#Cabaran20Hari Puasa/Raya Menu Wajib di Pagi Raya

00:00

#Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015

#Cabaran20Hari Menu Wajib di Pagi Raya


Cabaran hari ke 17 untuk #cabaran20Hari. Lagi 3 cabaran mummy nak kene sahut. Lepas cabaran habis, beraya Aidilfitri lah kita! yeay!! Berbalik pada tajuk entri hari ini. Menu Wajib di Pagi Raya. Erm...tentulah ketupat daun dan ketupat palas. Walaupun tak pandai nganyam ketupat daun tu. Nak juga makan ketupat daun. Siapa yang kene buat tu,ye? Erm....mak lah kene buat. Ketupat mak memang sedap. 


Selain ketupat daun dan ketupat palas, antara menu wajib saya ialah kuah kacang dan rendang daging. Bukan pandai makan je tau! Pandai buat dah!! Encik suami kata rendang saya ada urmppph.. Tapi, kuah kacang kene maniskan lagi. Insyaallah raya nanti, mummy perbaiki lagi masakan mummy. Baru lah suami sayang menyanyangi kan! Waaaah!! gituuuuuuuu sekali.

Apa cara lagi untuk memikat suami selain memikat suami dari air tangan. Ye dak? Walaupun tak pandai mana memasak, kita usaha juga memasak untuk suami. Ada masa gantung kuali juga (tak masak). Tapi, tidaklah hari-hari gantung kuali. 

Ish, tak sabar pula nak masak makanan kegemaran di pagi raya. Padahal, minggu lepas baru je masak menu ini. Masa berbuka beramai-ramai dengan suami encik suami. 

You Might Also Like

3 comments

  1. rajin lynda ni!
    Julia time raya gantung kuali gak..sebab mak abah julia mmg suka masak juadah hari raya...so ju jadi chef buat ketupat palas je nanti...

    Sedap ye rendang lynda

    ReplyDelete
  2. audududu hai sudah kuar entry juadah raya!
    rendang ketupat kari kuah kacang semua nyer terbaik.
    tanda nyer kita sudah raya !!!!!

    ReplyDelete

Sudi-sudikan lah komen ya.. Nanti boleh saya blog walking kembali :) Terima kasih banyak-banyak. LOVE, Lynda

Google+ Followers

Google+ Badge

Followers

babab