MILES FROM TOMORROWLAND Disney Junior Tayangan Perdana


Tayangan Perdana‘MILES FROM TOMORROWLAND'- Disney Junior


Kami sekeluarga tidak melepaskan peluang yang ada untuk ke Petrosains untuk menyaksikan Tayangan Perdana "Miles from Tomorrowland" 





Aktiviti membuat topeng dan mewarna untuk kanak-kanak adalah anntara program lain yang diadakan semasa pelancaran. Dhia sangat teruja bila nampak pensil warna. 


Sedikit info tentang cerita ini,“Miles from Tomorrowland” Disney Junior, siri pengembaraan antara galaksi, dilancarkan pada 17 Ogos jam 9 pagi di Disney Junior (Astro Channel 613). Program baharu untuk kanak-kanak berusia 2-7 tahun ini menggabungkan fakta unik tentang angkasa dan sains tatkala mengikuti misi pengembara muda Miles Callisto dan keluarganya ke angkasa lepas.


Keluarga Callisto terdiri dari Ibunya dan Kapten kapal, Phoebe; Ayahnya jurutera mekanik, Leo; kakaknya Loretta pakar teknikal dan kawan baik, Merc, ‘robo-ostrich’. Mereka bersama-sama menerokai galaksi baru yang dipenuhi dengan makhuk asing, kenderaan angkasa lepas dan alat berteknologi tinggi yang aneh. Mereka akan membawa penonton muda dan keluarga mereka mengharungi perjalanan ke masa depan, dan pada masa yang sama mengingatkan mereka tentang apa yang perlu diperkukuhkan – ikatan keluarga.



Sempena pelancaran siri ini, pencarian untuk ‘Disney Junior’s Space Adventurers’ seluruh Asia Tenggara kini bermula! Kanak-kanak berusia 2-7 tahun digalakkan untuk mencipta Starjetter mereka sendiri – kapal angkasa penyelidik yang digunakan oleh keluarga Callisto sewaktu perjalanan mereka ke angkasa lepas. Keluarga di Malaysia juga boleh mengunjungi Petrosains, The Discovery Centre di Tingkat 4, Suria KLCC bermula 1 Ogos 2015 untuk menyertai aktiviti istimewa bertemakan Miles from Tomorrowland!

Ibubapa juga boleh melayari laman sesawang – Disneyjunior.asia – dan muat turun Miles from Tomorrowland Space Adventurer E-kit yang bukan sahaja menampilkan helaian aktiviti menyeronokkan tetapi juga panduan lengkap cara untuk mencipta Starjetter. Foto Starjetter paling kreatif yang dihantar akan memenangi gelaran “Disney Junior’s Space Adventurer” dan akan disiarkan di saluran ini.  




Selesai sahaja prebiu tayangan perdana. Kami berkesempatan untuk mengambil gambar bersama-sama sebahagian dari rakan seperjuangan (blogger) yang telah menghadiri Majlis Pelancaran Disney Junior "Miles from Tomorrowland" . Seterunysa, kami ke Petrosains untuk terokai dunia Sains bersama keluarga. 

Ok, jangan lupa ye ibu bapa di luar sana. Sertai peraduan ini bermula dari 17 Julai 2015 hingga 14 Ogos 2015. Dan jangan lupa saksikan tayangan perdana siri baharu bermula 9 pagi, 17 Ogos, Isnin,  dan disiarkan setiap Isnin 9 pagi.  






www.azlindaalin.com | nurazlindaazman@gmail.com
www.facebook.com/azlinda.alin.3 | www.instagram.com/azlinda.alin | www.twitter.com/azlinda_alin
Malaysian Parenting Blogger | Malaysian Lifestyle Blogger | Malaysian Beauty Blogger | Food | Travel
Be First to Post Comment !
Post a Comment

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com