4 tips bayi cukup minum susu

BAGAIMANA NAK TAHU BAYI BERUMUR 0 HINGGA 6 BULAN CUKUP MENYUSU? 4 tips untuk mengetah...

BAGAIMANA NAK TAHU BAYI BERUMUR 0 HINGGA 6 BULAN CUKUP MENYUSU?





4 tips untuk mengetahui bayi cukup minum susu:-


1. Berat badan
Jika berat badan bayi naik dengan normal (hanya minum susu ibu). Ini menunjukkan bayi anda cukup minum susu. Penurunan berat badan 5-7% dari graf normal pada hari ke 3-4 kelahiran adalah normal. Berat bayi akan naik semula pada hari ke 10-14 selepas kelahiran. Jika berat badan tidak di capai dalam 28gm sehari atau 198 gram seminggu. Anda perlu dapatkan nasihat dari pakar laktasi



2. Lampin basah
Lampin atau diaper / pempes basah (lebih kurang 3 sudu besar air ) dan air kencing berwarna cerah dan kurang berbau. Itu menandakan bayi anda cukup minum susu.

3. Lampin kotor
Najis berwarna kuning pada hari ke 5 (bukan mekonium). Jika Najis bayi anda kuning dan lembut. Maka, bayi anda cukup minum susu.

4. Tanda positif lain
Jika menyusu badan. Payudara lembut selepas menyusu. Bayi juga kelihatan kenyang dan aktif. Menandakan bayi anda itu cukup minum susu juga. 

Alhamdulillah.

Sumber: Pakar laktasi Puan Rita Rahayu Omar, Majalah Pama dan Sumber gamabar dari Google

You Might Also Like

6 comments

Sudi-sudikan lah komen ya.. Nanti boleh saya blog walking kembali :) Terima kasih banyak-banyak. LOVE, Lynda