Mengajar anak-anak gosok gigi

Bila-bila masa mummy dan daddy rajin, kami barikan bebudak ni mandi kolam. Memang lama dorang main air. Selagi tak puas, selagi tu tak nak keluar. Sambil-sambil mereka mandi dan main tu...


Pengalaman Anak Mengosok Gigi dan Mengajar Anak-anak Gosok Gigi.


Kita ajak mereka gosok gigi. Ramai kawan-kawan bertanyakan tips untuk anak nak gosok gigi. Sebenarnya budak-budak bawah 2 tahun ini tidak boleh di paksa. Kalau mereka tak mahu. Jangan paksa!! Bila di paksa, mereka akan merasakan itu adalah satu seksaan. Hari-hari seterusnya, mungkin mereka akan FOBIA. Apa yang kita tahu dan nampak, budak umur bawah 2 tahun ni cepat meniru (kalau perasan lah!). Apa yang kami lakukan sebagai ibu bapa. Kami kerap mandi bersama anak-anak. Tiap kali, kami gosok gigi. Tunjuk depan mereka. Lama kelamaan, mereka nak ikut apa yang kita buat. 


Dhia masa umur setahun, amat geli dengan berus gigi. Memang susah nak nak ajar Dhia gosok gigi. Kebetulan Dhia minat kartun Elmo. Dan, Elmo ada rancangan gosok gigi. Kami buka rancangan tu di you tube. Lama-kelamaan, Dhia gosok gigi depan Elmo. Kuat pengaruh kartun dengan budak-budak kan. Sampai Elmo gosok gigi. Baru Dhia nak gsok gigi.



Pemilihan corak berus gigi pun pengaruhi untuk Dhia dan Dzal nak menggosok gigi juga. Walaupun ada berus khas untuk bayi berumur bawah setahun dan berus mengikut umur tapi tiada gambar kartun macam ini. Corak berus gigi Spiderman dan Barbie dari Colgate ini untuk anak berumur 2- 5 tahun. Kita pun, bukan nak budak-budak ni berus kuat-kuat pun. Kita berikan mereka pengalaman belajar sambil main gosok sahaja.

Pengalaman ini mungkin berbeza bagi setiap individu. 
6 comments on "Mengajar anak-anak gosok gigi"
  1. Mne girl mne boy ni.. Hehe

    Kena tarik perhatian dieorg bru senang nak gosok gigi.. Anak buah wawa, kena ugut tk nak bawka gi jalan.. Bru laju je nk gosok gigi..😊

    ReplyDelete
  2. Anak buah Sha semangat nak gosok gigi. Padahal baru 2 tahun. Ni semua sebab selalu tengok mak dia gosok gigi masa mandi, hehe

    ReplyDelete
  3. Nanti nak ajar anak buah lah. :D

    ReplyDelete
  4. Bagus latih anak gosok gigi sendiri dr kecik. Biar laa tak bersih sgt takpa, nnt kita tlg gosokkan lagi. Yg penting diorang nak buat

    ReplyDelete
  5. kite tak reti nak gosokkan gigi budak kecik.. hehe

    ReplyDelete

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com