Friday, 26 June 2015

AIR ASIA FREE SEATS !



Air Asia FREE SEATS ? Ya!! Air Asia menawarkan tempat duduk PERCUMA 

Promosi tempahan TEMPAT DUDUK PERCUMA sehingga 28 Jun 2015 SAHAJA TAU!! Perjalanan dari 15 Februari 2016 hinjgga 31 Ogos 2015.

Ini yang membuatkan saya dan keluarga tidak sabar untuk bercuti dengan menaiki kapal terbang Air Asia ni. Lagipun sudah lama kami tidak bercuti dengan menaiki penerbangan dari Air Asia, semoga ada rezeki untuk keluarga kecil kami bercuti dengan penerbangan Air Asia pada tahun 2016.




Tempat pilihan saya untuk bercuti 

Air Asia FREE SEATS

dengan penerbangan Air Asia tahun 2016 ialah ke Thailand. Saya memilih untuk bercuti ke negara Thailand kerana tidak berapa jauh dari Malaysia.  Sesuai untuk pengalaman pertama kali anak-anak kecil kami. Selain itu, saya ingin bersama-sama dengan keluarga saya menyambut FESTIVAL TERKENAL DI THAILAND 2016. Antara FESTIVAL THAILAND 2016 yang terkenal ialah:




Pattaya International Music Festival – March 2016 (TBD)

Pattaya International Music Festival yang sudah 15 tahun pada 2016.Festival Muzik terbesar Rock ‘n’ Roll adalah festival terbesar di Asia Tenggara.





PHI TA KHON


Festival Phi Ta Khon ialah festival yang di raikan pada 10 Jun 2016 di mana orang ramai memakai pakaian menyerupai hantu bagi memperingati salah satu cerita yang berlaku pada kelahiran semula Gautama Buddha. Menurut cerita penduduk tempatan, sebelum dilahirkan menjadi Siddhartha Buddha, beliau hidup sebagai Putera Vessantara Jataka. Pada suatu hari Vessantara Jataka menggembara dan setelah beberapa lama orang menganggap beliau sudah meninggal dunia. Pada suatu hari beliau pulang semula dan kerana terlalu gembira penduduk setempat berpesta bagi menyambut kepulangan beliau. Kegembiraan yang dirasai sangatlah melampau sehingga mereka yang sudah mati pun hidup semula semata-mata untuk menyambut kepulangan Vessantara Jataka. Maka, daripada cerita ini wujudnya Festival Phi Ta Khon





MONKEY BUFFET 
Sebanyak 4,000 kg buah-buahan dan sayuran akan di sajikan kepada monyet di Thailand untuk menikmati buah dan sayur. Anak-anak kecil seperti anak kami tentunya suka dapat melihat gelagat-gelagat monyet ini. Pastinya terhibur dan mencuit hati.




LOI KRATHONG 

Festival yang disambut setiap tahun di seluruh Southwestern Tai budaya (Thailand, Laos, Shan, Tanintharyi, Kelantan, Kedah dan Xishuangbanna). Nama festival ini boleh dikatakan sebagai festival "terapung bakul", berasal dari tradisi membuat Krathong atau rancak, bakul dihiasi, yang kemudiannya diapungkan pada pertandingan kecantikan sungai. Yang menyertai festival ini dikenali sebagai "Nopphamat Peraduan Ratu" . Menurut legenda, Nang Nopphamat adalah seorang isteri abad ke-13 Sukhothai raja Sri Indraditya (yang juga dikenali sebagai Phra Ruangan) dan dia orang yang pertama untuk mengapung rakit dihiasi. Walau bagaimanapun, ini adalah satu cerita baru yang dicipta dalam bahagian pertama abad ke-19. Tidak ada bukti bahawa Nang Nopphamat pernah wujud. Sebaliknya, ia adalah satu hakikat bahawa seorang wanita dari nama ini adalah watak utama novel yang dikeluarkan pada akhir pemerintahan Raja Rama III, sekitar 1850. Watak beliau ditulis sebagai panduan untuk semua wanita yang ingin menjadi kakitangan awam.


Di Kelantan Malaysia Festival Loi Krathong ini turut diraikan juga, terutama di kawasan Tumpat. Kementerian pelancongan Malaysia yang bertanggungjawab bagi aktiviti ini di Malaysia mengenalinya sebagai tarikan kepada pelancong. Ramai pelawat melawat perayaan setiap tahun.




SONGKRAN WATER FESTIVAL (THAILAND NEW YEAR ) - 13-15 APRIL 2016

Festival Songkran ialah festival terbesar dan paling terkenal di dunia. Festival terbesar Thailand, Songkran di meriahkan dengan tembakan air. Atau boleh juga di kenali sebagai pesta air. 

Dalam banyak-banyak festival di Thailand ini. Tidak mungkinlah saya akan ikuti semua festival. Jadi saya telah memilih dan merancang untuk ke mengikuti Festival Songkran di Krabi dengan menaiki Air Asia FREE SEATS!! 



Selain dapat meraikan Festival Songkran. Anak-anak juga boleh beriadah di tepian pantai dengan menghirup udara segar sambil bermain pasir yang bersih di sepanjang pantai yang berwarna biru hijau itu.

Oh, indahnya!! 

Air Asia FREE SEATS



Anda bagaimana? Mahu bercuti dan mahu tempat duduk PERCUMA bersama AIR ASIA - AIR ASIA FREE SEATS ! Jom tempah sekarang SEBELUM 28 JUN 2015



Hanya tempah di AIR ASIA FREE SEATS ! www.airasia.com


No comments:

Post a Comment

Sudi-sudikan lah komen ya.. Nanti boleh saya blog walking kembali :) Terima kasih banyak-banyak. LOVE, Lynda

Thanks Yang Rajin :)

Google+ Followers

Followers