. Kita dinner dulu di MB. 



Botol air baru. Tom n Jerry. Dapat FREE masa beli set childeren meal di MB.



Bila lepak di sini baru tahu. Yang outdoor games di tutup sebab nak reno buat FOX WORLD yang akan ada ice age, Rio dan Planet of Apes. Siap tahun 2016 dengan outdoor games yang baru. Teruja pulak nk terjah Genting Highlands tahun depan. yehaaaaaaaaaa. Kene start menabung la, gamaknya ;)

Habis jalan2 malam tu, terus check in Hotel Seri Malaysia, Genting Highlands. Esok nak sambung perjalanan lagi. Naik Skyway Genting pulak. Tazaabaaaaaaaaaaar hokey!! 



Hari kedua di Genting Highlands, check out dari Hotel Seri Malaysia Genting Highlands . Naik skyway, sambung jalan-jalan. Dari Skyway Genting terus keluar Maxims Hotel. Bawa anak-anak pusing ke Taman Cendawan. Pusing-pusing depan Hotel Maxim.

Dan, sambung lagi main 1 indoor games. Kami pilih naik train pula. Dhia happy naik train yang berbunyi cho...cho. Lepas main, jalan2 sekejap. Terus tidur di bahu daddy.



Sempat juga tengok show dari warganegara Amerika Latin. Sangat terror lah beliau



Habes jalan-jalan dan shopping (sempatkan juga) ye lah sales 70% mana leh tahan kat PADINI tu kan. 

Terus turun Skyway dan bergegas balik rumah. Tok mak nak datang anta nasi beriyani..nyum-nyum. Dan buah tangan utk kami adik beradik juga. All the way from Johor.. yehaaaaaaaaaa..


1 comment on "Indoor Theme Park Genting Highlands: First World Plaza"
  1. Salam sis,

    nak tanya, baby kira bole laa kita bawa main indoor tue ya?

    ReplyDelete

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com