KESELESAAN DAN PERLINDUNGAN BERPANJANGAN MASA DENGAN PAD PERLINDUNGAN PAKAI BUANG SIANG DAN MALAM TOLLYJOY BAHARU

17:29

KESELESAAN DAN PERLINDUNGAN BERPANJANGAN MASA DENGAN PAD PERLINDUNGAN PAKAI BUANG SIANG & MALAM TOLLYJOY BAHARU



Pengalaman menjadi ibu kepada anak-anak adalah sesuatu yang indah. Lagi-lagi dapat melihat anak-anak membesar di depan mata. Ini merupakan satu pengalaman yang cukup penting, ditambah dengan pengalaman penyusuan yang menjadikannya sesuatu yang begitu berharga. Namun, bagaimana jika para ibu melaluinya buat kali pertama? Apakah mungkin berlaku kesilapan?

Setiap ibu yang menyusu mahukan pengalaman penyusuan sebagai satu pengalaman yang positif untuk dirinya dan juga bayi, namun, kadangkala mereka merasa kurang selesa akibat lelehan susu yang boleh mengganggu keadaan! Dengan Pad Perlindungan Pakai Buang Siang & Malam Tollyjoy baharu, ibu-ibu akan dapat menikmati saat-saat indah penyusuan yang selesa tanpa tekanan!



Direka khusus untuk ibu-ibu yang menyusu, Pad Perlindungan Pakai Buang Siang & Malam Tollyjoy dilengkapi dengan pengawal lelehan tepi 3D yang menawarkan perlindungan yang lebih baik terhadap lelehan. Ia mengandungi gel polimer yang mempunyai kadar penyerapan yang tinggi dan berkesan menyerap susu yang meleleh keluar dan menyerap kelembapan untuk kekeringan maksimum, yang seharusnya dimiliki oleh setiap ibu! Ibu-ibu yang menyusukan bayi tidak perlu lagi bimbang tentang lelehan susu payudara yang memalukan, terutamanya sepanjang beberapa minggu pertama apabila lelehan paling sering terjadi.

Pad Perlindungan Pakai Buang Siang & Malam Tollyjoy mengawal lelehan susu dengan selamat membolehkan ibu-ibu baharu lebih yakin untuk meneruskan gaya hidup yang aktif selepas bersalin. Dibungkus secara berasingan untuk kemudahan dan kebersihan, setiap pad payudara adalah lebih nipis dan lembut pada kulit, dengan jalur dwi-pelekat bagi menjamin pad terletak pada tempatnya semasa pemakaian. Bentuk berkonturnya yang sempurna memberikan rasa yang lebih selesa dengan lapisan unik yang membantu melindungi pakaian. Anda kini boleh menikmati ketenangan sepanjang hari dan malam!
Berharga RM 25.50, Pad Perlindungan Pakai Buang Siang & Malam Tollyjoy boleh didapati dalam pek 40 keping, dengan tambahan 8 pad percuma.  Pad ini boleh dibeli di Aeon di seluruh negara, lokasi terpilih The Store dan kedai Pasifik di bawah The Store Group, Pasar Raya Billion dan beberapa lokasi lain di seluruh negara.
Menyusukan bayi merupakan satu anugerah untuk ibu-ibu serta bayi dan hampir setiap ibu pasti memiliki cerita lucu untuk dikongsi bersama.  Ia adalah semula jadi dan mudah untuk diuruskan. Dengan sedikit persediaan dan peralatan yang betul, menyusukan bayi anda boleh menjadi begitu mudah!
Dapatkanlah sekotak Pad Perlindungan Pakai Buang Siang & Malam Tollyjoy dan anda boleh meluangkan masa sebaiknya memeluk bayi anda dengan erat!
Untuk maklumat lanjut mengenai Tollyjoy, sila layari www.tollyjoy.com.sg
Facebook : Tollyjoy Malaysia. 'Like' di: http://on.fb.me/ZflMUn

Mengenai Tollyjoy
                                                    
Ditubuhkan di Singapura pada 1971, Tollyjoy Corporation adalah syarikat yang menjalankan perniagaan pengilangan dan penjualan barangan penjagaan bayi dan ibu di bawah jenama ‘Tollyjoy’ dan ‘Little Precious’.

Sejajar dengan moto Tollyjoy ‘Untuk bayi kesayangan anda’, Tollyjoy komited dalam menetapkan standad yang tinggi untuk produk mereka dalam industri dengan tahap keselamatan, ketahanan dan produk yang diyakini.

Produk Tollyjoy boleh didapati di Aeon dan Aeon Big di seluruh Malaysia, lokasi The Store yang terpilih dan cawangan Pacific di bawah The Store Group, di pasaraya Billion dan beberapa kawasan pusat penjualan barangan bayi di seluruh Malaysia.

You Might Also Like

3 comments

  1. mula-mula baca tajuk ingatkan pad untuk budak-budak T_T hehe ok..bole suggest dekat kawan-kawan yang ada anak kecil ni =)

    ReplyDelete
  2. Blh try ni sb tgh fully bf..hrga pun murah je..

    ReplyDelete

Sudi-sudikan lah komen ya.. Nanti boleh saya blog walking kembali :) Terima kasih banyak-banyak. LOVE, Lynda

Google+ Followers

Google+ Badge

Followers

babab