3 JENIS MAKANAN YANG PERLU IBU BERPANTANG JAUHI

08:00

MAKANAN YANG BOLEH DI MAKAN DAN TIDAK BOLEH DI MAKAN OLEH IBU BERPANTANG




MAKANAN BERBISA



Ayam yang bersifat protein dan sering di jadikan rendang sebagai menu hari raya. Ianya sebenarnya bersifat 'bisa' yang boleh melambatkan penyembuhan luka bersalin dan boleh menyebabkan pendarahan bagi ibu yang sedang di dalam pantang. Selain ayam, telur, ikan bawal, ikan terubuk,  ikan pari dan ikan sembilang juga antara makanan yang berbisa dan tidak di galakkan ibu berpantang untuk mengambil makanan ini.  Ia juga boleh menyebabkan bentan pada pintu rahim. Mengikut petua Melayu, ikan haruan dan ikan yu  antara makanan yang di cadangkan bagi ibu yang sedang berpantang. Kerana di percayai boleh memperbanyakkan susu ibu, menyembuhkan luka luaran dan dalaman





MAKANAN BERSIFAT SEJUK

Antara buah dan sayuran yang bersifat sejuk ialah kangkung, petola, terung, timun, tembikai dan pisang. Makanan bersifat sejuk ini boleh memudaratkan kesihatan ibu yang sedang berpantang. Kerana boleh menyebabkan kembung, kejang otot dan sakit badan. Laksa, bunga kantan dan daun kesum juga tergolong dalam makanan bersifat sejuk yang perlu ibu berpantang elakkan. Ianya boleh memberi kesan tidak bagus pada kesihatan yang berkaitan dengan urat.





UBI-UBIAN

UBI-UBIAN seperti keledek, keladi dan ubi kayu boleh mengganggu proses pencernaan dan menyebabkan ibu kembung perut.


Diakui bahawa tiada kajian perubatan yang mengatakan setiap ibu bersalin perlu berpantang. Tetapi, kepercayaan turun temurun nenek moyang dahulu telah terbukti amalan ini akan mengembalikan tenaga dan kesihatan yang baik untuk ibu selepas berpantang.


Sumber: Perubatan tradisional dan komplementari dan Majalah Pama. Gambar sumber dari mariafirdz.com

You Might Also Like

3 comments

  1. masa aida bersalin anak pertama, dok dgn mertua.
    tiap hari aida makan ayam tau.
    at first mcm tak nak makan,
    but itu aje lauk yg mertua buat kan.
    ngap ajer la...
    sib baik takde pe :(

    then beranak lagi dua org, dok dgn emak sendiri...

    ReplyDelete
  2. ikut badan juga agaknya kot
    saya pun makan ayam juga letak banyak halia atau black pepper
    tapi anggur saya tak boleh makan, sakit segala sendi

    ReplyDelete
  3. Hmmm wife sy x jaga pantang pun dulu. Patut la skrg badan dia dah sakit2 dah

    ReplyDelete

Sudi-sudikan lah komen ya.. Nanti boleh saya blog walking kembali :) Terima kasih banyak-banyak. LOVE, Lynda

Google+ Followers

Google+ Badge

Followers

babab