Buffet Ramadhan di Suka Sucre Cheras

Berbuka Puasa di Bistro Dato' Dr. Fazley - Suka Sucre, Cheras Selangor Suka sucre Bistro ...

Berbuka Puasa di Bistro Dato' Dr. Fazley - Suka Sucre, Cheras Selangor

Suka sucre Bistro dan Cafe ini di miliki oleh Dato' Dr. Fazley - Masterchef Celebriti dan juga artis terkenal tanah air. Suka sucre atau sebutannya ialah suka suka. Dah lama sebenarnya mummy teringin nak ke Suka Sucre, Cheras. Kerana terdapat pelbagai jenis makanan western, tempatan dan campuran western tempatan yang ada di sini. 


Sebelum berbuka puasa, seperti biasa kita bergambar di sekitar Suka Sucre Bistro dan Cafe ini. Dekorasi yang menarik dan moden. Membuatkan saya lebih tenang dan rasa selesa di dalam Suka Sucre Bistro dan Cafe ini.


Untuk menu Ramadhan, pengunjung ada pilihan untuk memilih satu makanan utama yang istimewa dengan tagline nya "From Rembau to Paris" . Lama jugak lah nak pilih menu makanan. Nak ikutkan hati nak makan semua sekali. Tapi, mampukah perut ku? Mau buncit macam mengandung 4 bulan nanti. 


Jadi, saya memilih Pasta Daging Salai Lemak Cili Api. Manakala, encik suami memilih Frois Chicken with French Butter Rice


Buffet Ramadhan di Suka Sucre Bistro dan Cafe juga tuut menyediakan beberapa menu tempatan yang menarik antaranya kuew tiaw goreng dan kuih melayu.


Ada bermacam-macam pilihan makanan untuk kanak-kanak juga. Untuk Dhia, saya pilihkan Tomato Spaghetti Bolognese dan Dzal Aidi kita kasi rasa-rasa semua makanan yang boleh dia makan. Sakan budak berdua ni makan. 


Sup dan roti pembuka selera itu memang sedap, sup mamak di Suka Sucre Bistro dan Cafe


Air Batu Campur (ABC) pun mummy nak rasa juga. Redakan kepingin tekak.  Kalau tak rasa kang, esok meleleh air liur teringat ABC Suka Sucre Bistro dan Cafe 






Akhir sekali, kami di hidangkan dengan manisan dari Dato’ Dr. Fazley Yaakob iaitu aiskrim Jwelmy di Suka Sucre.  Terima kasih Kings Aiskrim untuk Giveaway Ramadhan.



Antara manisan kek, dan pemanis mulut di Suka Sucre Cafe. Semua sedap-sedap. memang tak rugi datang berbuka di sini.




Rugi kalau datang sini tak rasa manisan dari Dato' Fazley. Sangat sedap!! Mesti kene cuba bila datang ke Suka Sucre Cafe




Sebelum balik, kita bergambar dulu dengan krew Suka Sucre Bistro Terima kasih sebab tolong tengok-tengokkan si kecik ni. Kami sangat seronok dapat berbuka di sini. Terima kasih tidak terhingga kepada Dato' Dr. Fazley dan pihak Suka Sucre Bistro kerana memilih kami dalam Ramadhan Giveaway berbuka bersama Dato' Dr. Faley. Walaupun tak dapat berbuka dengan Dato' Dr. Fazley kerana Dato' ada hal yang tidak dapat di elakkan. Dapat berbuka di Suka Sucre pun mummy dah suka.


Harga buffet Ramadhan di sini berharga RM60++ (dewasa) dan RM30++ (kanak-kanak 5-12 tahun). Hanya bayaran tunai sahaja di terima di SUka Sucre Bistro. Kad kredit atau kad debit tidak di terima di sini.

Jika ingin berbuka puasa di Suka Sucre Bistro, di galakkan untuk menempah awal sebelum kehabisan slot berbuka puasa di Suka Sucre Bistro. Untuk menempah, boleh hubungi:-
Telefon: 03-92017750
Suka Sucre Bistro (waze: Suka Sucre)
Wisma RYU, 81, Jalan 2/90, Taman Pertama Cheras

You Might Also Like

2 comments

  1. tengok kek2 ngan abc tu yang tak leh tahan ni..... spageti berkuah lemak cili api tu memg nampak rare sangat..

    ReplyDelete
  2. apakah semua ini..makanan yang membuat kan khaty terlior

    ReplyDelete

Sudi-sudikan lah komen ya.. Nanti boleh saya blog walking kembali :) Terima kasih banyak-banyak. LOVE, Lynda