Menyesal Pergi Poh Kong


Menyesal rasanya bila singgah Poh Kong. Lagi-lagi bila bawa anak. Erm...anak pandai minta barang kemas ke? Tentulah Dhia tak pandai minta lagi nak barang kemas. Kalau kecil-kecil cenggini dah pandai minta barang kemas. Haru biru lah mak pak!! Koleksi emas di Kedai Emas Poh Kong memang lawa-lawa. Lagi-lagi yang telah di 'patern' atau 'Poh Kong Trademark' seperti koleksi Anggun, Tranz dan Disney. HA!! bila nampak hok DISNEY tu.. tau-tau lah kan!! Dhia paling tak keruanlah!! Cuba pakaikan loket Mickey Mouse di lehernya, terus Dhia simpan dalam baju. Hambik!! Tak nak buka dah!!



Buah rantai lain memang Dhia tak nak pakai. Dhia akan berikan alasan gatal. Pernah sekali pakaikan rantai silver berbuahkan Hello Kitty. Memang sampai sudah tak buka. Tapi sayangnya, bukan silver sebenar. Rantai dah karat. Tak boleh nak bagi Dhia pakai lagi.

Nak tak nak, dan dek kerana tok mak Dhia hadiahkan lagi rantai turun temurun. Rantai tok mak yang pertama beliau beli, hasil gaji titik peluhnya. Di potong bahagikan dua untuk Dhia dan sepupunya Bella tu. Makanya, belikan juga lah loket Minnie Mouse. Dengan harapan Dhia nak pakai rantai turun temurun tok maknya. Mummy pun tak dapat pakai rantai tu tau! Sayang tok mak dengan cucu-cucunya.


Beli buah rantai emas Poh Kong koleksi Mickey Mouse ini berbeza. Sebab jenama, harganya jadi mahal. Untuk bayar lesen DISNEY katanya. Ratus juga harga lesennya. Kalau esok-esok nak jual memang tak untung. Harga tetap dan tak boleh runding RM1 pun. Oleh kerana, kami beli untuk Dhia pakai dan untuk jangka masa panjang (bukan untuk jual). Makanya, tutup mata dan beli je lah huhuhu.





www.azlindaalin.com | nurazlindaazman@gmail.com
www.facebook.com/azlinda.alin.3 | www.instagram.com/azlinda.alin | www.twitter.com/azlinda_alin
Malaysian Parenting Blogger | Malaysian Lifestyle Blogger | Malaysian Beauty Blogger | Food | Travel
3 comments on "Menyesal Pergi Poh Kong"

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com