Kasut Raya Keluarga Kami

Mood raya masih ada, selagi adanya Syawal kita cerita kisah raya je la ye. Entri kali ini, nak cerita tentang kasut raya keluarga kami...


Mood raya masih ada, selagi adanya Syawal kita cerita kisah raya je la ye. Entri kali ini, nak cerita tentang kasut raya keluarga kami. Nak kata kasut raya ke idak ek. Sebab, kasut anak-anak dan suami dah beli awal-awal sebelum Ramadhan. Kasut yang di beli setahun sekali, bukan tetiap bulan beli. Kasut anak2 tu, biasanya beli besar setengah jari tangan mummy (lebih kurang). Sayang nak beli kasut muat-muat. Nanti bulan depan nak kene beli lahi. Kaki budak-budak ni, cepat memanjang. Beli besar sedikit, bolehlah pakai lama. Tahun depan baru beli kasut baru ;) raya gamaknya baru rasa kasut baru hehehe. Kasut Dhia kali ini, Dhia suka sangat. Sebab Dhia kata ini kasut Mickey Mouse. Celah mana datangnya Mickey Mouse? Tu reben tu, macam reben Mickey Mouse. Sukahati ko la, nak oiiii! Kasut Mickey pun kasut Mickey lah! Kasut Dzal Aidi pun beli besar, tak nak bagi tercabut, lekat ketat zap tu ;) Sesebelum ni, Dzal Aidi pakai kasut tapak nipis je. Jadi, mummy anggap ini kasut pertama Dzal Aidi.

Kasut dorang ini, dah pakai pun sebelum raya lagi. Kasut mummy je ni yang boleh di kategorikan kasut raya kot. Sebab beli masa Ramadhan aritu. Nak beli dan mencari kasut raya di IOI Mall Putrajaya makan masa dalam 5 jam juga lah. Nasib lakiku penyabar. Dah la kene bayar, kene layan bininya ke sana sini pilih kasut. Semua kedai kasut satu IOI Mall Putrajaya tu masuk. Dan akhirnya, kasut ini menjadi pilihan. Nak kata lawa tu,idak lah lawa. Tapi, cari yang selesa dan lembut tapaknya. Kasut/sandal mummy setahun sekali je beli. Tu pun nak tunggu suami belikan (nagade2!!). Kita ini, memang jenis pakai kasut sampai hancur. Tak kuasa nak beli kasut banyak-banyak buat koleksi. Rugi duit namanya tu ;) Tapi, alhamdulillah kasut tahun lepas, 2 tahun lepas dan tiga tahun lepas masih boleh pakai juga. Cumanya tak la nampak lawa. Buruk dah pun. 

Pilihan kasut mummy sesebelum ni, semuanya dari Scholl. Tapi, tahun ni tak nak Scholl. Tukar lain, kasut raya Camel Active pulak. Kasut anak-anak dan suami semua satu brand, beli sekali gus di Clarks, IOI MAll Putrajaya beberapa bulan lepas. Bila jarang-jarang beli kasut (beli setahun sekali) kita cari kasut yang tahan lama dan selesa bila di pakai. Bukan taksub dengan jenama semata-mata.



You Might Also Like

4 comments

  1. comeynye kasut clark anak tu

    ReplyDelete
  2. Irine raya ni je dah 3 pasang kasut.. bukan sebab gatai nak beli, tapi hilang sebelah..hahaha..tercicir sebelah je.. geram betul.. Kat dalam kereta banyak gila kasut dia.. Ada la dalam 10 pasang. Tapi semua tinggal sebelah.. ayahnya tak kasi buang, katanya mana lah tau ada jejaka yg jumpa..boleh padankan..hahaha..ingat anak dia ni cinderella?

    ReplyDelete
  3. cantik suka :) beli yang macam ni bagus sebab kualiti bagus n tahan lama :)

    ReplyDelete

Sudi-sudikan lah komen ya.. Nanti boleh saya blog walking kembali :) Terima kasih banyak-banyak. LOVE, Lynda