IKEA CHERAS AKAN BEROPERASI DI PENGHUJUNG TAHUN 2015

IKEA CHERAS AKAN BEROPERASI DI PENGHUJUNG TAHUN 2015 IKEA Cheras akan beroperasi tidak lama...

IKEA CHERAS AKAN BEROPERASI DI PENGHUJUNG TAHUN 2015



IKEA Cheras akan beroperasi tidak lama lagi dalam lebih kurang hujung tahun 2015. IKEA Cheras yang bertempat di Jalan Cocharane Cheras yang mempunyai keluasan lebih besar 20% daripada IKEA Damansara, kata Mike King Pengarah Pemasaran IKEA Malaysia, Singapore dan Thailand.


Kita yang duduk Kajang rasa seronok sangat, tidak perlu hadapi jalan sesak Kajang-Damansara lagi lepas ini. Lagi-lagi, bila teringin nak makan meatball IKEA. Ke IKEA Cheras sahaja kita leaps ini.


Sementara itu, IKEA Cheras juga sedang mencari calon yang sesuai untuk bersama-sama berkhidmat di IKEA Cheras. Interview terbuka IKEA Damansara akan di jalankan pada minggu ini di:-

Vivatel Hotel. No. 85, Jalan Loke Yew, Kuala Lumpur
Pada : 31 Julai 2015 hingga 2 Ogos 2015.
Jam  : 10 pagi - 5 petang.

Peluang terbaik kepada pencari kerja di sekitar Cheras, Ampang, Kuala Lumpur dan yang berdekatan. Dapatkan tips interview dengan menonton video ini :-



www.azlindaalin.com
nurazlindaazman@gmail.com
| Malaysian Paenting Blogger | Malaysian Lifestyle Blogger | Malaysian Beauty Blogger

You Might Also Like

7 comments

  1. wahhh lebih mudah lah lepas ni kann? tak perlu datang jauh-jauh all the way from kajang lagi... ;-)

    ReplyDelete
  2. hihihi....makin busy la cheras tu nanti =)

    ReplyDelete
  3. adoii..makin dekat dengan rumah..bahaya ni.... hahahaha

    ReplyDelete
  4. x lah sesak sgt damansara tu kan.... alahhh bila nak buat kat penang ni

    ReplyDelete
  5. makin banyak pulak tempat boleh singgah...

    ReplyDelete
  6. makin dekat ikea ..okay la, pcl ingat karipap besar je..yg ori tu !

    ReplyDelete
  7. barang ikea murah ke? nampak ada byk cawangan mereka.

    ReplyDelete

Sudi-sudikan lah komen ya.. Nanti boleh saya blog walking kembali :) Terima kasih banyak-banyak. LOVE, Lynda