Doli Kuey Teow Goreng Tempat Makan Terkenal di Taiping

Doli Kuey Teow Goreng Tempat Makan Terkenal di Taiping

Doli Kuey Teow Goreng Tempat Makan Terkenal di Taiping

Doli Kuey Teow Goreng Tempat Makan Terkenal di Taiping

Bila ke rumah mertua di Taiping, kami tak pernah lupa untuk singgah ke Restoran Terkenal di Taiping, Doli Kuey Teow Goreng. Ramai yang mengatakan Doli Kuey Teow Goreng adalah kuey Teow biasa sahaja. Tiada yang istimewa sangat. Tapi, setiap kali singgah makan ke sini. Restoran Doli Kuey Teow Goreng tidak pernah kosong. Malahan, kadang kala kene tunggu giliran untuk duduk makan di Doli Kuey Teow Goreng.


Doli Kuey Teow Goreng Tempat Makan Terkenal di Taiping

Doli Kuey Teow Goreng Tempat Makan Terkenal di Taiping

Sebelum makanan dan minuman sampai, kita bergambar dahulu di Restoran Doli Kuey Teow Goreng Tempat Makan Terkenal di Taiping ini. Si Dzal Aidi Fiqry memang suka buat muka macam tu. Dhia pulak, suka ala-ala candid bila bergambar. Dan, daddy pulak...muka penat. Mana tak penat, dia sahaja seorang yang memandu dari Kajang ke Johor, Johor ke Taiping. ;) Terima kasih banyak-banyak, sudi bawa kami anak-beranak berjalan raya serta di tanggung beres. hehehe. Tahun depan belanja raya cenggini lagi ye ;)

Doli Kuey Teow Goreng Tempat Makan Terkenal di Taiping

Pelayan di Doli Kuey Teow Goreng kebanyakan sekarang ini adalah dari warganegara asing. Oelh kerana, menu di sini tidak banyak mana. Mereka mudah fahami apa yang kita pesan. Selesai membuat pesanan makanan dan minuman. Si Dhia baru berumur 2 tahun pun sibuk nak menulis. Memang Dhia ni, pantang nampak pen dan kertas. Kami sebagai ibu bapa, berikan sahaja. Cuma perlu di perhatikan juga. Takut-takut ke lain Dhia buat dengan pen dan kertas tu.

Doli Kuey Teow Goreng Tempat Makan Terkenal di Taiping

Kami pesan air minuman jus buah oren dan sirap bandung. Dhia punya air kegemaran kemana-mana ialah jus buah oren. Sampai dah naik kuning giginya tu :(

Makanan kuey teow greng special dan keuy Teow goreng biasa sudah di pesan. Air juga sudah hampir habis. Tetapi, kuey tiaw masih belum sampai. Adakah ini satu strategi pemasaran supaya kami membuat pesanan air lagi dan lagi? ;)

Doli Kuey Teow Goreng Tempat Makan Terkenal di Taiping
Memang tempoh menunggu makanan agak lama di Doli Kuey Teow Goreng, servis yang masih sama seperti dulu. Mungkin di sebabkan mereka masih amalkan konsep masak satu persatu untuk memastikan sukatan dan rasa Doli Kuey Teow Goreng sama setiap kali di hidangkan.





Harga Doli Kuey Teow Goreng Special berharga RM10. 
Manakala Doli Kuey Teow Goreng Biasa berharga RM5.

Nak kata murah sangat pun tidak, nak kata mahal sangat pun tidak. Bagi saya harganya boleh diterima kerana Restoran Doli Kuey Teow Goreng ini berhawa dingin, mempunyai tandas yang bersih serta empat duduk bermeja makan yang selesa. 

Doli Kuey Teow Goreng Tempat Makan Terkenal di Taiping

Jika ada yang nak ke Taiping dan mencari tempat makan terkenal dan berhawa dingin. Bolehlah singgah ke:

 Doli Kuey Teow Goreng. No.5, Rengat Tupai, 34000 Taiping Perak

Masa operasi: 12 tengah hari - 11 malam








13 comments on "Doli Kuey Teow Goreng Tempat Makan Terkenal di Taiping"
  1. alahaiii apasal dah lapar dan terliur nih?

    ReplyDelete
  2. Mungkin sesetengah org sedap.. tapi bagi ena dah tak sesedap yang dulu masa dia buka gerai je.. orang2 taiping pun dah tak mari kat sini dah... ramai kata dah tak sedap

    ReplyDelete
  3. Terliur pulak nani tengok. hahah :P

    ReplyDelete
  4. Pernah dengar Doli ni dulu...tp servis lambat ni memang julia jenis kurang sabar...kehkehkeh...

    ReplyDelete
  5. kalau sedap, berbaloi dengan harga.

    ReplyDelete
  6. 1st time dengar.. boleh masuk list tmpt makan yg akan disinggah sekiranya ke Taiping..

    ReplyDelete
  7. Tak pernah dgr pn doli ni..tp ok utk try klu p taiping

    ReplyDelete
  8. tu laa..servis nya nampak macam lambat tengok air dah abes dulu...tp nampak menyelerakan

    ReplyDelete
  9. Wow menarik la kuey teow nih. Mujur jauh. Kalau dekat dah tetjah. Hihi.

    ReplyDelete
  10. Nak cuba malam nie..sendiri rasa..dan judge sendiri..😄

    ReplyDelete

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com