Berpoligami Tanpa Perlu Meminta Kebenaran Isteri

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengesahkan bahawa undang-undang syariah di Malaysia memberi hak kepada suami berpoligami tanpa perlu meminta kebenaran isteri.




Selepas ini, para isteri jangan ada yang terkejut jika ada suami di luar sana tiba-tiba sudah beristeri baru. Kerana undang-undang baru yang di buat oleh pihak JAKIM. Suami yang berpoligami tidak perlu kebenaran atau meminta isteri mereka menandatangani surat kebenaran untuk berkahwin lain.



Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Othman Mustapha, berkata, sebaliknya keputusan sama ada lelaki berkenaan dibenarkan berpoligami atau tidak bergantung kepada budi bicara Mahkamah Syariah.

Bagaimanapun, beliau berkata, kebiasaannya Mahkamah Syariah akan memanggil isteri pertama untuk memaklumkan bahawa suami bakal berkahwin satu lagi.

"Mengikut sistem perundangan Islam, suami memang tidak perlu meminta kebenaran isteri untuk berkahwin lebih daripada satu atau berpoligami.


PERLU BUAT PERMOHONAN

"Bagaimanapun, mana-mana lelaki yang mahu berpoligami perlu membuat permohonan ke Mahkamah Syariah bagi menentukan sama ada layak atau tidak berkahwin lebih dari satu," katanya.

Othman diminta mengulas laporan media mengenai seorang lelaki Islam di Pulau Pinang tidak memerlukan kebenaran isteri pertama untuk berpoligami.

Dalam laporan itu, Pengarah Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (JAIPP), Datuk Sazali Hussien berkata, enakmen syariah negeri tidak mempunyai peruntukan undang-undang untuk mendapatkan kebenaran isteri pertama.

Sebelum ini, PResiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM), Datuk Zainul Rijal Abu Bakar, berkata, suami yang mahu berkahwin lebih dari satu tidak perlu meminta kebenaran isteri pertama kerana ia tidak terkandung dalam enakmen syariah di semua negeri.


AMBIL MASA 21 HARI

Sebaliknya, mengikut Seksyen 23 Enakmen Keluarga Islam yang hampir seragam di semua negeri, suami diberikan hak berpoligami dan hanya perlu mengemukakan permohonan kepada Mahkamah Syariah.

Zainul Rijal berkata, permohonan itu mengambil masa hampir 21 hari dan akan dinilai oleh Mahkamah Syariah sebelum mendapat kebenaran.


"Empat elemen utama dinilai mahkamah, iaitu, keperluan berkahwin, kemampuan suami, boleh berlaku adil dan tidak mendatangkan kemudaratan pada isteri" 

-SUMBER




www.azlindaalin.com | nurazlindaazman@gmail.com
www.facebook.com/azlinda.alin.3 | www.instagram.com/azlinda.alin | www.twitter.com/azlinda_alin
Malaysian Parenting Blogger | Malaysian Lifestyle Blogger | Malaysian Beauty Blogger | Food | Travel


3 comments on "Berpoligami Tanpa Perlu Meminta Kebenaran Isteri"
  1. Poligami umpama ubat. Sila ambil ubat yang betul mengikut dos yang betul pada waktu yang betul. Atau menghadapi sebarang komplikasi

    ReplyDelete
  2. kena kawal ketat-ketat la asben kita.
    ikat perut dia dgn masakan.
    ikat mata dia dgn keseksian kita ha ha ha :)

    ReplyDelete
  3. kena panggil isteri pertama juga...tp kenapa masih ada yg tak tahu suami dia ada bini lain? sebabnya si suami ajak kawin sempadan..heheheheh

    ReplyDelete

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com