TIDAK untuk anak

Impak Negatif Perkataan 'Tidak' Kepada Anak

Berapa banyak perkataan TIDAK BOLEH!! TIDAK!! NO!! yang sering kita ucapkan kepada anak-anak kita?

Selalu terfikir, dalam membesarkan anak-anak saya. Saya sering juga berkata TIDAK kepada mereka.

Dhia : Mummy, nak main gelongsor
Mummy: Tak perlulah, Dhia. Tinggi nanti jatuh.



Menurut Pakar Psikologi, Woo Pei Jun berkata. Jika terlalu kerap kita mengatakan TIDAK kepada anak-anak kita. Ia nya boleh menghalang anak untuk belajar meneroka keadaan sekeliling mereka. 



Beliau berkata, sebagai ibu bapa kita tidak perlu risau anak terjatuh, sakit atau luka. Kerana itu semua adalah proses pembelajaran. Biarkan mereka belajar dan menerokai persekitaran sekeliling mereka .


Sebagai ibu bapa, seharusnya yang utama adalah menjaga pemakanan anak secara seimbang dengan menyediakan  pemakanan yang terbaik untuk membina imuniti badan anak supaya mereka boleh belajar dan menerokai dunia mereka. Bukannya menghalang mereka untuk menerokai dunia sekeliling mereka.


Program hari ini, saya akan kongsi kan bagaimana  kita perlu tukarkan perkataan TIDAK kepada YA. TAPI..Saya akan kongsikannya di entri lain.

Tunggu ya!! 






6 comments on "TIDAK untuk anak"
  1. yes .silakan bersambung.yes..

    ReplyDelete
  2. mmg kan..sepatutnya xboleh kata no..hmm..tapi tanpa sedar kadang2 tersebut juga perkataan tu

    ReplyDelete
  3. thanks for sharing. nk tggu sambungan ni

    ReplyDelete
  4. yes.
    pernah aida masuk kelas parenting.
    jgn kata tidak kpd anak2...
    tunggu juga next entry :)

    ReplyDelete

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com