RAMADHAN DAN FIDYAH


RAMADHAN DAN FIDYAH

Lagi beberapa hari Ramadhan nak muncul. Ada yang dok kira-kira nk bayar fidyah?
Fidyah hutang puasa lepas-lepas yang belum ganti atau bayar lagi.  Mudah je nak kira fidyah ni. Pergi sahaja ke link zakat ini: http://www.zakatselangor.com.my/calkulator-zakat/kalkulator-fidyah/ Nak tahu kene gandakan fidyah atau tidak pula, boleh ke link : http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-negeri/hukum-gandaan-fidyah-dan-kifarah




Tak ada masa nak membayar FIDYAH ke Lembaga Zakat? Boleh ke portal Maybank2u. Mudah kan? Pilih Bill Payment - Zakat and Charity


Pilih FIDYAH dan terus bayar. 

Golongan yang perlu membayar FIDYAH:-

1.   Orang yang meninggalkan puasa dengan sengaja atau uzur syarie berkaitan - haid, nifas, wiladah, musafir dan sakit yang ada harapan sembuh.         

Wajib qadha sebelum datangnya Ramadhan akan datang, sekiranya masih belum mengqadha maka dikenakan fidyah.

2.            Uzur - tiada kebarangkalian untuk sembuh atau sakit yang disahkan oleh doktor tidak boleh puasa           
Fidyah dikenakan pada tahun itu juga dan tidak perlu mengqadha puasanya.

3.            Ibu hamil/menyusukan anak yang tidak berpuasa kerana bimbang akan:

i. Kandungannya terjejas
ii. Air susunya kering       
Fidyah dikenakan pada tahun itu juga. Hendaklah diqadha sebelum melangkah Ramadhan akan datang. Sekiranya tidak mengqadha puasa sehingga masuknya Ramadhan, maka dikenakan fidyah berganda.

iii. Sekiranya tidak berpuasa kerana dirinya          
Wajib qadha sebelum Ramadhan akan datang dan sekiranya masih belum mengqadha maka barulah dikenakan fidyah.
Be First to Post Comment !
Post a Comment

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com