#Cabaran20Hari Puasa/Raya Pengalaman Pahit di Bulan Puasa

#Cabaran20Hari Pengalaman Pahit di Bulan Puasa


Salam 13 Ramadhan!!

Nak cerita tentang #Cabaran20Hari Pengalaman Pahit di Bulan Puasa.

Banyak pahitnya di bulan puasa ni sebenarnya.  Tekak pahit, telan air liur pun pahit, semualah pahit. Sebab berpuasakan? hehehe. Pengalaman juga la tu, kan? Betul tak? Pengalaman pahit untuk deria rasa.

Pengalaman pahit tahun ini, sebenarnya belum ada lagi. Sebab, bulan puasa pun belum habis. Tak boleh nak di ceritakan apa pengalaman pahit di bulan puasa untuk tahun ini.

Untuk, pengalaman pahit bulan puasa sesebelum ini. Yakni tahun lepas Ramadhan 2014. Tidak dapat berpuasa penuh kerana dalam pantang dan menyusukan anak pertama. Untuk menjaga kesihatan dalaman. Ada baiknya tidak perlu berpuasa. nanti mengundang kesengsaraan lain pulak.

Dan, bila kita tidak dapat berpuasa penuh sebulan. Bila kita menyambut perayaan Hari Raya Aidilfitri. Terasa seperti hilang sedikit kemanisan beraya. Ada persaaan macam sedikit hambar, sebab tidak dapat menunaikan Ramadhan dengan sempurna. Rasa serba salah pun ada juga. Tapi, bukan sengaja tidak mahu berpuasa. 

Jadi, ini lah #Cabaran20Hari Pengalaman Pahit di Bulan Puasa.


4 comments on "#Cabaran20Hari Puasa/Raya Pengalaman Pahit di Bulan Puasa"
  1. setiap kali preagnant dpt puasa penuh....kalau tak jenuh ganti..
    #clickclicknufnang

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah seronoknya ;)

    ReplyDelete
  3. aida sekali berpantang dlm bulan ramadhan.
    dan dua kali pregnant dlm bulan ramadhan.
    byk cabaran dlm dua-dua keadaan tu...

    ReplyDelete
  4. Belum merasa berpantang. Hihi..

    ReplyDelete

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com