Makan di Hard Rock Cafe Melaka




Singgah makan di Hard Rock Cafe Melaka selepas penat berjalan dan pusing-pusing Bandar Melaka. Tak pernah tak singgah ke Hard Rock Cafe Melaka yang berdekatan dengan Jonker Walk. Kali terakhir datang ke sini masa Dhia berumur 7 bulan http://pinky-lynn.blogspot.com/2013/10/malacca-trip.html. Hard Rock Cafe Melaka pun baru lagi waktu itu, belum ada cafe lagi.



Bukan kali pertama kami makan di Hard Rock Cafe. Cumanya, pertama kali makan di Hard Rock Cafe Melaka. Suka sangat servis Hard Rock Cafe Melaka. Pekerja mereka yang peramah dan layanan yang kami dapat, sangat kami berpuas hati. Kanak-kanak di berikan buku dan crayon untuk mewarna. Tengok lah, si Dhia syioooook mewarna.



Bersebelahan sahaja di butik Rock Shop. Kali ini, kami tidak singgah membeli t-shirt. Koleksi t-shirt Hard Rock Classic Melaka, mummy dah ada. Mummy suka simpan koleksi classic design yang berwarna putih je ;)



Ewah...ewah...senyum lebar bff mummy ni ye.



Tujuan kami singgah ke Hard Rock Cafe Melaka. Aim Set Lunch RM25++ ni. Tapi, kami dah lewat rupa-rupanya. Tak dapat lah nak makan set lunch RM25++ ni.


Jadiknya, kami order Kid's Meal Razzi's Redonkulus Chicken Tendershard di Hard Rock Melaka yang berharga RM20++


Di lengkapi dengan kentang goreng di atas pinggan berbentuk gitar dan air (FREE REFILL)





Untuk daddy, kami pilih Nasi Goreng Hard Rock Cafe. Portion besau, boleh share berdua. hehehe Oleh kerana berdua lebih baik. Harga Nasi Goreng Hard Rock Cafe RM29++



Makanya, mummy share je nasi goreng daddy dan makanan Dhia. Air kami refill je Dhia punya ;)




Selfie dengan Dhia jap.



Daddy bawa adik meronda dalam Hard Rock Cafe. Kebetulan waktu ini, ada live band ;)



Dekorasi Hard Rock Cafe yang bertangga batu. Mengekalkan senibina Melaka. Sangat klasik. Ok masanya untuk kami meninggalkan banda Melaka.
Bye-bye Hard Rock Melaka. Jumpa lagi nanti ye ;)



1 comment on "Makan di Hard Rock Cafe Melaka"
  1. Nasi goreng tu makanan kegemaran saya...aduh aduh..sedapnya..

    ReplyDelete

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com