Selasa dan Warna Merah Jambu / Violet


Rahsia Warna Hari Selasa dan Warna Merah Jambu / Violet



Semenjak dua menjak ni, selepas mengikuti Kursus Warna dan Rahsia di sebalik WARNA. Hari –hari nak kongsikan tentang WARNA. Mungkin ada yang tahu warna untuk Hari Selasa. Betul, tak?

Hari Selasa ialah hari warna Merah jambu / Violet (ungu).
Korang pakai baju warna apa, tudung warna apa dan seluar warna apa?

Nampak tu kita ikut tema tau! Siap perfume pun nak warna violet juga. hehehehe

Apa kaitan Hari Selasa dan warna Merah jambu / Violet (ungu) ini yer?

Warna Merah jambu / Violet (ungu) di hari Selasa ialah hari kasih sayang atau hari tumpuan.

Hari ini ialah hari yang paling sesuai untuk beremosi, meluahkan perasaan kasih sayang kepada pasangan masing-masing. Hari Selasa juga hari yang sesuai untuk mengembara atau bermusafir ke destinasi yang jauh kerana masalah tersesat atau keletihan ketika sedang mengembara diimbangi dengan tahap penghayatan yang tinggi pada hari ini.

Dengan berpakaian Merah jambu / Violet (ungu), kuasa pujukkan terhadap anak atau pelajar yang degil bertambah kuat. Begitu juga pujukan terhadap pesakit atau orang yang ingin membunuh diri. Elakkan memakai pakaian merah untuk memujuk meraka kerana mereka akan menentangnya dengan serta merta dan akan meneruskan hasratnya untuk membunuh diri dengan sekelip mata.

Patutlah hari ini, Dhia elok je nak ke rumah ibu baby sitter. Warna ada pengaruhnya tersendiri rupanya. Bukan macam semalam, haru biru di buatnya. Menangis dan berlari keluar. Tak mahu pergi rumah ibu. Nampaknya kene pakai warna merah jambu setiap hari lah cenggini hehehe.
2 comments on "Selasa dan Warna Merah Jambu / Violet"
  1. macam2 ilmu warna ye.. terbaik lin praktikkan apa yg dipelajari.. matching pulak dengan perfume.. huhu

    ReplyDelete
  2. macam2 ilmu warna ye.. terbaik lin praktikkan apa yg dipelajari.. matching pulak dengan perfume.. huhu

    ReplyDelete

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com