MATA CANTIK NAMPAK BESAR DAN BERSINAR DENGAN KANTA LEKAP LACELLE BAUSCH LOMB

MATA CANTIK NAMPAK ANAK MATA BESAR DAN BERSINAR DENGAN KANTA LEKAP LACELLE BAUSCH + LOMB Ent...

MATA CANTIK NAMPAK ANAK MATA BESAR DAN BERSINAR DENGAN KANTA LEKAP LACELLE BAUSCH + LOMB


Entri sebelum ini, mummy pernah cerita yang mummy ada dapat contact lensese / kanta lekap Lacelle dari Bausch + Lomb. Produk baru rupanya, patutlah sebelum ini tak pernah kenal lagi contact lenses / kanta lekap Lacelle dari Bausch + Lomb. Dari pakai cermin mata, memang mummy suka pakai contact lenses / kanta lekap. Tidak berapa suka pakai cermin mata sebab batang hidung cepat lenguh. Macam sengal-sengal gitew. 


Sejak ada anak kecil, boleh di kira berapa kali sahaja pakai contact lens / kanta lekap. Sebab selalunya, waktu nak siapkan diri tu sangat singkat. Tak dan nak nak lama-lama duduk depan cermin. 

Nak pakai contact lens / kanta lekap pun kene pilih betul-betul. Mata mummy jenis CEPAT KERING DAN SANGAT SENSITIF. Bila terbaca tentang contact lenses / kanta lekap Lacelle dari Bausch + Lomb kelebihannya ialah:-

Fit Perfect 

Ngam-ngam duduk dalam mata, tak berjalan-jalan dalam mata. Ada sesetengah kanta lekap tu kita gerak ke kiri, ianya pun gerak sedikit ke kiri.
Reka bentuknya juga unik, corak renda kanta lekap ini dapat jadikan mata cantik dan indah.

Mata nampak lebih besar dan lebih berkilat serta-merta.

FDA - standard pigmen disahkan

Piawaian pigmen disahkan oleh FDA, siri produk ini kita tidak perlu bimbang lagi!

Sangat selesa
Seperti tidak memakai apa-apa kanta lekap dalam mata. 

Kanta tahan deposit berkesan mencegah pemendapan deposit protein, melegakan mata dari mana-mana keletihan dan beban.

Membantu melindungi penghantaran sinaran UV yang berbahaya untuk kornea dan ke dalam mata *
(Rujuk pengamal penjagaan mata anda untuk digunakan jejak)

Kesimpulannya, memang rasa lain pakai contact lenses / kanta lekap Lacelle dari Bausch + Lomb. Memang rasa lawa!! Warna pilihan mummy ialah Sparkling Brown 

Selanjutnya boleh baca di:





You Might Also Like

1 comments

Sudi-sudikan lah komen ya.. Nanti boleh saya blog walking kembali :) Terima kasih banyak-banyak. LOVE, Lynda