Dzal Aidi Cucuk Setahun

Check-up setahun Dzal Aidi Fiqry sepatutnya jatuh pada hari lahirnya 25 Jun 2015 (umur setahun). Tapi disebabkan ada sedikit selsema. Mummy tak bawa pun Dzal ke Klinik Kesihatan Kajang untuk vaksin umur setahun  - MMR.  Baru-baru ini, Dzal Aidi dah sihat sepenuhnya. Mummy terus zaaas telefon Klinik Kesihatan Kajang. Malangya, temujanji seterusnya pada 3 September 2015. Alamak!! Lama sangat tu! Nanti nak cucuk untuk 18 bulan lagi. Makin lambat pulak lah nanti jawabnya!

Terus telefon Klinik Perdana (depan rumah), nak buat temujanji cucuk 1 tahun Dzal Aidi Fiqry. Malangnya, mereka kata stok taka da. Sudah berbulan lamanya stok vaksin tak sampai. Mereka menyuruh saya ke Klinik Kesihatan untuk cucuk anak.

Padahal, temujanji dah buat. Cumanya risau tarikh tu kalua-kalau tidak sihat lagi ke macamana. Puas juga mummy menelefon sana sini. Memang kebanyakan klinik tidak ada stok vaksin untuk 1 tahun (MMR). Dalam 10 nombor klinik yang mummy telefon. Ada 2 klinik yang mempunyai stok vaksin 1 tahun (MMR) iaitu Klinik Kita, Saujana Impian Kajang dan Klinik belakang TESCO Kajang.


Terus cepat-cepat bagi tahu suami. Suami pun buat survey juga. Rupanya ada lagi klinik yang ada stok. Dekat pulak tu dengan rumah kami. Klinik Dr. Azhar TTDI Grove Kajang.

Petang lepas balik dari kerja, kami terus ke bawa Dzal Aidi Fiqry ke Klinik Dr. Azhar. Alhamdulillah selesai vaksin / cucuk Dzal Aidi Fiqry. Ngam-ngam stok ada 2 masa tu.. Ada juga borak-borak dengan doktor tu. Beliau kata ada masalah dari supplier sekarang ini. Dan supplier di arahkan untuk utamakan menghantar stok ke Klinik Kerajaan terlebih dahulu.





www.azlindaalin.com | nurazlindaazman@gmail.com
www.facebook.com/azlinda.alin.3 | www.instagram.com/azlinda.alin | www.twitter.com/azlinda_alin
Malaysian Parenting Blogger | Malaysian Lifestyle Blogger | Malaysian Beauty Blogger | Food | Travel


3 comments on "Dzal Aidi Cucuk Setahun"
  1. Ash dah lengkap 18 bulan...Alhamdulillah...Cuma ada follow up check up sahaja bulan 9 nanti... :-)

    ReplyDelete
  2. time ijat nak cucuk dulu, gi swasta.
    tapi abis.
    terus gi spital kjaan.
    stok terhad kata misi.
    dpt la cucuk on time :)

    ReplyDelete
  3. wah dah setahun...anak KG ada beberapa bulan lg nak tunggu cucuk setahun...

    ReplyDelete

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com