Elakkan Sakit Perut di Hari Raya

08:30

Setiap kali raya, pastinya ramai yang sakit perut. Bukan sakit perut yang biasa hari-hari wajib membuang tu. Ni jenis sakit perut lain sedikit. Kadang-kadang boleh naik ke hulu hati. Perkara ini sering terjadi, termasuklah keluarga kami. Apa lagi, berebut-rebutlah nak tandas gamaknya. Kenapa ramai orang sakit perut ketika hari raya,ye? Bagaimana nak elakkan sakit perut di Hari Raya?






Perut yang berpuasa selama sebulan semestinya agak terkejut dengan lambakan makanan ketika Hari Raya. Di bulan Ramadhan, kita menjaga pemakanan kita dengan mengosongkan perut di siang hari. Tibanya Syawal, kita terus makan hidangan yang berat di siang hari. Bukan 1 hidangan, tetapi berpuluh hidangan dalam sehari kita akan makan. Ianya boleh mengakitkan ketidakhadaman dan perut akan kembung serta berangin.

Untuk mengelakkan sakit perut di Hari Raya. Kita seharusnya:


1. Kurangkan pengambilan berminyak.

2. Hadkan pengambilan, ambil dalam kuantiti yang sedikit.

3. Cuba elakkan air berkarbonat.

4. Jangan minum teh / kopi ketika perut kosong.

Makan jangan keterlaluan tau!! Banyak rumah nak kene beraya lagi tu. ;) 


You Might Also Like

3 comments

  1. tip yg menarik ni ... follow sini , dtg dr giveaway fadzi razak .

    ReplyDelete
  2. hm ain dah bantai air berkarbonat dri raya 1st patut la sakit perut t.t

    ReplyDelete
  3. haaa sungguhlah.. pagi raya jadi rambang mata tengok makanan..
    alhamdulillah so far tak sakit perut lagi =P

    ReplyDelete

Sudi-sudikan lah komen ya.. Nanti boleh saya blog walking kembali :) Terima kasih banyak-banyak. LOVE, Lynda

Google+ Followers

Google+ Badge

Followers

babab